1) Ketika mengunjungi blog Che Hassan ( http://chehassantunkuismail.blogspot.com/ ) saya tertarik dengan beberapa tulisannya berkaitan dengan PERUBAHAN. Saya tertarik juga dengan kegigihanya yang sentiasa ingin membawa perubahan di sekolahnya.
Oleh sebab Che Hassan seorang Gurubesar, saya percaya perubahan yang dimaksudkan itu lebih tertumpu kepada perubahan di sekolah.
2) Perubahan yang hendak dilaksanakaan di sekolah wajar ditangani dan diuruskan dengan sempurna kerana proses perubahan itu melibatkan banyak perkara seperi masa, kos dan tenagakerja.
Dan sudah tentu ada pelbagai pendekatan untuk melaksanakann perubahan di sekolah.
3) “Remodelling” ialah suatu pendekatan untuk mengurus dan menanangi perubahan di sekolah. Pendekatan “remodelling “ ini boleh menghasilkan perubahan yang positif dan mantap. (Seperti pendekatan-pendekatan yang lain juga).
Hasilnya akan terbentuk budaya positif kerana guru-guru, kakitangan dan warga sekolah mempunyai kemahiran, pengalaman, keyakinan dan keiltizaman bagi menggunapakai suatu pendekatan remodelling yang berkesan terhadap perubahan-perubahan yang signifikan pada sepanjang masa.
4) Proses remodelling melibatkan perkongsian isu secara kolaboratif dan menjurus kepada cara penyelesaian yang khusus. Ini membolehkan setiap sekolah membina perancangan, tidakan dan pencapaian yang boleh diukur.
5) Untuk menjayakaan proses remodelling ini, sekurang-kurangnya terdapat enam elemen utama:
Kepemimpinan yang berkesan
Budaya yang sesuai
Koloborasi yang membinaa
Pasukan perubahan yang proaktif
Proses perubahan yang terbukti berkesan, dan
Pertimbangan yang rasional, politikal dan emosional.
6) Perubahan yang ingin dilaksanakan di sekolah akan menimbulkan tindakbalas rasional, emosional dan politikal. Misalnya, terdapat guru-guru dan kakitangan sekolah, secara emosionalnya enggan melaksanakan sesuatu tanggungjawab yang diamanahkan dengan sempurna.
Untuk menjayakan dan mengekalkan proses remodelling, perlu diperjelaskan sebab-sebab dan keperluan untuk berubah, visi yang jelas untuk masa depan dan perancangan yang sesuai bagi mencapai matalamatnya.
7) Remodelling akan membantu sekolah menjadi lebih fleksibel, kemampuan dan keupayaan untuk berjaya menyahut cabaran-cabaran perubahan dalam masa jangka panjang, termasuk mengekalkan segala keputusan yang telah dibuat bersama.
8) Guru-guru dan kakitangan sekolah akan lebih melibatkan diri meneruskan agenda sekolah, di samping mempertingkatkan koloborasi antara kakitangan dan sekolah-sekolah lain, organisasi, stakeholders dan agensi-agensi yang terlibat dengan pendidikan.
9) Hasilnya, sekolah :
# Mempunyai kapisiti dan kemampuan memperbaiki tahap yang dihasratkan.
# Menarik minat dan menggunakan kepakaran
# Mempertingkat fokus dan tujuan
# Membina profesionalisme
# Mencapai kejayaan yang hebat.
10) Sekolah-sekolah yang melaksanakan remodelling akan:
# Menjadikan pengajaran dan pembelajaran sebagai focus utama dan memperbaiki pencapaian dengan cara mempertingkatkan tahap profesionalisme serta membina kompetensi melalui tenagakerja.
# Melibatkan semua tenagakerja di sekolah dan stakeholders dalam membuat keputusan, dan menggunakan pendekatan-pendekatan remodelling untuk menanangi cabaraan-cabaraan utama.
# Menjadikan pengurusan perubahan sebagai sebahagian daripada kegiatan di sekolah, melaksanakaan keputusan strategik dengan segera dan berkesan di samping melaksanakan inisiatif-inisiatif baru, membolehkan guru-guru memberi tumpuan kepada tanggungjawab yang penting.
# Berkongsi pengalaman, kepakaraan, resos, dan pembelajaran dengan sekolah-sekolah lain, agensi dan stakeholders, di samping memahami, dan mengambil teladan daripada amalan-amalan yang berkesan daripada sektor pendidikan yang lain.
# Mengenalpasti guru-guru dan kakitangan sekolah mempunyai perseimbangan antara tugas dan kehidupan di samping memastikan bahawa segala tugasan dan kegiatan dilaksanakan oleh mereka yang sesuai.
# Mengekalkan bakat-bakat terbaik dengan membina persekitaran tugas yang positif dan bermotivasi tinggi.
11) Semoga usaha gigih Che Hassan ( http://chehassantunkuismail.blogspot.com/ ) akan membuahkan hasil.
4 comments:
akum dah lama saya tak komen diblog cikgu .. sbb tak dapat masa tu. saya suruh cikgu shimme maklum kat cikgu.. alhamdulillah hari ni dapat.tentang change yang cikgu keutara di atas itu ialah remodelling dan ada satu bentuk kepimpinan yang perlu iaitu turnarround leadership yang diperkenalkan oleh micheal fullan 1990. anyway bila sebut change saya ingat theory katak rebus yang cikgu ceritakan dulu.. melekat kat kepala lagi.tu.
Katak tu dah mati pun.
idea yang jika ingin dicapai perlukan kesepakatan warga...disinilah gurubesar memain peranan
citi,
Guru Besar memang besar peranannya.
Post a Comment