4.7.09

SOALAN ISTERI JAWAPAN SUAMI

Posting kali ini khas untuk para suami. Bukan bermakna isteri tak boleh kongsi. Boleh. Bacalah. Komen pun boleh. Malah, memang dialu-alukan.


Cuba suami kira, dalam sehari berapa kali isteri bertanya (mengemukakan soalan). Soalan remeh. Juga soalan penting. Kadang-kadang soalan ulangan. Juga soalan baru. Berkaitan dan juga tak berkaitan. Soalan biasa juga soalan yang tak disangka-sangka.


Tetapi setiap soalan, suami mesti jawab. Jika tidak, isteri mungkin kecil hati.


Apa suami nak jawab, jika isteri bertanya soalan berikut?:


  1. Jika isteri tanya: “Apa yang abang fikirkan tu?”

Suami kena jawab: “Abang sedang fikirkan tentang kitalah”.

(Sekurang-kurangnya jawab macam tu. Jangan senyap saja. Isteri akan buat macam-macam andaian).


  1. Jika isteri tanya: “Abang sayang saya tak?”

Ni soalan cepumas.!

Sekurang-kurangnya suami kena jawab: “Tentulah abang sayang!”

(Saja isteri tanya, mungkin nak kepastian kerana isteri sentiasa menyayangi suami).


  1. Jika isteri tanya: “Abang tengok dia tu lebih cantik dari saya, tak?”

Ni soalan perangkap ni!

Sekurang-kurangnya suami kena jawab: Tak.

Jangan sekali-kali jawab “ya”.


  1. Jika isteri tanya: “Apa abang nak buat, kalau saya dah tak ada?”

Maksud “tak ada” tu, meninggallah.

Suami kena jawab: “ Tak bermakna lagilah hidap abang ni. Janganlah sayang yang meninggal dulu”.


  1. Jika isteri tanya: “Abang tengok saya ni gemuk ke?”

Kadang-kadang soalan ni serbasalah nak jawab. Tapi kena jawab juga.

Suami kena jawab: “Cuba tengok abang ni, dahlah gemuk, perut boroi pulak. Tapi abang masih handsome dan @#’& * kan? (Kalau suami kurus, kena jawab camtu juga ke?)


Suami kenalah bersedia untuk menjawab soalan yang macam-macam yang sentiasa akan ditanya oleh isteri. Isteri memang suka bertanya. Itulah kemesraan.


Suami, jawablah dengan ikhlas dan mesra!.



13 comments:

Naa..a said...

ha.ha. soalan ni utk suami tak nak jawab nak TENGOK JE...

CIKGU NAMAN said...

hehe..bnyk pengalaman ni..

HASHIMME OMAR said...

Yea memang ada soalan begitu. Jawapan standard sebagai suami biasa la. Tapi kalau kita rasa isteri dah agak besar, berterus terang je. Bagi tahu apa yang suami nak. Rasanya dia akan cuba jadi macam dulu.

Cikgu Chun said...

Cikgu Wahab,

Hahaha... posting mantan kali ni memang tepat kena pada dahinya!! memang soalan2 begitu lah yg biasanya isteri akan tanya. 90% daripada soalan2 tu memang saya dah kena dan dah jawab pun... Jawapan saya lebih kurang macam jawapan mantan tu lah.

mantan said...

Rosnah,
Suami pun kadang-kadang suka tanya isteri macam-macam.

mantan said...

n@m@n,
Agaknya n@m@n belum ditanya lagi soalan-soalan seperti tu...

mantan said...

Shimme,
Pakat-pakatlah mme, camne. Kadang-kadang berterusterang tulah yang bagusnya...

mantan said...

Cikgu Chun,
jawab tu, memang kena jawab!

WR said...

jawapn tu mcm xikhlas je.. macam nak bodek je..

mantan said...

waruna,
tu lah, silap-silap jawab, jadi macam nak bodek je. Tak jawab kecik hati pulak. Salah jawab, merajuk pulak.

Tirana said...

Bila isteri tanya, suami kena jawab dengan ikhlas...jangan bohong sebab naluri isteri kuat..dia boleh tahu samada suami berbohong atau berkata benar.

mantan said...

Tirana,
Memang kena jawab dengan ikhlaslah.
Memang boleh tahu, kalaau oraang bohong.
Kalau ya, jawab ya. kalau tak, jawab tak.

CIKGU NAMAN said...

cikgu wahab..adaaaaaaaa