2.7.09

SETUJU - TIDAK SETUJU

Seringkali menonton TV, meghayati movie yang ditayangkan, dalam setiap ceritanya, ada watak PEMIMPIN. Ada watak yang dijadikan pemimpin di pelbagai tahap dan peringkat. Pemimpin tidak semestinya watak utama.

Ada watak-watak lain sebagai pemimpin di pelbagai tempat, ruang dan persekitaran, mengikut plot cerita. Kecil dan besar. Penting maupun tidak penting.

Menarik juga bagaimana Pengarah filem memperjelaskan watak melalui pelakon-pelakonnya. Ada pemimpin yang digambarkan sebgai pemimpin yang:-

1. Adil
2. Angkuh, berlagak
3. Bengis, kejam, zalim
4. Bercita-cita
5. Berkebolehan
6. Berpandangan jauh
7. Bersendirian, memencil diri
8. Bersungguh-sungguh
9. Celupar
10. Cerdas
11. Cerewet
12. Cergas, dinamik
13. Dermawan
14. Dipercayai
15. Ganas, agresif
16. Jujur
17. Keji, jahat, tidak berperikemanusiaan
18. Kreatif
19. Memahami
20. Memotivasi
21. Menetapkan.
22. Mengarah
23. Menguasai
24. Menyokong
25. Mesra
26. Pemusnah
27. Penasihat
28. Penggubal
29. Peramah
30. Prihatin
31. Rajin
32. Sensitif
33. Setia
34. Sombong, angkuh, bongkak
35. Tabah
36. Tegas
37. Tidak Peduli

Banyak lagi…
Mungkin ada cara kepimpinan watak-watak itu yang kita setuju…
Ada juga yang tidak kita setuju…
Banyak juga yang bertentangan dengan kehendak dan harapan kita sendiri…

8 comments:

Naa..a said...

mm. kalau dalam banyak2 tu..sama banyak (+) dan (-). Bmana sekiranya banyak yang (-). Biasanya kalau ada keseimbangan organisasi akan stabil.. kesederhanaan dan keseimbangan itu yang penting.

mantan said...

Rosnah,
Tq for commenting. The first to comment.

Dlm organisasi, ada ramai pemimpin dalam pelbagai peringkat.

Kebijaksanaan 'Ketua' pemimpin amat diperlukan. Ketua menjadi tunggak kepada pemimpin2 di peringkat lain.

Sebab itulah ketua mesti lebih bijaksana dan berwibawa dalam kepemimpinnnya. Kepemimpinan itu perlu dipelajari dan dikuasai. Tidak muncul secara automatis.

Ramai yang menyangka bahawa sesiapa sahaja boleh jadi pemimpin yang berkesan.

Anonymous said...

tidak cukup tiket bijak untuk sandang dan beli aura 'pemimpin'.pemimpin yang agung adalah berHATI berPERUT.berhati melilau 'anak buah' berperut memantau ihsan.

mantan said...

Ummi Adibah,
Thanks for commenting. :)

HASHIMME OMAR said...

Jelas nampak bahawa banyak watak yang baik dalam kalangan pemimpin. Namun kehadiran watak hitam kalau bukan kalangan pendidik ni mungkin kita boleh terima. Kalau Pendidik juga sudah tidak tahu yang mana baik yang mana buruk dalam membuat keputusan, ini yang tidak boleh kita terima. Kata seorang Pentadbir, "Saya masih menganggap cikgu merupakan golongan paling cerdik di Rompin". Jadi kesimpulannya kalau jadi Pentadbir di sekolah MESTI BIJAKSANA

mantan said...

Cikgu Hashimme,
Kalau Cikgu tak bijaksana, tak payah jadi cikgulah.

Saya setuju kalau golongan paling cerdik di Rompin ialah cikgu. Golongan cerdikpandai (mengajar murid-murid) ni lebih ramai di sekolah jika dibandingkan dengan Jabatan-jabatan lain.

Mme, Saya masuk kat blog Mme, tapi tak dapat cari comment-box. Mana peginye?

ahmad humairi said...

Pemimpin bertelagah sesama sendiri. Yang salah dibetulkan. Pro dan kontra memang diperlukan. Kitalah yang memilihnya....

mantan said...

humairi,
kalau pemimpin politik memang macam tu lah...