14.2.09

V day ?


Cinta dan kasih sayang tidak terikat dengan tarikh tertentu. Cinta dan kasih sayang sentiasa semarak sepanjang waktu.

6 comments:

Puteri Azizul said...

Betul apa yang cikgu kata tu, cinta sepanjang masa bukan waktu-waktu tertentu sahaja.......
Cintalah selagi ada insan yang menyanyangi kita.

Rosnah said...

Cinta dan kasih sayang Anugerah Ilahi. Manusia mempunyai tanggungjawab untuk menyanyangi sesama makhluk. Semua Makhluk berhak disayangi.Semua insan mengharap kasih sayang.

Al-Manar said...

Cikgu Wahab,
Apa agaknya perbezaan kata-kata ‘kasih’, ‘saying’, ‘kasih sayang’ dan ‘cinta’ ? Kalau bahasa inggeris guna saja ‘love’ - She loves her. I love my children. He loves his new book. Musa loves travelling. Munah simply loves making cakes for her husband. With loving kisses …dll. Siapa kata bahasa Melayu senang? Itu sebabnya ajar Maths dan Science dalam bahasa Inggeris, senang faham cepat pandailah ! Sekarang saya dengar kebanyakan ‘artist’ guna ‘so’ dan ‘so’ dan ‘so’ dalam temubual kerana bahasa Melayu ‘jadi’ susah dan panjang. Dewan Bahasa pun akan masukkan ‘so’ dalam kamus dan buang ‘jadi’! Samalah perkataan ‘member’ DB beri erti ‘kawan’ padahal tak ada dalam kamus bahasa Inggeris. ‘Dia member saya’ boleh mengikut DB, ‘He is my member’ ketawalah orang puteh! Sedihnya, cikgu. Saya kagum dengan kecantikan bahasa Melayu asli sepertimana yang disusun oleh RJ Wilkinson dalam dua jilid setebal 1200 mukasurat, cetakan tahun 1932. Itu buku peninggalan orang tua yang menjadi kesayangan saya. Berapa orangkah yang faham ‘Bermukah dan main muda’, bahasa Melayu yang dicatat oleh Wilkinson itu? Halusnya bahasa Melayu menyatakan sesuatu yang tak manis diperkatakan. Tentulah ‘kasih’, ‘sayang’, kasih sayang’ dan ‘cinta’ mempunyai kefahaman tersindiri. Halus dan cantik sungguh !

Cikgu Wahab (simantanguru) said...

Puteri,
Yang pernah bercinta mungkin lebih memahami makna cinta.

Cikgu Wahab (simantanguru) said...

Rosnah,
Saya setuju bahawa 'cinta itu tanggungjawab'.

Cikgu Wahab (simantanguru) said...

Almanar,
Suatu penjelasan yang amat berguna untuk saya. Terima kasih. (tidak wajar kalau saya kata 'terima sayang' atau 'terima cinta' untuk menggantikan terima kasih itu).

Kasih, sayang, cinta dalam Bahasa Inggeris di sebut 'love' sahaja. Cinta itu ialah perasaan sangat kasih dan sangat sayang. Perbezaannya hanyalah pada 'value' atau 'degree' perasaannya.

Bagi saya, susah senang sesuatu bahasa bukan terletak pada bahasa itu sendiri tetapi terletak kepada kemampuan sesaorang menguasai bahasa itu.

RJ Wilkinson dapat menikmati keindahan Bahasa Melayu kerana kemampuannya menguasai Bahasa Melayu.

Almanar (Pakcik) mengatakan Bahasa Inggeris itu mudah kerana kemampuan dan kemahiran menguasai Bahasa Inggeris.

Tidak semua orang boleh menguasai bahasa. Ada yang menganganggap bahawa bahasa hanya untuk perhubungan. Oleh itu ada orang yang boleh hidup dalam masyarakat hanya dengan menggunakan bahasa isyarat (sign language).

Ada yang menganggap bahawa bahasa itu "jiwa bangsa". Untuk mengekalkan bangsa, harus dipertahankan bahasanya. Barangkali itulah sebabnya ada penentangan kepada program pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris.

"Bermukah dan bermain muda" itu memang sangat indah bahasanya. Begitulah luhurnya budi bahasa orang melayu : memperkatakan sesuatu dengan indah walaupun bermukah dan bermain muda itu bukanlah sesuatu yang 'manis'! Itulah "Bahasa Jiwa Bangsa"