21.3.09

Perempuan Sukar Difahami, Lelaki Tidak mengerti.


Pada setiap masa kita berhadapan dengan insan yang dipanggil perempuan. Sama ada lelaki itu seorang suami, pengurus, pekerja maupun pesara, selagi dipanggil lelaki, maka di situ ada perempuan bersama.

Walaupun lelaki sentiasa hampir dengan perempuan, namun perempuan memang tetap sukar difahami!

Banyak sebabnya kenapa sukarnya memahami perempuan. Salah satu puncanya ialah, perempuan tidak berterus terang kepada lelaki apa yang dikehendaki oleh mereka.

Ada 1001 kehendak perempuan. Lelaki mesti berusaha memahami segala kehendak itu. Di sinilah seringkali berlaku perselisihan. Lain yang dikehendaki, lain pula yang diberi.

Saya fikir ada beberapa perkara penting yang sangat diharapkan oleh perempuan. (apa yang sempat saya fikirkan):

Lelaki mesti faham bahawa:
Perempuan amat mementingkan kasih sayang. Bagi mereka, ia suatu realiti kehidupan yang tiada noktahnya. Perempuan meletakkan kasih sayang sebagai bukti kebahagiaan hidupnya. Perempuan akan menganggap lelaki tidak menyintai mereka jika lelaki tidak memberi tumpuan sepenuhnya. Perempuan menganggap cinta itu sebagai satu tanggungjawab dan berusaha melaksanakannya sebaik mungkin. Mereka menjadi “pengawal” cinta.

Lelaki mesti faham bahawa :
Perempuan adalah ‘perekacipta’ yang suka memperlihatkan keindahan, kemeriahan, merencana, mengeratkan hubungan dan kasih sayang. Ada rasa nikmat dan kepuasan jika ini dapat ditunaikan. Mereka yakin akan potensi diri untuk menjdikan sesuatu lebih baik dan mengharapkan potensi itu sentiasa berkembang mekar.

Lelaki mesti fahan bahawa:
Perempuan amat mementingkan masa. Masa bersama pasangan menjadi amat penting bukan kerana ingin mengawal tetapi kerana ingin membantu. Apabila lelaki lupa akan masa dan tarik tertentu yang istemewa, perempuan akan menganggap lelaki tidak peka, tidak prihatin dan tidak mahu menyemarakkan kasih sayang. Setiap hari perempuan mengharapkan lelaki membuktikan kasih sayang kepada mereka.

Lelaki mesti faham bahawa:
Perempuan ingin merasa selamat. Mereka inginkan rasa tenang dan yakin dalam hubungan dengan lelaki. Untuk rasa selamat, perempuan sentiasa mengharapkan kasih dan sayang kepada dirinya semakin bertambah. Rasa tidak selamat akan pulih dengan cepat jika lelaki sentiasa memberi jaminan akan rasa cinta dan keprihatinan. Jika perempuan memperlihatkan sikap dingin atau marah, jangan mudah membuat andaian tentang perasaannya itu. Mungkin dia hanya rasa bimbang.

Lelaki mesti faham bahawa:
Perempuan mahu dirinya dihargai. Mereka mahu membuktikan kemampuan menjadikan lelaki lebih bahagia. Mereka mahu lelaki menunjukkan penghargaan melalui tingkahlaku dan ucapan. Mereka merasa lebih dihargai jika lelaki menunjukan bahawa dirinya adalah keutamaan dan menghargai kebahagiaannya. Lebih bahagia apabila lelaki menunjukkan bahawa diri mereka (perempuan) amat diperlukan. Perempuan akan merasa tidak dihargai jika lelaki tidak meminta bantuannya jika menghadapi masalah.

Banyak lagi yang perlu difahami oleh lelaki. 1001 macam perkara lagi… Tidak mampu difahami semua…

Namun,
Ramai lelaki yang percaya bahawa:
Perempuan tidak pernah merasa puas dengan apa yang ada.
Perempuan mempunyai selera dan citarasa yang amat tinggi.
Perempuan sentiasa mahu mengawal lelaki.
Perempuan sangat cemburu.
Perempuan terlalu emosional.
Perempuan yang berdikari dan kompetent tidak perlu dibantu.
Perempuan merampas kebebasan lelaki.

