29.6.09

GIAN




Seorang sahabat telefon. Katanya, “Aku ni dah ketagih nak makan durian”.


Saya tidak fikir dia ketagih. Barangkali dia hanya rasa teringin yang amat.


Bila dengar perkataan “ketagih” disebut, automatis sesuatu yang negatif terbayang. Biasalah. Sebab ketagih selalu dikaitkan dengan gejala salahguna dadah!.


Ada yang menyebut ketagih sebagai “gian”.

“Ketagih” itu bukan dadah shaja. Banyak perkara. Jika penagih terasa seperti digoda, dipaksa dan didesak – ketagihlah agaknya tu.

Ketagih juga berkait rapat dengan “kebergantungan psikologi (kepada sesuatu) secara berlebihan”. ( Wah, susahnya nak faham!).

Ada macam-macam ketagihan, misalnya, ketagih:-

1. Dadah

2. Jenayah

3. Judi

4. Kerja

5. Komputer

6. Makan berlebihan

7. Membeli-belah

8. Nikotin

9. Pembedahan plastik

10. Permainan Video

11. Pornografi

12. Pandu laju

13. Perhatian

14. Riadah

15. Rokok

16. Wang

17.

dan senarainya memang panjang… Ada positif. Ada negatif. (Kelihatannya lebih banyak yang negatif!)

Apabila sudah ketagih dengan sesuatu, penagih tidak peduli lagi, negatif atau positif. Tdak peduli jika beri kesan negatif kepada kesihatan, kesejahteraan mental atau kehidupan sosial.

Ketagihan juga boleh menimbulkan kesan seperti:

a. Rasa bersalah

b. Malu

c. Takut

d. Putus asa

e. Gagal

f. Memencil diri

g. Rasa diketepikan

h. Bimbang

i. Gelisah

j. Terhina

k. Sugul

l. ...


Dan lain-lain … (dan kesannya negatif!)

Harap-harap sahabat saya itu sudah kenyang makan durian. Nanti dia ketagih manggis pula.


8 comments:

Kembara Kelana said...

cikgu
lama tak masuk blog cikgu. sehat ke? bab ketagih rokok ni..masalah juga cikgu saya nak seattle...boleh ebrikan pendapat?

n@m@n said...

kawan saya dulu perokok tegar..alhamdulillah dia boleh berenti..tp bnyk kali jgk gagal sebelum betul2 berjaya..sebabnya awek dia xsuka dia hisap rokok..hehe..ironinya dia xkawen dgn bdk tu..kawen dgn org lain..ape2 pun dia dpt jugak hilangkan ketagihan..

en_me said...

raja buah tewwww..

Rosnah said...

lama dah saya tunggu posting terbaru cikgu, haritu masuk dengan penampilan baru, hari ni baru ada posting baru (ketagih?) tapi apa-apa pun ketagih yang tidak memudaratkan tak pe..

mantan said...

Kembara kelana,
Pendapat kita mungkin sama.Sebab dulu saya ketagih rokok juga. Cuma, sekarang sudah tidak.

mantan said...

n@m@n,
o klah tu. awek + kahwin jadi penawarnya.

mantan said...

en_me,
cuma tak ada daulat. Kadang-kadang ada ulat.

mantan said...

Rosnah,
ketagih bukan smuannya negatif...