Tulisan ini sempena sambutan hari guru. Tidak saintifik. Tidak juga ilmiah. Tulisan ini hanya catatan pengalaman.
Saya pernah mengajar selama tiga puluh tahun. Menjadi guru sekolah di bandar. Juga di luar bandar. Sekolah harian biasa juga sekolah berasrama penuh. Sekolah lama. Juga sekolah baru. Sekolah terpencil maupun sekolah terpilih.
Pernah mengajar murid sekolah rendah dan murid sekolah menengah. Pernah juga mengajar kelas tambahan bagi guru-guru yang mengambil peperiksaan STP secara persendirian. Entah berapa ribu jumlah murid saya.
Saya menjadi guru hanya kaya dengan pengalaman, tidak kaya wang. Setiap tahun dapat pengalaman baru. Masuk kelas baru, jumpa pelajar baru dan kadang-kadang mengajar subjek baru. Jumpa guru baru. Saya sentiasa jadi orang “kaya” baru.
Saban tahun saya kena buat yang baru. Kaedah baru, alatan baru, rancangan baru. Prinsip saya: yang saya gunakan pada tahun lepas tidak sesuai lagi untuk tahun ini. Murid baru. Kelas baru. Setiap tahun saya rasa saya guru baru. Saya juga beli baju baru, pakai kasut baru. Cuma tak beli kereta baru (sewaktu jadi guru, lebih banyak tinggal dalam kawasan sekolah).
Setiap tahun sentiasa berubah. Sebab itu 30 tahun terasa sekejap. Tak pernah jemu. Saban waktu sentiasa berfikir tentang “seni mengajar”. Bagaimana saya nak sampaikan pelajaran dengan cara terbaik.
Di mana-mana pun saya bertugas, sentiasa saya temui guru-guru yang bagus. Pengajarannya bagus. Mereka saya jadikan contoh. Saya selalu bertanya diri sendiri. Mengapa mereka bagus? Mereka ada
Saya lihat setiap guru yang bagus itu ada kebitaraan tersendiri. Perawakan dan perwatakan mereka memang bagus . Cara mereka bercakap, beraksi dan berkomunikasi memang bagus. Itu kemahiran mereka yang unik. Mereka bijak menguruskan kelas. Mereka memang disayangi murid-murid. Saya sentiasa mahu jadi macam mereka.
Menilai keadaan itu, tahulah saya, kerja mengajar bukanlah semata-mata bersifat teknikal. Ia lebeh bersifat mendidik. Ya, mendidik sebenarnya!
Selalu saya minta pendapat murid-murid bagaimana yang dikatan guru yang bagus.
Apabila menilai guru yang baik, selalunya dikira kriteria keberkesanan, kualiti pengajaran, teknik mengajar, sukatan pelajaran dan penyampaian. Namun saya temui juga guru yang mempunyi pengetahuan yang mendalam, mempunyai kelulusan cemerlang tentang sesuatu subjek, tetapi gagal menyampaikannya, - murid jadi bosan dan kecewa. Guru yang bagus melebihi jangkauan penilaian itu.
Memang, bukan tak ada guru yang tidak bagus yang saya jumpa.
Secara jujurnya saya katakan, kalau saya nak mengajar dengan bekesan, banyak bergantung pada sikap saya. Sikap saya terhadap matapelajaran yang saya ajar. Sikap saya terhadap tugas. Sikap terhadap murid-murid, sikap terhadap rakan-rakan guru. Sikap! Ya, sikap! Pengetahuan berlambak dan teknik terkini belum tentu bermanfaat jika sikap saya tidak betul.
Saya selalu fikir, sebagai guru, umumnya saya patut baik dalam semua perkara (pengajaran). Tetapi secara khususnya saya mesti baik dalam sesuatu perkara khusus. Sebagai guru, banyak perkara khusus jadi keutamaan. Saya kena faham apa yang pelajar saya harapkan, dan saya mesti rancang macam mana nak penuhi apa yang mereka perlu. Mereka mesti kuasai subjek yang saya ajar.Malah sebagai keperluan, mereka mesti lulus peperiksaan. Jadi saya selalu kena fikir apa yang patut saya lakukan dan ajar mereka apa yang patut mereka buat. Saya tak nak jadi guru yang biasa-biasa saja!