Lelaki, kepercayan-kepercayaan ini perlu ‘dinilai semula’ kerana semuanya itu amat tidak disenangi oleh perempuan!

“Allah menjdikan makhluk berpasang-pasangan…”

16 comments:

Puteri Azizul said...

Bagus coretan cikgu harap-harap ramailah lelaki atau suami-suami yang membaca dan menilainya dan mengaplikasi dalam kehidupan mereka.

Naa..a said...

Ewah, macam best je tajuk ni.. takpe sama-sama kita pertahankan..
Suka saya bawa satu hadis bermaksud: “Peliharalah wanita itu dengan sebaik-baiknya, sebab sesungguhnya wanita dijadikan dari tulang rusuk dan sesungguhnya yang paling bengkok adalah tulang rusuk yang paling atas sekali. Maka jika kamu cuba meluruskannya nescaya ia akan patah. Dan jika kamu biarkan saja maka, ia akan tetap bengkok. Sebab itu, Peliharalah wanita dengan baik”. (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Maka jelaslah bahawa apa yang dimaksudkan dengan bengkok nya wanita itu adalah aspek jiwa wanita itu. Secara umumnya pertimbangan wanita tidak lurus & kurang objektif, lebih banyak mempertimbangkan sesuatu mengikut sentimen & perasaannya.

Dalam pada itu, kaum lelaki harus juga mengingati betapa teguh & wajanya semangat wanita dalam menghadapi cabaran & kesukaran hidup ibarat tulang yang tidak mudah patah, sekalipun bengkok
Suka Saya perturunkan sebuah nukilan puisi Inggeris yang menggambarkan betapa indahnya perbandingan ciptaan wanita itu dijadikan daripada tulang rusuk lelaki. Marilah sama-sama kita renungkan:
“Wanita diciptakan dari tulang rusuk lelaki, Bukan dari kepalanya, untuk mengunggulinya, Tidak juga dari kakinya untuk dipijak-pijak, Namun diciptakan insan bernama wanita itu, … Dari sisinya untuk menjadi teman yang setara, Dari bawah lengannyauntuk dilindungi Dan dari kedudukan yang amat hampir dengan jantungnya untuk dikasihi” tq, sory panjang sikit

Seri Suryati said...

Namun apabila suami menyatakan ingin berkahwin lagi maka rasa hormat dan kasih pun terhakis...segala kesepakatan yang dipupuk bersama hancur berkecai, haru biru dan bungkam!!
Lelaki..apakah yang kau cari....

mantan said...

Puteri,

Bolehkah saya katakan bahawa perempuan amat mengharapkan orang lelaki memahami diri mereka. Memahami apa yang mereka harapkan dan memahami segala tindakan mereka.

Mereka akan merasa tersinggung dan kecewa apabila mendapati lelaki tidak memahami diri mereka.

Tetapi bolehkah juga jika lelaki mengatakan bahawa perempuan tidak sepenuhnya memahami diri mereka sendiri?

mantan said...

Seri Suryati,

Saya fikir perempuan (isteri) akan "mengamuk" jika:-

1. Suami menyatakan keinginan berkahwin lagi.
2. Suami 'membisu seribu bahasa'.
3. Tidak mendengar dan tidak mempedulikan keperluan isteri.
4. Suami 'melawan'.
5. Suami tidak memujuk.
6. Suami curang.
7. Suami menjauhkan diri dan 'buat bodoh' sahaja.
8. Suami yang berdolak dalik dan tidak berterus terang.
9. Suami melupakan dan melengah-lengahkan perkara penting.
10.Tidak memberi perhatian dan tidak mengutamakan isteri.
11. Merahasikan sesuatu kepada isteri.

Anonymous said...

huhuhu....diskusi hangat!

mantan said...

Rosnah,
Perempuan: Ada ketikanya tampak sangat kuat dan berupaya. Ada ketikanya juga tampak begitu rapuh dan hilang keyakinan dan keupayaannya.

Kenapa ada ketikannya perempuan tampak bagaikan permaisuri dan ada ketikanya tampak seperti anak kecil yang mentah dan tidak berdaya.

Anehnya jika ada perempuan yang menjadi penyokong begitu setia, menjadi pengawal begitu perkasa dan menjadi penasihat yang bijaksana tetapi pada masa yang sama tidak pula menjadi penyokong, pengawal dan penasihat kepada dirinya sendiri?

