17.3.09

Bagaimana Urusannya:

Ada sahabat-sahabat saya yang baru dilantik sebagai pengetua dan gurubesar. Saya mengucapkan tahniah kepada mereka.


Saya bertanya tentang perasaan mereka yang dilantik sebagai pengetua dan gurubesar itu. Tentulah ada jawapannya yang pelbagai. Tetapi yang menarik perhatian saya ialah apabila ada dalam kalangan mereka itu yang berkeadaan “tidak pasti” akan peranan dan tugas baru mereka.


Pada saya, itu memang sesuatu yang lumrah bagi orang baru. Tetapi yang positifnya, ada rasa ingin tahu, lalu mereka bertanya tentang pengurusan.


Saya berjanji kepada mereka untuk menulis apa yang saya tahu tentang pengurusan. Saya minta mereka mengunjungi blog saya.


Sebagai permulaan, ingin saya tulis tentang peranan seorang pengurus. Ada beberapa peranan dan tanggungjwab pengurusan, contohnya:


MERANCANG:

a) merancng misi/strategi.

b) menetapkan objektif.


MENGURUS/ MENGELOLA:

a) mengelola masa.

b) mengelola tugasan.

c) membuat keputusan,


MENGETUAI:

a) membina pasukan.

b) mengetuai halatuju organisasi.

c) motivasi.

d) komunikasi

e) mesyuarat.


MENGAWALSELIA:

a) memperbaiki kesilapan.

b) mendisiplin

c) menilai kebolehan.


MENCAPAI KEJAYAAN:

Melaksanakan semua peranan yang dinyatakan di atas untuk memastikan tanggungjawb dilaksanakan dengan betul.


Yang saya catatkan di atas hanyalah teorinya sahaja dan memerlukan huraian yang lebih mendalam untuk menambah kefahaman.. Dari segi amalinya, barangkali lebih banyak yang perlu dipelajari lagi.


Maklumat yang saya catatkan ini hanyalah lima peranan yang boleh dimainkan oleh sesiapa yang terlibat dengan tugas-tugas pengurusan, bukan untuk pengetua dan gurubesar sahaja.


Insya-Allah, nanti akan saya tulis pula tentang PRINSIP-PRINSIP PERANCANGAN. Selamat bertugas. Semoga berjaya.

10 comments:

Anonymous said...

Cikgu Wahab,
Memang pengalaman simantan yang kaya amat diperlukan oleg guru-guru muda. Pengalaman pengurusan yang realistik adalah penting sebagai pemangkin kecemerlangan organisasi. Dan paling menrik jika cikgu dapat memberi panduan apakah yang patut dilakukan oleh Pengurus Sekolah yang tiada pengalaman di hari pertama hadir dan bertugas di sekolah. Apakah yang mula-mula patut dia lakukan ? Dan apakah yang pertama patut dilakukan jika dia menjadi pembuka sekolah baru ?

mantan said...

Sir,
Kita tidak dapat mengurus sesebuah institusi jika kita tidak ada ilmu pengurusan. Sumber ilmu berkaitannya memang amat banyak. Kita buat pilihan yang terbaik sesuai dengan keperluan kita.

Sebahagian ilmunya sudah kita perolehi ketika menjadi guru. Namun itu hanyalah pengalaman yang sedikit dan masih tidak mencukupi. Memang banyak 'ilmu-bantu' yang lain diperlukan untuk mengurus sesebuah institusi.

"Tak kenal maka tak cinta". Ungkapan ini adalah ilmu. Nampaknya kata-kata itu agak santai, tetapi penuh dengan pengajaran. Ini ilmu pengurusan juga. Berguna untuk orang baru. Mencintai persekitan institusi amat penting. Tetapi bagaimana itu akan tercapai jika kita tidak "mengenali" tempat tugas kita?. Apakah yang menyebabkan kita mencintainya? Cabaran untuk mencintainya itu, memang amat besar. Bersedialah untuk menghadapinya!.

Bijak pandai sekarang ini menggunakan istilah "Enviromental Scanning" untuk menjelskan apa yang saya maksudkan itu.

Sir, itu hanya langkah pertama. Namun, " sejuta langkah seterusnya memang bermula dengan langkah pertama."

Sir, bersedialah, kerana pada firasat saya, tidak lama lagi sir akan dikehendaki berada dalam situasi itu. Sahutlah cabarannya!

Naa..a said...

cikgu,
harap cikgu banyak menulis tentang pengurusan dan kepimpinan ini.Saya nak menumpang Syafaatnya..teori saya mungkin tahu sikit2 tapi nak dikaitkan dengan urusan harian memerlukan pengalaman.Walaupun saya bukan legimate leader, tapi semua orang adalah leader kan. "leaders are not born but bred" tq.

mantan said...