Saya letak harapan yang tinggi bagi setiap kelas yang saya ajar. Saya kena faham, banyak faktor penghalang kejayaan pelajar-pelajar saya. Tapi saya kena bina keyakinan dalam diri saya. Keyakinan itu mesti terpancar dan diyakini oleh murid-murid saya, supaya mereka juga tanam sifat yakin dalam diri.. Saya tidak mahu murid-murid saya anggap saya lepas tangan, sikap tidak peduli. Saya tahu murid-murid saya akan hidu sikap tak komitment saya itu. Mereka pasti akan putus asa.
Kadang-kadang timbul rasa tidak puas, tidak selesa dan rasa penatnya mengajar. Memang penat pun! Bila timbul keadaan macam tu, saya perlu soal diri saya: Sudahkah saya buat apa yang patut saya buat? Tercapai atau tidak objektif saya? Selalunya saya dapat menjawab soalan ini dengan tepat. Bila dah dapat cari jawapannya, esoknya saya akan masuk kelas dengan rasa lebih gembira, boleh senyum dan lebih selesa.
Banyak kali saya lalui cabaran. Cabaran besar saya rasa bila murid tak dapat jawab soalan mudah yang saya tanya (secara lisan atau bertulis) selepas sesi pengajaran. Risau saya melihat wajah mereka yang macam tak tau apa-apa. Tetapi akhirnya saya faham keadaan ini, sebab murid saya dapat juga menjawab dengan baik dalam peperiksaan akhir. Barulah terasa masa dan tenaga saya berbaloi, tak terbuang begitu saja.
Ketika mengajar, kadang-kadang tak dapat saya duga kemampuan murid-murid. Tetapi saya tidak risau kerana saya yakin saya dah buat persiapan rapi. Saya percaya saya guna kaedah yang sesuai. Saya dah letakkan harapan yang tinggi dan berusaha mencapainya. Jangka panjangnya, saya percaya murid saya akan berjaya.
Berpuluh tahun saya mengajar Kesusasteraan Melayu dan Pendidikan Seni. Itu opsyen saya. Subjek mudah? Mudah sebab ramai lulus? Oh, cabaran sangat hebat. Murid-murid saya dianggap ‘low-achievers’. Itu cabaran utama. Sebab itu mereka di kelas sastera, tidak di kelas sains atau perdagangan. Memang benar mereka malas membaca. Malas! Tak pandai melukis!
Buku teks sastera pun tidak dibaca. Warna dan kertas lukisan pun tidak ada! Kalau teks tidak dibaca, bagaimana nak menguasainya? Saya mengajar, tetapi murid tidak belajar! Ini dilema. Saya selalu kena guna strategi baru. Kena guna kaedah baru. Kena buat apa saja asalkan murid belajar.
Gembiranya bila ada tanda-tanda positif. Sampai waktunya ramai murid saya yang sudah membawa teks sastera di tangan ke
Yang lebih penting, mereka terdidik dengan nilai-nilai murni melalui pembelajaran ke dua-dua matapelajaran tersbut!
Murid-murid tidak boleh dibiar tanpa diselia. Setiap hari! Sebagai guru kelas, saya kena sentiasa “kelihatan” oleh murid-murid saya. Saya mesti “bersama” mereka setiap hari. Kalau tak dibuat begitu, murid-murid akan jauhkan diri. Akan putus hubungan mereka dengan proses p & p. Masalah disiplin pun boleh timbul. Bagaimana saya boleh “menjalinkan hubungan” dengan mereka jika saya selalu “hilang” dan “tiada”?
Selalu saya ingatkan diri supaya jujur dan berterusterang dengan murid-murid. Ini mudahkan saya selesai masalah yang timbul dalam kelas. Saya ingatkan diri tentang kesan dan pengaruh pengajaran saya terhadap murid-murid. Kesan buruk dan kesan baiknya. Saya guru!. Besar pengaruhnya. Inilah satu cara saya menilai diri. Nilai untuk saya buat perubahan yang perlu untuk hadapi cabaran tahun-tahun berikutnya.