Apakah maknanya jika perempuan dengan mudahnya dapat melaksanakan sejuta perkara namun tiba-tiba dalam sekelip mata mereka tumpas ketika dibebani seribu tanggungjawab di bahunya?

Perempuan: Dari manakah datangnya tenaga dan kemampuan untuk menyayangi dan mencintai dengan begitu hebat?

Mengapa dengan mudahnya perempuan mengorbankan segala keinginan mereka demi memenuhi kehendak orang lain?

Mengapakah perempuan tampaknya amat memerlukan lebih masa bersama, perhatian, dan jaminan daripada orang lelaki jika dibandingkan dengan kaum lelaki sendiri?

Banyaknya persoalan bagi perempuan. Sesungguhnya lelaki kurang mengerti.

chehassan said...

Saya suka tajuk ni. Tapi boring nak bincang. Kalau betul2 nak bincang, minta maaf, kita semua kena 'telanjang'. Maksud saya, kita semua kena berterus-terang dan jangan hipokrit. Dalam soal memahami antara lelaki dan perempuan ni, kadang2 pasangan suami isteri pun masih tak betul2 faham, sebab mereka tidak betul2 telanjang bulat (masih ada rahsia, kadang2 sampai mati). Yang membimbangkan kadang2 orang lain lebih mengetahui rahsia pasangannya. Itulah sebabnya rumah tangga jadi porak peranda. Sebagai contoh, (ini terbukti) kita sering melihat ada pasangan yang agak berbeza dari segi penampilan diri, si isteri bukan main bergaya, tapi si suami hanya mengenakan tshit dan trak bottom kusam dengan selipar jepun je ketika keluar shopping di pasaraya. Ini menunjukkan pasangan ini tidak saling memahami keperluan dan kehendak pasangan. Ada pula si isteri ni merasakan suami itu hak dia seratus peratus, tak sedarkah dia suami atau lelaki tu masih ada hak 3 lagi untuk wanita lain. jadi sikap tidak kisah dan tidak ambil peduli keperluan suami menjadi amalan isteri ini. Yang peliknya, bila keluar bertugas bukan main bergaya, bila dengan suami di rumah, semua tak kisah. Inilah yang saya katakan, pasangan ini masih ada rahsia yang tidak diketahui dan tidak ingin diketahui keperluan masing2 kerana menganggap semua dah ok. So, bagaimana, sanggup berdiskusi panjang lebar lagi dengan 'bertelanjang'...?

mantan said...

chehassan,
Topik lelaki/perempuan, suami/isteri, jika hendak dibincangkan memang tidak akan habis. Memang akan ada pro dan kontranya. Ada kontroversi. Sesekali bincang untuk release 'tension' setelah bergelumang dengan tugas berat di sekolah.

Lelaki-perempuan adalah spesis yang sama yang dipanggil manusia. tetapi dalam kesamaan itu lelaki dan perempuan tetap berbeza dalam banyak perkara.

Sejak Adam dan Hawa tercipta, dalam 'pertemuan pertama" mereka sudahpun ada perselisihan, misalnya tentang 'makan buah khuldi', sehingga akhirnya mendatangkan masalah kepada kedua-duanya.

Isteri/suami bukannya tidak tahu bahawa tidak semua 'rahsia' dapat diketahui (hanya Allah yang maha mengetahui), tetapi ada juga isteri yang mahu suami mereka mesti "bertelanjang bulat". Kadang-kadang perkara-perkara kecil yang tidakpun dianggap rahasia bagi suami, ditafsir sebagai rahasia besar oleh isteri dan menyangka si suami memyembunyikan sesuatu.

Sesekali boleh juga dibincang tajuk seperti ini, sekurang-kurangnya boleh kejutkan orang-orang yang sedang lena, yang menganggap bahawa hubungan suami isteri dan kehidupan berumahtangga hanya sebagai rutin bisa dalam kehidupan.

Boleh bincang, tapi "tarik rambut dalam tepung, rambut tidak putus, tepung tidak berselerak".

terima kasih chehassan.

Cikgu Chun said...

Macam baru lepas gaduh dengan orang umah je ni?? hehehe.. gurau je, jgn ambik hati.

