25.7.09

e-B jadi e-L

  1. Tajuk utama sebuah akhbar tabloid hari ini : e- Book jadi e-Lucah
  2. Sudah diduga, di samping yang positif, pasti ada yang negatifnya
  3. Usaha kerajaan Terengganu membekalkan komputer mini dan perisian pembelajarannya kepada murid-murid Tahun Lima di negeri itu, pastinya mempunyai tujuan yang positif.
  4. Yang negatifnya ialah apabila komputer tersebut digunakan juga untuk memuatkan bahan-bahan lucah. (Di Gong Badak, komputer 12 orang murid sekolah mengandungi gambar dan video bahan lucah).
  5. Saya percaya pihak Kementerian, dan Jabatan pendidikan sudah bersedia dan mengambil tindakan-tindakan awal menanangi gejala negatif ini sebelum komputer itu diagihkan.
  6. Namun, kesediaan itu masih tidak dapat menandingi "kelicikan" pengguna –pengguna komputer tersebut mengeksploitasi penggunaannya – tentulah yang negatif.
  7. Bahan-bahan lucah atau pornografi, bukan sahaja boleh dimuaturun daripada internet malah tersebar luas melalui telefon bimbit , pita video, siber cafe dan cakera kompak. Ini semua boleh 'disumbat' ke dalam 'pen-drive' dan computer mini tersebut.
  8. Kita berharap semua pihak berkaitan mempunyai strategi berkesan menanangi penularan gejala negatif ini.
  9. Dan saya percaya bahawa pendidikan agama adalah strategi paling berkesan!

10 comments:

Guru said...

betul.. iman sahaja yang menjadi benteng... bukan polis, bpr atau apa je

Al-Manar said...

Cikgu
Ada murid sekolah Gong Badak yang belajar diAlmanar. Tujuan computer memang baik tetapi saya masih secara tua, ketinggalan zaman. Saya lebih suka kanak kanak berjalan kaki atau berbasikal daripada bermotorsikal. Saya lebih suka sifir dikepala sehingga sekurang kurangnya sifir 12, bukan di calculator. Saya lebih suka kanak kanak disemai tabiat membaca buku, tidak computer. Apalah guna semuanya ini kalau masih ada ramai pelajar yang lemah seperti yang akan saya post kan dalam blog saya esok, insya Allah? Our children, for that matter we ourselves as adults, are not yet ready for the gadgets to replace the brain. Syarikat siapakah yang akan membekal berpuluh ribu computer dan siapakah yang akan mendapat tender memperbaiki?

mantan said...

Betul citi

mantan said...

Al_Manar, salam & tq.
Teknologi tidak boleh dihukum. Yang bersalah manusia yang menyalahgunakan teknologi. Teknologi dicipta untuk faedah manusia, tetapi manusia menyalahgunakannya.

Manusia masih boleh belajar tanpa teknologi. Tetapi dalam paasaran kerja di peringkat global, manusia yang tidah mahu menggunakan teknologi, akan ketinggalan.

e.g: Lebih baik jika nelayan dapat menggunakan 'trawler' daripada menggunakan jala sahaja. Lebih untung menggunakan bot laju daripada menggunakan perahu.

Yes, saya setuju, of course, the brain is the centre of everything - no replacement.

And, sudah tentu syarikat pembekal dan membaiki komputer akan untung besar!

Waiting for your next post.

Cikgu Chun said...

Saya setuju dengan pendapat Al-Manar. Yang untung hanya lah vendor2 kepada bekalan komputer tersebut. Sy juga pernah tulis mengenai artikel ini yang bertajuk "e-Book ganti Textbook?" dalam posting saya pada Mac yang lalu. Bagi saya masih belum tiba masanya untuk KPM berbuat demikian (W/pun duit itu duit krjn negeri Terengganu).

mantan said...

Cikgu Chun,
Yang selalu saya fikirkan ialah : siapa yang rugi.

HASHIMME OMAR said...

Teknologi sememangnya tidak boleh dihukum. Memang benar. Menolak teknologi bermakna meminggirkan Islam dari ilmu. Ilmu adalah milik Allah. Barangkali ini punca Islam mengalami kemunduran ? Manusia Islam itu sendiri perlu bijak memilih dan menggunakan teknologi. Untuk anak-anak kenalah pantau selalu..

Ah Win said...

ha..bagus..bagus...sumbat lagi dengan barang lucah..pastu kata orang lain buat, pandai..
budak-budak sekrang punya mentaliti bukan mcm dulu-dulu..

takkan dah terhantuk baru nak tergadah,kot??

mantan said...

Hashimme,
Kata seorsng sahaabat blogger,"Kita belum bersedia menggunakan teknologi!'
Entah bila nak bersedianye.

mantan said...

nik awin,
yalah nik, benda2 tu kena kawal. Tapi sapa yg nak kawalnye kalau tak diri sendiri.