12.6.09

BI: HAIRANNYA; KUALA LIPIS; PULAU TIOMAN

1) HAIRANNYA:-
Memang hairan. Belajar Bahasa Inggeris selama sebelas tahun. Tahun 1 hingga Tingkatan 5. Yang dapat hanya beberapa patah perkataan. Tambah tiga atau empat tahun lagi di IPT. Hendak bertutur dengan ayat-ayat ringkas pun tidak boleh dan terasa “malu-malu”!. Hairan!. Bukan semua. Kebanyakannya begitulah.


2) KUALA LIPIS:-
Selepas keluar Maktab, saya posting ke Kuala Lipis. Guru Besar ( belum ada gelaran ‘Pengetua’ pada masa itu) meminta saya mengajar Bahasa Inggeris, Tingkatan Satu. Berilah subjek apa pun, saya tidak menolak, meskipun opsyen saya Pengajian Melayu dan Pendidikan Seni.


Saya tidak ikut silibus BI pun. Tidak ada gunanya. Sebab, pelajar tidak tahu apa pun.(Setelah enam tahun mereka belajar BI?). Membilang pun one to ten sahaja. Bagaimana mahu ikut silibus?


Sayapun mengajarlah Bahasa Inggeris. Tahukah apa yang saya ajar?. Saya ajar membilang (dengan menghafal) one sampai one hundred. Yang lebih cerdik boleh membilang sampai one thousand. Saya ajar bbagaimana menyebut kiraan wang. Saya ajar menyebut nama-nama hari dan bulan dengan betul. Saya ajar greetings. Yang mudah-mudah sahaja. Saya ajar vocab (nama-nama benda yang terdapat di persekitaran kehidupan mereka) dan pronounciation (bezanya ejaan dan sebutan antara BI & BM). Saya ajar simple sentences. Itu sahaja. Kaedahnya? Senang sahaja. Latihtubi dan minta mereka gunakan dalam kehidupan seharian. Tidak ikut silibus pun.


Peperiksaan bagaimana? Apa peduli dengan peperiksaan!. Ikut silibus, tidak dapat apa pun dan gagal BI. (Sebab sejak Tahun Satu, silibus tidak dapat diikuti & mereka tidak pernah lulus BI pun). Apa gunanya. Membazir masa dan tenaga. Dalam keadaan gawat begitu, ajar apa yang mereka mampu dan perlu.


Kalau Jemaah Nazir atau JPN datang memantau, tahulah saya menjawabnya. Pokoknya saya mengajar BI, dan pelajar dapat gunakan apa yang saya ajar!.


3) PULAU TIOMAN:-
Saya selalu ke Pulau Tioman. Saya kagum dengan kesungguhan Pak Chik dan Mak Cik yang berusaha berkomunikasi menggunakan Bahasa Inggeris dengan pelancong mat salleh yang menginap di chalet atau singgah di restoren yang mereka usahakan. Mereka mahu dan mereka boleh! Untuk survival!


Demikianlah Bahasa Inggeris. Demikianlah bangsa kita. Dalam keadaan terpaksa, kita boleh. Untuk survival, kita boleh.


Apakah dalam terpaksa dan diwajibkan, barulah kita boleh. Jika demikian, wajibkanlah! Paksalah. (SPM?)


Generasi sekarang, tidak dapat, sesungguhnya tidak dapat “merasa” perlunya Bahasa Inggeris itu. Sesungguhnya tidak ada rasa tekanan untuk survival! Dalam keadaan demikian, bagi mereka, apa perlunya Bahasa Inggeris!

Dan hairanya, ramai juga yang melancarkan pelbagai jenis "roket dan peluru penangkis"!

12 comments:

rosnah said...

memang kalu dah terpaksa kita boleh dan kreatif pulak. Saya masih ingat ketika awal2 saya masuk UIA, mm bahasa pengantar BI,seminggu taaruf week semua program organise guna BI. Awal2 macam stress sangat terpaksa kelek kamus dah tu kamus inggeris-melayu. Tengok orang lain bawa kamu english-english tapi sorok2 dalam beg. Bila masuk kelas ada pulak kawan2 satu negeri bila kita speaking diperlinya kata tempayan budu pecah! tapi bila jumpa foreingners wah... confident cakap omputih. Mafhumnya kita tak leh duduk sebangsa kalu nak improve bahasa asing nih.

mantan said...