Naa..a said...

salam.Lelaki patut berbangga kalau isteri masih mengawal dan mencemburui itu tandanya isteri masih sayang dan menyintai suaminya. Kalau seorang isteri tak kisah lagi..itu ada petanda yang tak baik..
Dalam alquran terlalu banyak membicarakan tentang wanita (Perempuan) sehingga ada surah yang Khusus iaitu surah AL nISA'ini menunjukkan wanita merupakan satu objek yang amat unik.
Wanita memang sukar difahami, tetapi sekiranya hatinya dapat difahami, wanita adalah paling setia, penyanyang dan penenang.
Sayidina Omar pernah di leteri oleh isterinya dan didengari oleh sahabat. Lalu sahabat berkata, "Tuan di leteri oleh Isteri?." lalu Sayyidina Omar menjawab."biarlah, apalah sangat leteran itu kalau nak dibandingkan dengan khidmatnya kepadaku selama ini mengurus rumahtangga.berpenat lelah untuk aku."
Oleh itu fahamilah wanita- firman Allah dalam surah an-Nisâ: 34 yang tafsirnya: “Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita.” -oleh itu bimbing dan pimpinlah wanita dengan hikmah.Nescaya isteri anda akan jadi yang terbaik.

mantan said...

Cikgu Chun,
Tak ada apa yang nak digaduhkan.

Posting ni cuma nak tahu pandangan orang lelaki dan orang perempuan tentang isu ni. Memang ada perbezaan pendapat. Kalau kita faham perbezaannya dapatlah kita mengecilkan ruang perbezaannya(pendapat).

Bincang tentang 'pendidikan' aje pun boring jugak. Sesekali bincang topik lain .

Selepas ni saya akan tulis satu lagi posting tentang apa yang tida digemari oleh perempuan/isteri.

mantan said...

Rosnah,

Al-Quran sudah memberikan panduan paling lengkap. Cuma kefahaman dan penghayatan manusia sahaja yang tidak sempurna.

Bagus juga pandangan-pandangan yang cikgu huraikan itu. Bertambahlah kefahamannya.

Terima kasih.

Al-Manar said...

CikguWahab

Menarik betul perbincangan tentang lelaki dan perempuan – hinggakan ada cikgu ‘telanjang’ ! Syabas.

Tetapi saya rasa tak senang. Dalam kelas Form II saya diAlmanar kelmarin saya berdepan dengan 20 murid perempuan dan 2 murid lelaki. Awal tahun lepas ada 12 lelaki. Sayang sepuluh berhenti atau diberhentikan kerana tidak menunjukkan keinginan belajar. Bilangan murid perempuan bertahan. Dari kalangan yang tamat SPM tahun lepas 2 murid ex-Alamar mendapat 9A, kedua-dua murid perempuan. Dalam blog Almanar saya memberi tahniah kepada sekolah dan guru-guru yang membimbing murid terbaik dalam SPM 2008, juga murid perempuan. Munkinkah sepuluh tahun kehadapan apa yang cikgu bincang diatas tidak lagi boleh diguna pakai? Munkinkah yang mengurus dapur bukan lagi siisteri! Ramailah ‘cef Wan’. Siisteri pula kenalah mengambil hati sisuami kalau hendak makan sedap.

Apa pandangan cikgu yang sedang berlaku dikalangan anak-anak bangsa kita? Hinggakan guru-guru cikpuan pun sudah melebihi yang lelaki. Cikgu Rosnah (yang memberi saya website alma mater nya) munkin berbangga dengan perubahan yang sedang berlaku. Aduhai, apakah yang akan terjadi kepada cucu-cucu lelaki saya? Giliran perempuan pula paptut berbangga kalau suami cemburu!

mantan said...

Pakchik,(Al-Manar)
Di negara kita, penduduk lelaki dan perempuan hampir sama banyak (nisbah L:P = 100:104).
Kaum wanita sudah bekemampuan menceburi bidang kerjaya yang dulunya dimonopoli oleh kaum lelaki.

Tidak timbul masalah jika pada setiap masa kaum wanita sentiasa memahami "peranananya" sebagai wanita.

Nzieha said...

salam cikgu-cikgu..

perangai lelaki pun sukar juga utk difahami.. kdg2 terlalu ambil mudah banyak perkara...

*************************************
Emm..utk produk kesihatan suamisteri:
http://suamisteri-produk.blogspot.com/
dan juga barangan kesihatan:
http://beautyndiapers.blogspot.com/