29.4.09

TIPS

Tip 1:
Buat senarai semak – Bukan susah sangat. Tulis aje sebab apa. Nak bina keluarga yang gembira dan sihat ke, sebab sayang anak-anak ke. Sebab tak mau anak-anak berpenyakit, atau sebab nak tunjuk contoh yg baik ke . Atau apa-apa lah?

SEBABnya itu lebih penting daripada BAGAIMANA. Bila tau SEBAB nak laksana tu, tahulah BAGAIMANA nak buat tu nanti. Kalau tahu BAGAIMANA aje tapi tak tau SEBABnya, susahlah nak buat.

Kau tulis la faedah-faedah yang kau dapat kalau kau buat tindakan tu. Kau fikir juga faedah jangka panjang yang kau boleh dapat jika ambil tindakan tu sekarang. Banyak baiknya tu.

Tip 2:

Gambarkan. Kau bayangkan bagaimana hidup kau kalau kau berjaya. Bayangkan kau gembira, kau ceria, kau sihat. Bayangkan kau tengok orang-orang yang kau sayang tu, semuanya senyum, gembira. Sebabnya kau dah ambil langkah yang betul. Sebab tulah mereka semua gembira, sihat. Kau bayangkan diri kau bebas tak ada bahan-bahan toksik. Tak ada yang bawa penyakit. Bayangkan semua tu macam hadiah lah sebab kau dah ambil tindakan yang betul.

Tip 3:

Bersedia nak lakukan. Mula-mula kau mesti tahu apa puncanya. Itulah masalahnya. Kau tidak boleh selesai masalah kalau puncanya kau tak tahu.

Puncanya kerana bosan? Kerana stress? Tenangkan diri kau dan cari sebab-sebabnya. Lepas tu, kau cuba fikir cara macam mana. Kalau sebabnya bosan, kau isi bosan kau tu dengan aktiviti berfaedah, riadah ke, aktiviti bersama jiran dan rakan-rakan ke.

Tip 4:
Kurangkan. Memang tak mudah lah nak lakukan tiba-tiba gitu aje. Kau boleh kurangkan, sikit-sikit. Hari ni kurang. Besok lagi kurang.

Cara ni bukanlah berkesan sangat, tetapi boleh juga bantu, kalau kau tak boleh buat serta merta, sekaligus. Cara yang paling best buat je serta-merta. Nekad je. “Cukuplah!. Aku tak nak dah!”. Berjanjilah pada diri kau sendiri, kau tak nak dah. Kau nak hidup sihat.

Tip 5:
Kau kena tetap satu tempoh masa. Kau tetapkan satu tarikh yang kau akan berjaya selesaikan. Kira tarikh tu macam kejayaan kau lah. Contohnya pada sekian sekian haribulan berjaya dah.. Tapi kau kena pegang tarikh tu. Tekad tu kena kuat lah.

Bila kau dah boleh, kau kena kekalkan. Kau mesti rasa seronok rasa faedahnya tu. Kau kena fikir yang kau nak sentiasa sihat. Kau kena fikir kenapa kau kena kekal sihat.


Dengan ikhlas aku harap tips yang aku beri ni boleh ubah hidup kau. Jika kau boleh buat, faedahnya bukanlah untuk kau aje, untuk orang-orang yang kau sayang juga. Terus kekal sihat!.

Aku dah berjaya dua puluh tahun yang lalu! Kau pun boleh! Nanti memang kau rasa lebih sihat!

Catatan tambahan: Seorang cucu berusia 5 tahun bertanya: "Atuk, apa gigi orang tu keluar, panjang, ada asap". Dia tidak tahu: "gigi terkeluar, panjang & berasap" itu boleh mengancam nyawanya!

18 comments:

Puteri Azizul said...

untuk siapa coretan ni sebenarnya cikgu wahab ?
sory...........

mantan said...