Bertahun-tahun menjadi guru, saya ‘enjoy’ dengan tugas saya. Saya enjoy dengan murid-murid saya. Murid-murid saya menjadi ‘sahabat’ saya. Dengan itu saya sentiasa rasa bermotivasi, bertenaga dan terus menjana kreativiti saya sebagai guru. Yang paling saya bimbang ialah saya menjadi guru yang “burn-out” atau “dead wood”, jadi macam tunggul yang hangus atau kayu yang reput.
Saya mesti sedar enjoy dengan tugas dan enjoy dengan murid-murid, sebenarnya dua hal yang berbeza. Saya dan murid mesti rasa enjoy mengajar dan belajar. Tapi kalau terlalu menekan, terlalu mendesak ketika mengajar menyebabkan murid, stres, letih, bosan dan macam-macam lagi. Boleh timbul masalah disiplin.. Saya kena berpada-pada sesuai dengan kemampuan mereka. Tetapi saya juga tidak boleh terlalu enjoy dengan murid-murid. Nanti mereka jadi manja. Mereka hilang arah, hilang halatuju. Kenalah saya imbang antara enjoy dengan tugas dan enjoy dengan muri-murid. Ini ambil masa dan perlu perhatian.
Sepanjang tempoh menjadi guru, di luar bilik darjah, di luar sekolah lebih banyak peristiwa yang berlaku. Membentuk suka-duka dalam kehidupan. Itu semua mempengaruhi kerjaya saya sebagi guru.
Tiga puluh tahun bersama “sekolah” sesuatu yang enjoy dan gembira. Kejayaan melebihi kegagalan. Kepuasan itu masih terasa, walaupun kini sudah bersara. Dan saya masih juga dipanggil “Cikgu”.
"SELAMAT HARI GURU”!
24 comments:
Tahniah simantanguru krn telah berjaya berkecimpung dlm profesion perguruan selama 30 thn dan saya pun dlm diam tak diam dah 25 thn menjadi guru...
Selamat Hari Guru utk diri kita sendiri dan semua guru walau di mana sekalipun anda berada!!!
Terima kasih cikguyusof kerana masih ingat kepada pesara guru.
Selamat hari guru.
Nostalgia dan rindu.
saya kagum setiap kali membaca tulisan cikgu wahab. Walau telah meninggalkan profession perguruan, hatinya masih melekat pada bidang ini.. sebab itu lah panggilan cikgu tu sentiasa melekat hingga..... ke akhir hayat
Terima kasih waruna,
Selamat Hari Guru, esok.
Cikgu Wahab, pengalaman tuan dalam bilik darjah dan sepanjang perjalanan "dikoridor pendidikan" sangat banyak, betapa tidak 30 tahun!! Oleh itu saya harap tuan dapat menulis mana-mana yang teringat untuk membanyakkan lagi koleksi bahan bacaan tentang kerja-kerja guru dicelah-celah kesibukan orang memandang rendah profsion guru.
Akan bertambahlah nanti koleksi seperti yang dibuat oleh akak Hamidah (Mantan Pengetua Cemerlang Pertama Pahang) Harapan dari sahabat lama sebagai pengetua.
Cikgu Wahab,
Walaupun cikgu wahab dah jadi mantan guru, tapi orang masih panggil cikgu lg kan?? Ini lah kelebihan jadi cikgu. :) So, selamat hari guru!!
salam...wpun dah bersara,pengalaman cikgu tuh amat bernilai & xbolehleh ditukar ganti dgn wang ringgit! kan cikgu...
"selamat hari guru!"
alberangque,
tak ramai yang suka baca tentang pengalaman guru.
Tapi kalau cerita cerita sensasi dan kontroversi ttg guru, ramai yg berebut-rebut nak baca.
Cikgu Chun,
"Title" cikgu tu tak hilang. Anak saya jadi cikgu jugak, jadi penyambung...