Rosnah, gitulah perangai orang kita.Masa belajar kat UM dulu saya ambil paper Bahasa Arab. Tiap-tiap hari ustaz suruh hafal dan tarjim. Bolehlah saya bercakap gunakan ayat-ayat pendek.Boleh pulak. Exam dapat A jugak.

Tapi bila keluar UM, pergi ke sekolah, kadang-kadang saya nak berkomunikasi guna B.Arab dengan orang yang tahu B.Arab, tapi macam tak mau layan je. Tanya dalam B.Arab dia jawab dlm BM. Lama kelamaan BA arab hilang gitu aja.

Belajar bahasa ke dua,kalau tak digunakan,habisss..

mendewa said...

kalau dah terpaksa semuanya bisa...

Naa..a said...

betul tu hancuss kalau tak guna.. saya masa interview nak masuk UIA dulu penginterview tengok result SPM saya BI dapat 3 B.Arab-1, BM saya dapat 4. Penginterview tanya awak mimpi dalam bahasa apa? saya jawab melayu kelate la...ha.ha. mcm mana bahasa lain boleh bagus pada melayu.mmm betul juga yek...bahasa melayu susah sebenarnya bila banding dengan bahasa lain.

Tirana said...

Tapi bila semua dibuat dalam keadaan terpaksa..rasanya tidak enak..hehehe.. Kena latih anak-anak kita tukar mindset yang mengatakan bahawa BI itu diperlukan dalam kehidupan...sama macam kereta perlukan minyak untuk bergerak.

mantan said...

Tirana,
Betul, kita semua tak suka dipaksa. Memang tak enak(tak nak?) pun. Kalau kita ada pilihan lain, o k lah.

Ada rakan-rakan (seusia) saya yang tak berminat nak surf internet, kerana katanya susah tak faham BI.

Bukankah itu alasan yang tak menasabah...

Tirana said...

Cikgu Wahab..

Semuanya bergantung pada sikap seseorang. Selalunya yang bersikap negative banyak bagi alasan.. Untuk maju, kena ubah sikap dari negative kepada positive tapi nak buat perubahan tu la yang payahnya..sebab dah duduk dalam zon selesa...

chehassan said...

Saya setuju mantan. Saya biasa melawat Thailand, di Hadyai, jarang rakyat thai yang boleh berbahasa Inggeris, tetapi di Phuket, banyak yang boleh sebab, di sana banyak pelancong Inggeris. Servival cari makan.

mantan said...

Che Hassan,
Kena ada kuasa pendesak pula. Jika tidak, barangkali seronok bersantai dalam zon selesa.

Cikgu Chun said...

Tak perlu ke Phuket, ke Pulau Perhentian pun dah cukup. Masyarakat kat sana sudah cair berbahasa Inggeris sebab selalu menerima pelancong2 asing. Malah pemandu2 teksi di KL pun cair BI coz selalu mengambil penumpang2 asing. Walaubagaimanapun, yang paling mudah dan berkesan ialah dengan mendidik anak bercakap BI semasa dia kecik2 lagi. Kita tak perlu risaukan BM coz mereka pasti akan tahu cakap BM. Tengok anak2 India dan Cina, kecik2 lagi dah pandai speaking, tapi adakah mereka tak tahu cakap Tamil atau Mandarin?? Ini tidak...anak2 cikgu BI pun tak tahu speaking, tak ke pelik tu.... Jadi ini menunjukkan bahawa mengajar anak bercakap BI semasa di rumah tu belum lagi menjadi budaya walaupun berlatarbelakangkan parent yang bijak pandai dan tahu bercakap BI. Kalau org kampung tak kisah lah kan... Ini akan menjadi rugi apabila suatu hari nanti anak2 mereka memasuki universiti. Saya sudah merasai keperitannya apabila tidak pandai BI semasa berada di universiti!.

Al-Manar said...

Cilgu
Saya percaya kita semua mempunyai masa untuk merenung, berfikir dan merancang. Tetapi ramai yang lebih bersikap tunggu dan lihat. Akhirnya peluang membuat pilihan tamat dan tibalah masa mendesak. Ada orang yang lebih selesa membuat perancangan dan ada pula mereka yang menampilkan kebolehan bila berada dalam keadaan terdesak. Saya rasa kita perlu mengajar diri kita menghasilkan sesuatu samaada secara merancang dan juga dalam suasana terdesak. Tetapi utamalah perancangan. Saya selalu memberi ingat kepada murid murid tentang ‘masa’ – surah ‘Al-Asri’

mantan said...

Pakcik, Almanar,

absolutely true.
Should be well-planned and organised.