Cikgu Rosnah,
Ramai juga yang born leaders yang akhirnya menjadi born losers. Bakat sahaja tidak memadai. Perlu diasah dengan ilmu. Oleh sebab itu teorinya penting juga. Proses pembentukan teori banyak melalui tahap ilmu untuk pemantapannya.

Semakin banyak yang kita ketahui, semakin banyak pilihan kita.

Walaupun legitimate leader 'diberi kuasa dari segi undang undang' untuk menjadi pemimpin, tetapi kedapatan juga yang menyalahgunakan kuasa, apatah lagi jika pemilihan pemimpin yang diberi power atau kuasa itu dipilih tidak berdasarkan ilmu/pengetahuan kepimpinan yang ada pada dirinya.

Anonymous said...

Penguasaan ilmu penting dalam setiap bidang yang kita ceburi. Begitu juga dengan pemimpin. Selain penguasaan teori dan ilmu-ilmu bantu lain, pengalaman juga seharusnya menjadi guru dalam menjalin hubungan dengan orang yang dipimpin.
Inilah yang sering tidak disedari oleh kebanyakan pemimpin sekolah. Walhal mereka juga dulunya bermula dari seorang guru biasa.

Naa..a said...

salam cikgu, sekarang dunia sedang mengkagumi kepimpinan Obama.Obama ni, bakat memimpinnya terserlah sejak kecil lagi. Berasal dari keluarga yang konflik dan bukan dari keturunan pemimpin macam setengah pemimpin. Dia terjun kedunia politik atas inisiatif keluarga isterinya.Pada saya Obama ini boleh menjadi seorang pemimpin sebagaimana yang diharapkan oleh pengikut kerana pengalaman hidup susah dan pengetahuan yang banyak serta bakatnya yang semulajadi. Hari tu saya ada baca buku terbaru yang bertajuk "how obama speak" buku ni baru lagi tak de lagi di M'sia kawan sgapore beli di sgapore. Menurut buku tu setiap kali Obama berucap semua audience senyap dan menghayati ucapannya. Cara ucapan diulas secara terperinci la.. maknanya pada saya memang Obama ni inspired pengikutnya...apa pandangan cikgu tentang kepimpinannya?

mantan said...

Cikgu Rosnah,
"How Obama Speak" - tajuk buku itu pun sudah membayangkan kepimpinanya. Saya tidak tahu apa isinya, tetapi saya fikir tentu ia ada kaitan dengan pemikirannya, kempen-kempennya, kemampuan dirinya menarik minat dan mempengaruhi khalayak, kemampuannya berkomunikasi, pemidato yang berkesn, memberi inspirasi, memotivasi, menyatakan cita-citanya dan sebagainya lagi.

Barangkali juga dia mempunyai motivasi diri yang tinggi. "Being in touch with his own motivation is essential to inspiring others!". Sebab itulah khalayak menghayati ucapannya.

Itu semua adalah ciri-ciri seorang pemimpin yang berkemampuan dan dikagumi. Lihatlah bagaimana sesaorang pemimpin itu perlu menghimpun pelbagai ilmu sebagai persediaan menjadi pemimpin yang berkesan.

Apabila Obama bercakap/berucap/menyatakn buah fikirannya, barangkali dia tidak omong-omong kosong sahaja.

mantan said...

mendewa,
Sewajarnyalah seorang pemimpin itu memahami orang yang dipimpinnya. Pengetahuan / Pengalamannya sebagai guru boleh dimanipulasi sebagai stimulus untuk membantu 'anak-buah' memotivasi diri mereka sendiri.

Pemimpin boleh menjadi sumber inspirasi!.

Anonymous said...

Kalau bertugas sebagai Pengetua atau GB jangan lupa aspek CPO. Kolaboratif, Participatif dan Kesepunyaan. Jangan pandai arah sahaja tapi mesti pandai tunjuk. Core Business guru ialah mengajar. Jangan kononnya aku Pengetua atau GB aku buat-buat tak mengajar kerana sibuk. Pengetua/GB ialah pemimpin instruksinonal. Pengurusan hebat pun kalau berlagak mengarah sahaja akan dikutuk oleh orang bawah. Ingat Pengetua/GB duduk dijawatan itu antaranya kerana ia lebih tua sahaja dan tak punya banyak keistimewaan apatah lagi kalau jenis yang malas membaca dan malas bertanya.

mantan said...

alberangque,
Itu 'nasihat' seorang pengetua kepada pengetua dan GB. Ilmu juga tu.

Saya setuju: jangan pandai arah sahaja tapi mesti pandai tunjuk.

Bila disebut CPO tu, teringat pula saya kepada program PKKP. Entah bagaimana perkembangannya sekarang ini. Harap-harap PKKP tidak semakin 'mencair".