Gitulah Su. Tq.
walaupun telah bersara guru tetap di gelar guru... SELAMAT HARI GURU moga cikgu diberkati Allah atas segala apa yg telah cikgu dilakukan.
zaijb,
terima kasih banyak2.
seronok baca pengalaman mantan,sy ditahun kedua bergelar guru..ada turun naik semangat nk mengajar disebabkan kerja2 yg bnyk dan juga kerenah pelajar yg xnk belajar..sy mengajar add math, ada satu kelas tu math PMR rata2 gred C..ya Allah punyalah susah nk mengajar..terpaksa ajar math PMR sekali..tp pemikiran mereka masih lagi mengatakan math itu memeningkan..
naman,
saya mula2 ngajar dulu macam tu juga. yg kita belajar masa di maktab/ u dulu bukanlah banyak sangat. lebih banyak yang mesti kita belajar lagi dlm proses meneruskan kerjaya kita.
jangan patah semangat, jangan mudah putus asa. meemang ada macam-macam kerenah.
Mengajar math memang masalah kalau pelajar-pelajar tak kuasai benda2 yang asas.
naman banyak masa lagi nak timba pengalaman. saya percaya nanti naman dapat banyak pengalaman dan itu boleh membantu meneruskan kerjaya sebagai guru.
memang betul..banyak yang saya belajar melalui pengalaman ..alhamdulillah..ada satu kelas tu boleh dikatakan dh menunjukkan minat dlm subjek add maths kerana sy cuba menerangkan asas2 yg kenapa jalan kira dia macam tu..kalau mantan ada rakan2 yg dh lama mengajar add math,bolehla forward url dia kepada saya ye
boss
bisa boss masih ada lagi boss, saya banyak belajar dari bos..terima kasih atas tunjuk ajar, maaf kerana tidak sama pendapat dan pendirian semasa sama sekolah dulu, biasalah kan, manusia..apa pun respect saya tak pernah hilang pada boss...selamat hari guru untuk boss.
Terima kasih KK sof.
Saya macm dulu jugak. Dan cikgu Yusof juga kaya dengan pengalaman. Pendapat dan pendirian yang berlainan bukan sesuatu yang negtif jika kelainan itu mencetuskan sesuatu yang lebih bermanfaat.
Selamat Hari Guru, SIMANTANGURU. Semoga dirahmati dan diberkati.
terima kasih chehassan
Pengalaman yang cukup mengujakan.
Saya pernah jumpa guru yang bagus dan berpengalaman serta berkemahiran tetapi pentadbir yang tidak bagus mengalihkan tugas-tugas guru ini kerana tidak dapat menerima pandangan guru berkenaan yang lebih berkemahiran daripadanya (pentadbir)...bukanlah sesuatu yang pelik tetapi amat merugikan sekolah dan murid.
mendewa,
Barangkali saya guru yang bernasib baik kerana sentiasa dapat berbincang sama dengan pentadbir dalam pelbagai perkara demi kepentingan murid-murid dan sekolah tempat saya bertugas.
Memang benar kedapatan pentadbir bertindak seperti yang mendewa gambarkan itu.
Secebis pengalaman saya ketika mula melapor diri untuk menjadi guru di sebuah sekolah: Pentadbir /pengetua mahu saya mengajar Bahasa Inggeris dan Geografi sedangkan pengetua tahu opsyen saya Kesusasteraan Melayu dan Pendidikan Seni.
Dalam hati memang protes, tetapi bersuara tak berani. Maka dengan rasa 'tersiksa', mengajarlah saya subjek-subjek itu.
Tetapi pada masa yang sama saya berbincang dengan guru sastera dan pendidikan seni supaya saya dapat memberikan kelas tambahan sastera dan pendidikan seni kepada murid-murid lemah yang akan menduduki SPM.
Tahun berikutnya, tercapailah hajat saya nak mengajar sastera dan pendidikan seni.
Thirty years is a long time, and having retired you are still a teacher at heart. My congratulations to you, cikgu. Up to now I have had only fifteen, half of yours. I can only take pride and have to be grateful to Him that all these years have been in my retirement, and without any financial return; and He has allowed me to go on counting day by day berkhidmat kerana Tuhan untuk kemanusiaan; and I can do it my way, as I say in my blog.
saya nak jadi macam cikgu..dah berhenti mengajar pun anak murid tetap ingat. even ayah saya pun masih igt cikgu..
Comot,
salam kat ayah.
Post a Comment