11.7.09

STOCK SEDAP


Posting kali ni agak lain. Pasal makan ni.


Saya memang suka makan sup. Sup daging, ayam, ikan, sayur, semuanya suka. Tak ada lauk lain pun tak apa.

Dulu ada saya muatkan resipi “sup BCW” dalam blog ni. (Klik untuk lihat resipi). Ada yang e mail feedback. Katanya susah nak ikut resipi tu sebab ramuannya banyak sangat.


Saya kata, kalau nak buat sup yang simple pun boleh. Gunakan sup bunjut atau ‘stock cube’ pun dah cukup.


Lauk yang saya masak biasanya saya gunakan stok (stock), sebagai perasa tambahan. Masak sayur, ikan, mee dll. Kalau buat sos pun boleh letak stok ni. Masakan jadi lebih sedap.


(Bila anak-anak balik semasa cuti, minta abah masak)


Di rumah, stok ni saya buat sendiri. Senang je. Tak payah beli stok kiub tu. kalau saya makan di kedai, kalau masakannya sedap, saya tahu mesti stok yang diletak dalam makanan tu sedap. Tak payah serbuk perasa.


Cara nak buat:

  1. Letakkan 2 atau 3 kilo (atau lebih) tulang ayam (rangka) (biasanya ada dijual kat supermarket) dan masuk air sehingga meliputi tulang. [ Boleh juga kalau nak guna tulang lembu ke, kerbau ke, rusa, unta]. Rebus selama tiga hingga lima minit. Angkat, buang air rebusan sehingga habis/ kering. Isi semula air sehingga meliputi tulang dan rebus semula sehingga mendidih. (takpelah rebus dua kali. Memang tulah caranye, supaya hilang rasa hanyir / hamisnye).


  1. Masa rebus tu, campurkan lebihkurang 250 gram bawang (dihiris), 150 gram (atau lebih) lobak merah, setengah inci halia, sehelai daun bay (kalau ada). Setengah sudu lada hitam. Campuran ni supayan ada rasa ‘manis’nye. Rebus lebihkurang 2 jam.


  1. Angkat. Tapis stok. Ambil air rebusannya aje. {Buang tulang, bagilah jin makan hehehe}. Air rebusan (stok) ni boleh disimpan sehingga 2 minggu dalam peti sejuk. Kalau disejukbeku, boleh tahan sehingga 5 bulan.


Gunakan kalau goreng sayur, masak mee dll. Kalau buat sup ayam, daging, ikan, tulang, atau tomyam masukkan stok sebagai perisa tambahan ikut kuantiti yang sesuai.




2 comments:

CIKGU NAMAN said...

Bestnya sup....smlm baru je saya makan bihun sup ngan org rumah dekat Taman Warisan, Putrajaya..Kalau makanan berkuah terutama sup ni..ssh saya nak biarkan mangkuk tu ada kuah lagii..mesti bagi licin..bak kata orang...REZEKI

mantan said...

bagi licin