24.5.09

ORANG MAKAN ORANG


Entri kali ini berkaitan cannibalism.(di katakan berlaku pada zaman dahulu). Saya masukkannya sebagi pengetahuan di samping mengingatkan saya tentang kegiatan “orang makan orang (OMO)” yang memang banyak berlaku sekarang. Dalam kehidupan zaman ini, kegiatan OMO ini banyank terjadi sama ada dalam bidang politik, ekonomi dan sosial.

“Cannibalism ialah amalan makan spesis sendiri. Jika ia merujuk kepada manusia, amalan ini dipanggil anthrophagy.

Jika berlaku dalam kalangan manusia, para saintis tidak pasti sama ada amalan ini berlaku secara meluas ataupun tidak. Terdapat penyakit tertentu , seperti ‘sleeping disease’ yang merebak jika makan tisu manusia, terutamannya bahagian otak’.

Dalam kalangan spesis bukan-manusia, cannibalism adalah sesuatu yang biasa, misalnya jengking dan lelabah. Spesis jantan akan dimakan oleh spesis betina selepas selesai mengadakan hubungan sex. “ (Sumber daripada Wiki)


Sebagai manusia, pernahkan anda “dimakan”?

12 comments:

en_me said...

tak berani me nk tengok cd cannibal ittewww..

Anonymous said...

Cikgu Wahab, Kita pernah dengar ungkapan ini,
Hari ini kita nak makan apa?
Hari ini kita nak makan dimana?
Hari ini bagaimana nak dapat makanan?
Hari ini siapa yang kita nak makan?

Kalau ungkapan ini salah harap betulkan
Mungkin juga Hari ini aku makan engkau atau engkau makan aku (macam cerita politik di negeri Pasir Dua Butir)

mantan said...

akberangque,
tambah lagi satu:
"Hari ini kita jangan makan!" (mogok lapar!).

mantan said...

en-me,
kalau tak berani,jgn tengoklah me.

CIKGU NAMAN said...

kadang-kadang makan hati....

mantan said...

n@m@n,
... ulam jantung pulak tu...

Cikgu Chun said...

Cikgu Wahab,

Dalam konteks sekarang ni istilah "orang makan orang" memang sangatlah meluas. Bukan makan dengan maksud memenggal kepala dan buat rebus/kari, tetapi makan dari segi penindasan, makan dari segi kuasa dan juga dari segi harta rakyat. Perkara ini paling banyak berlaku dalam politik. Asalnya politik ini memang untuk tujuan kebaikan dan ianya bersih, tetapi selepas menyedari bahawa dengan berpolitik lah akan membuatkan seseorang itu dihormati, mempunyai kuasa dan paling penting cepat kaya, maka coraknya telah bertukar dan menjadi lebih kotor daripada najis!! Dengan itu, maka timbul lah istilah "orang makan orang orang" dalam politik. Dalam bidang ekonomi pun ada jugak.... (mengikut konteks masing2)

mantan said...

Cikgu Chun,
Tak reti kenyang ke diaorang ni!

CIKGU NAMAN said...

sebab diorang tak puas ngan 'makanan' tu..tak baca bismillah(x ingt tuhan)

mantan said...

n@m@n,
tak berkat lah tu...

rosnah said...

wah!wah meriahnye blog cikgu.. tak pernah sunyi.ya kita orang selalu kata dlm english broken "friend eat friend" la tu.Lumrah manusia bila dia tidak ada kelebihan lain untuk maju maka dia gunalah kaedah ni..makan kawan,pijak kawan. Tapi awas cara ini tak lama biasanya,, sebab nanti dia kena makan balik. tulah ekologi namanya hi.hi.

mantan said...

Rosnah,
Kalau ikutkan hati, macam2 nak tulis...