1.8.09

SNOW


  1. Entah bila negara kita ini mengalami musim salji!
  2. Ketika memandu kereta, terasa ngeri untuk memintas lori besar yang sarat dengan muatan.
  3. Bimbang ketika memintas lori tersebut, tiba-tiba tayar lori pecah, terbabas dan tersasar tidak menentu.
  4. Mengikut perangkaan, 30% kenderaan berat (komersil) di negara kita menggunakan tayar SNOW.
  5. Tayar SNOW digunakan pada musim salji (di negara empat musim).
  6. Tayar jenis ini diimport ke nagara kita dan harganya lebih murah daripada tayar biasa.
  7. Sudah tentulah tayar SNOW ini tidak sesuai digunakan di atas jalanraya di negara kita.
  8. Malah, tayar-tayar yang berlabel perkataan SNOW itu ialah tayar terpakai.
  9. Entah bila pihak berkuasa akan mengambil tindakaan tegas menangani masaalah ini.
  10. Di mana-mana nyawa manusia terancam!
  11. Berhati-hatilah di jalanraya!

4 comments:

Rosnah said...

biasalah msia dah terhantuk baru nak tergadah. Minggu lepas contoh satu accident di Maran melibatkan cikgu j-qaf semua meninggal satu kereta termasuk baby dalam kandungan,, ini pun antara lori dan kereta. Mungkin lori itupun guna tayar snow jgak le.

Cikgu Chun said...

Pengalaman saya pada tahun ini: Tayar lori treler yg besar tu pecah dan tanggal sekeping2, tapi drivernya tak berhenti pun...entah perasan ke tidak, maklumlah tayar sparenya banyak. Masa tu sy kat belakang, cepat2 sy potongnya coz takut tayarnya meletup.

Sebut pasal SNOW ni, baru skrg sy tahu kisahnya...

cikgu sazili said...

Masa saya mula-mula mengajar di SK Leban Chondong dulu pernah tayar lori tercabut. Sekolah tu terlalu hampir dengan jalan raya. Tayar yang tercabut tu langgar pagar, peecaahh pagar!(Bukan lori, tayar yang tercabut tu langgar) Nasib baik masa tu bukan masa rehat, kalau tidak....!

Muhd Suhaily said...

Dari teknikal perjalanan lori tidak membahayakan, bila sikap menyumbat selagi mampu dan selagi masih bertahan, selagi itulah lori akan kelihatan boroi sehingga pekerja yang sentiasa berpusing tidak lagi mampu bertahan akhirnya give up, kalau tidak tayar tercabut, bunyi bom akan kedengaran.