Puteri,
Untuk siapa-siapa je puteri. Majoritinya orang lelaki lah...Perempuan ada jugak, tapi tak lah ramai...

datukY said...

cikguwahab, tak abis lg saya membaca coretan itu, ingatan terus kpd kawan rapat saya yg bukan sahaja sekampung, malah sesekolah (bole ke guna perkataan ni, hehe), malah juga seuniversiti, bahkan kami jugak senama....
aduhai nape pulak teringat kat dia jer pada hal ramai lg org lain yg sgt perlu respon terhadap coretan cikgu tu. Kalau la si dia terbaca komen ini, saya mengesyorkan supaya dia cubalah ikuti tip dan panduan tsb.... Sbg kawan, saya hanya mampu mengingatkan, mekasih.

jane said...

salam mantan,


haha....terasa macam kena ikut la cara cikgu nih!!! nanti saya cuba ikut ya!

mantan said...

datukY,
mekasih. saya pun cuma mampu bagi tips aje. Selebihnya yang ampunya badanlah. Kata orang "kalau nak, seribu daya; tak nak seribu dalih".

mantan said...

jane,
salam. pekabo? semoga sihat2.
Itu tips saja. Kalau rasa patut, sesuai & serasi, mungkin boleh...Kita kan ada kuasa memilih. Pilih yang baiklah.

jane said...

phewit................
terimak kasih!!

Naa..a said...

emm. tak faham lah... 18sg kut.

mantan said...

Rosnah,
Taklah sampai gitu (18SG). Itu tips bagi orang yang seronok dengan tabiat buruk, tak sedar tabiatnya itu memudaratkan orang lain...

Naa..a said...

ok.ok nanti baca lagi sekali,cuba faham agi..apa yg tersirat tuh... hi.hi.

Anonymous said...

Cikgu Wahab!!
Saya kira tips ini untuk para prokok. Di Tips 2 jelas disebut bebas toksik. Di tips-tips lain berbicara tentang sihat diri dan sihat keluarga. Sesungguhnya asap rokok mengandungi 4000 toksik dan 40 daripada toksik itu adalah bersifat karsinogenik.
Bukti lain ialah cikgu Wahab dah bebas rokok 20 tahun yang lalu. OK betul tak?

WR said...

suami saya memang merokok semasa kami berkahwin. Kemudian dia berhenti merokok . Saya sgt gembira. Sejak itu saya tak lagi menghidu bau rokok menyebabkan setiap kali saya meghampiri pelajar saya yang merokok saya dapat kesan bau itu. tapi sejak kebelakngan ni, saya mencium bau rokok itu pd suami saya lagi. Dia dah mula merokok semula tapi diluar rumah la. Dirumah saya "haramkan" rokok. Kalau saya jumpa saya buang dan dia akur nampaknya. BUkan apa nak tunjukk contoh kat anaknda yang 2 orang tuh

mantan said...

alberangque,
Ye, betul. Tips itu untuk kawan-kawan yang hisap rokok. Tapi menghisap rokok ni hak peribadi. Agak sensitif juga kalau nak disentuh. Perokok bukan tak tau pun.

Setiap perokok ada alasan yang kukuh kenapa mereka tu merokok.

Kawan saya (yg merokok) bagi tau: "Tak hisap rokokpun mati jugak!"

mantan said...

waruna,
Saya dah lama berhenti merokok. InsyaAllah, rasanya tak mau merokok lagilah.

Dan bukan semua orang sanggup berhenti merokok.

jane said...

salam cikgu wahab,

haha...gambar itu jelas menunjukkan kisah rokok ya. haritu ada ke gambar itu ? seingat saya, x ada, kan ? WBP, saya rasa petua ini ok untuk kurangkan berat badan. kategori kritikal dah saya ni. dah masuk obese dah...

Naa..a said...

mm. gambar tu menceritakan segalanya. saya baru faham la cikgu..

mantan said...

Jane,
Rosnah,
Gambar itu diletakkan kemudian supaya orang yg tidak merookak tidak keliru.

Kalau tips tu nak digunakan untuk tujuan lain, ok jugak asalkan dapat disesuaikan.

jane said...

lagi satu nak tanya cikgu wahab,

macam mana cikgu boleh buat setiap komen yg dibuat di blog cikgu ini dapat saya lihat di blog saya ? how to do it ? bagus, lah!!!