11.2.09

KARPAL MAHU MENYAMAN, KAPAL SUDAH BERLANGGAR.


Selepas membaca berita utama tentang keberanian Karpal Singh yang berhasrat menyaman KDYMM Sultan Perak, saya membaca pula berita perlanggaran kapal tangki dan kapal kontena di perairan Dubai.


Kedua-dua berita itu tiada perkaitannya. Namun kedua-dua berita tersebut tetap berlegar-legar dalam fikiran saya.


Saya lebih teruja memikirkan hal berkaitan berlanggaran kapal itu.

Saya fikir perlanggaran kapal itu ialah kerana perubahan haluan. Perubahan itulah yang mengakibatkan kapal-kapal itu berlanggar. Dan perubahan itu ialah perubahn yang salah haluannya.


Demikianlah jika kita ingin melaksanakan sesuatu perubahan, misalnya di sekolah atau di mana-mana pun. Jika haluannya salah, maka akibatnya, padah.


Apatah lagi jika perubahan itu tidak dirancang dan “sekadar ingin berubah”. Malah lebih teruk jika perubahan itu tidak dikenalpasti matalamatnya. Lebih buruk lagi jika perubahan itu kerana "ada udang di sebalik batu".


Ingatan kepada sesiapa yang ingin melaksanakan perubahan: “Kita ingin berubah dan boleh berubah, tetapi jangan sampai tersalah haluan dan karam dalam gelombang nafsu yang tidak terkawal!”

6 comments:

su said...

betul tuh...dan hari ni mcm2 dah berlaku...ape akan jd dgn generasi akan dtgkan...

Fikrah Imayu said...

1)Menuntun suatu perubahan, kadang2, memang memerlukan keberanian dan kesediaan menerima risiko. Entah semakin baik, atau semakin buruk.

2)PErkara yang selamanya baik juga akan terasa perlu perubahan; Dan, selepas perubahan, walau hasil tidak berapa baik daripada sebelumnya juga akan kelihatan lebih baik. Bukankah baik dan kurang baik adalah suatu yang subjektif sifatnya. Baik dulu, belum tentu baik sekarang.

3)Menongkah arus sememangnya sukar; lagi2, apabila sudah biasa. PErkara biasa bagi masyarakat, pasti akan dirasakan betul, walhal tidak begiu pada hakikatnya. Di sekolah, begitu juga. TERLALU banyak perkara yang sudah menjadi biasa.

4)Cuba lakukan perubahan; lagi2, bila anda di usia muda (cikgu muda); kesannya? memang terkesan dijiwa! Segala label diperolehi; seperti terlalu berani, tidak menghormati senior, tak ikut arahan (walaupun tak pernah dijadikan arahan), dan lain-lain. Memang suatu pengalaman yang menarik.

5)Mudah bukan? bersikap atas suatu tindakan lebih kepada melihat tradisi daripada melihat kepada sumber rujukan ilmu; seperti buku, internet, pekeliling, dan sebagainya... "dulu diorang buat macam tu..."

6)Kapal merubah haluan dan terlanggar; mungkin juga haluan berubah apabila berebut laluan yang sama. "Dulu, ikut laluan ini..."Kata kapten kapal. Cumanya, dulu, ada satu kapal sahaja.

Cikgu Wahab (simantanguru) said...

Fikrah,
Banyak 'falsafah' (ilmu) yang dapat saya garap daripada pemikiran Fikrah ini.

1.ada keberanian...
2.cari kebaikan...
3.walaupun yang biasa belum tentu benar...
4.suatu pengalaman baik walaupun perubahan ditentang...
5.rujukannya: Ilmu...
6.Haluannya, jelas...

Terima kasih.

Cikgu Wahab (simantanguru) said...

su,
tu lah makin susah tgjwb cikgu skrng ni. org yg buat mcm2 hal skrg ni, sapalah cikgunya dulu.
Mana boleh nak salahkan ckgu pulak!

Rosnah said...

Apabila ingin melakukan perubahan perlu ada perancangan,bekerja keras ke arah perubahan, orang yang ingin membuat perubahan itu perlu mendahului perubahan itu dan kawalan terhadap perubahan.Saya ingat pengemudi kapal tu tak cukup perancangan semasa nak mengubah haluan tak buat "SWOT". Sepatutnya SWOT dulu baru POLC. itulah jadinya. Dalam sekolah dalam negarapun kalau jadi camtu hancur gak lee..Memanglah perubahan itu sangat baik, Semua orang suka berubah,kalau boleh hari-hari nak satu perubahan cthnya dalam berpakaian, kalau hari-hari pakai baju fesyen tu je, boring tak semngat.Tapi sekali tukar fesyen lain plak, semangat,mood pun lain. Tapi perubahan tu pulak nak yang makin baik dan menarik la.

Cikgu Wahab (simantanguru) said...

Rosnah,
Mungkin mereka itu tidak sempat untuk menggunakan analisis S.W.O.T. dan model P.O.L.C. itu...