30.7.09

YANG TAHU, MUDAH; YANG BIASA, SENANG.


  1. Orang sesat mencari tempat tuju, biasalah.
  2. Pengalaman saya dua hari yang lalu, mencari destinasi, di Petaling Jaya, rasa macam luar biasa.
  3. Orang sesat di hutan, saya sesat di bandar.
  4. Dua jam memandu, putar-putar di sekitar Petaling Jaya mencari tempat tuju. Tersasar ke Shah Alam. Terbabas ke Batu Caves. Terlajak ke Kuala Lumpur.
  5. Banyak pengalamannya dalam tempoh dua jam itu.
  6. Kata orang: Sesat di hujung jalan balik ke pangkal jalan. Pangkalnya pun tak jumpa. Entah di mana mulanya.
  7. Segan bertanya, sesat jalan?
  8. Tanya, bukan tak tanya.
  9. Jawapannya: Jalan terus, sampai traffic light ke-dua, belok kanan, terus jumpa bulatan, belok kiri dan kemudian belok kanan, sampailah. Wah! Mudahnya bagi yang tahu, senangnya bagi yang biasa.
  10. Lima orang yang ditanya, empat bukan warganegara (mula-mula tidak tahu, dengar suara dan bahasa baru tahu). Jawapannya: I don't know. Saya jawab "Thank You". Dalam hati berkata: Gi tanya kat mamat Bangla tu, buatpe?"
  11. Di stesen minyak, kebetulan berhenti seorang polis trafik bermotorsikal. Tanya. Jawabnya: "Senang je encik. Terus, selepas dua simpang, susur keluar sebelah kiri, jumpa trafik light. Tak jauh dah tu. Dah nampak. Senag je. Saya pun tinggal dekat kawasan tu." "Terima kasih, encik." Wah!, mudahnya bagi yang biasa.
  12. Apa sudahnya? Berhenti di stesen petrol. Ambil laptop anak di bonet kereta. Cucuh mobile modem. Surf. Cari destinasi di Google Map. Semua ada. Anak jadi co-pilot sambil gelintar cursor, akhirnya….. sampai.
  13. Yang tahu, mudah. Yang biasa, senang. Yang canggih, beres. Yang sesat, lega…



6 comments:

Guru said...

memang menyesakkan semasa sesat... dah jumpa memang lega

mantan said...

citi,

Taklah menjadi masalah langsung bagi a kl citizen yang memang bermastautin di kl. Tq for coming around.

Tirana said...

Cikgu Wahab...

Saya yang tinggal di KL ni pun selalu juga sesat dalam bandar. Keliru dengan jalan yang berselirat di KL ni lebih-lebih lagi tempat yang saya belum biasa pergi seperti Petaling Jaya. Tapi sekali pergi sesat, dua kali pergi dah tahu..hehehe

CIKGU NAMAN said...

saya pulak mmg xsuka masuk k.l..semuanya nak cepat..cilok sana..cilok sini..

mantan said...

Tirana,
Saya pernah sesat dlm hutan, taklah susah macam sesaat dalam bandar.

mantan said...

n@m@n,
k.l, pun susah juga kalau sesat. Nak parking pun satu hal juga. Tulah saya ni duduk kat kampung. Masuk bandar jadi macam rusa masuk kampung.