- Ramadhan akan terus tiba bila sampai masanya. Bagi mantan, bulan barakah ini sentiasa membawa kenangan.
- Paling menjadi nostalgia, Ramadhan masa mantan masih budak. Seronok tak terkata. Sempena kehadiran Ramadhan Al-mubarak, Mantan akan tulis beberapa kisah dan pengalaman mantan dulu2.
- Hari ni mantan nak cerita pengalaman mengaji Quran masa kecik2 dulu.
- Mak sendiri yang ajar ngaji. Bersama2 dengan budak-budak kampung . Ada budak lelaki, ada budak perempuan. Adalah 10 orang bagi satu-satu masa.
- Waktu mengaji antara Zohor dan Asar. Itu pun kalau mak free. Kalau mak ke sawah, no class.
- Budak-budak nak ngaji kena tinjau dulu, Mak andak (gelaran mak saya di kampung) ada atau tak ada. Kalau Mak Andak tak ada di rumah, boleh pergi main di tempat lain. Tapi ada juga yang datang nak mengaji. Senior boleh juga mengajar budak-budak yang nak mengaji. Setakat yang tahulah.
- Belajar free saja. Tak kena bayaran. Sukarela.
- Dah jadi biasa sebelum ngaji, budak-budak tolong angkut air dari perigi isi dalam tempayan di dapur. Gotong royong angkat dan susun kayu api yg sudah dibelah. Kalau ada pinggan mangkuk belum dicuci, cuci dulu. Itu pesan mak bapak budak-budak tu tolong buat apa yang patut masa gi ngaji rumah Mak Andak..
- Lepas tu baru ngaji.
- Mula-mula kena 'menderas' dulu. Riuh, berlumba-lumba membaca. Ni macam ulangkaji yang dah dapat.
- Macam pengukuhan lah
- Lepas tu mak suruh budak-budak tu baca sorang-sorang. Sambil anyam tikar atau anyam atap nipah, mak dengar budak-budak ngaji. Kalau ada bacaan yang tak betul, masa tu mak akan betulkan. Mak suruh ulang. Dan ikut mak baca sampai betul.
- Bila dah betul , baru mak suruh "beralih". Ini macam lesson baru lah. Selagi tak betul, memang tak beralih ke lesson baru.
- Sebab itu ada yang khatam dulu. Ada yang khatam lewat. Ikut kemampuan masing-masing.
- (Masa khatam ni seronoklah. Tumpang majlis kahwin di kampung. Boleh join khatam sama-sama dengan pengantin.)
- Bila masuk lesson baru, masa tu mak akan tangguhkan kerja2 sambilan dan ajar budak-budak yang "beralih" ke surah baru.
- Bagi budak-budak baru belajar Alif, Ba, Ta, "senior" yang ajar dan betulkan bacaan setakat yang mereka boleh. Selebihnya mak akan bantu.
- Lepas habis Muqadam, beralih baca Quran. Biasanya bila dah sampai juz 2 atau juz 3 dah boleh baca sendiri. Mak Cuma suruh "menderas", "melancar" atau "beralih" .
- Mak memang tajam pendengaran. Walaupun budak baca beramai-ramai., mak boleh cam sapa yang baca tak betul. Mak akan panggil nama dan tegur apa yang patut dibetulkan. Bila mak sudah berpuashati setelah memberi teguran dan sudah dibaiki.
- Sekarang ni dah canggih. Ramai yang belajar baca Quran dengan bantuan alatan teknologi.
- Rasa2nya pengalaman macam ni, tak ada siapaa yang alami sekarang ni.
- Mak sudah lama pergi, tapi murid2nya masih mengingatinya.
- Al-Fatehah buat mak.
17.8.09
AL-MUBARAK, MENGAJI, KISAH MANTAN.NOSTALGIA RAMADHAN(1)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
9 comments:
Itulah perbezaan dulu dan sekarang cikgu. Bila kita renungkan orang dulu melakukan sesuatu tanpa memikirkan upah tapi itu adalah satu tanggungjawab. Bagi mereka cukup makan dan pakai dah cukup. berbeza dengan orang sekarang. Kadang2 nak menyampaikan ilmu Allah pun berkira. Pernahlah saya dengar nak panggil penceramah bebas yang terkenal byrnnya rm 5000 +++ sedangkan nak disampaikan satu dakwah. Bmana pulak ilmu yang nak disampaikan itu dapat menusuk ke kalbu pendengar sekiranya penyampainya tidak ikhlas. Begitu juga sebagai guru, bmana ilmu yang kita sampai ini dapat melekat di hati murid kita sekiranya kita sampaikannya dengan tidak ikhlas dengan sebab lain. Orang dulu menyampaikan dengan ikhlas wpun tanpa strategi yang bagus tapi ilmu itu melekat dan menjadi pegangan pada penerimanya. Inilah jariah yang akan dibawa bila kita sudah ke alam akhirat nanti.. ilmu yang bermanfaat.
Rosnah,
Macam tu lah sekarang ni.
Semuanya ada kos.
Nak pergi berceramah, naik kereta atau flight.
Kos minyak atau tambang.
Bayar kos makan, penginapan & dewan ceramah di 5 star hotel, bukannya murah.
Modal tu. Ada juga yg kira "modal intelektual". Banyak dah duit modal untuk belajar dan beli buku serta kos tersembunyi yang lain. Letak harga RM5K baru berbaloi.
Harap2 ilmu yg disampaikan tu, ikhlas dan berbaloilah dgn kosnya.
Rosnah,
Saya tak dapat nak comment kat blog Cikgu Hashimme, sebab postingnya nampak sebelah saja. Ruang paparan posting tu sebelahnya kosong. Sidebar ok. Jadi, saya tak dapat baca posting selengkapnya.
Saya tak tau kenaapa. Ini tak berlaku pada blog lain. Tak mungkin disebabkan oleh browser komputer saya.
Barangkali itu perlu di baiki. Test kan di browser lain. Saya gunakan Internet explorer dan Firefox. Jika semuanya boleh dipaparkan ditempat lain, mungkin Windows Vista saya ada masalah.
Ada yg nak saya tulis di blog Cikgu Hashimme, tapi tak dapat.
cikgu, ada juga komen lain masuk. komen cikgu tadi pun masuk diblog saya..
saya ni pengikut blog cikgu juga.Seronok baca cerita2 cikgu ni. saya baru belajar2.
Ustaz lanyunus,
Terima kasih kerana sudi singgah di blog saya ni.
Saja2 isi masa, saya tulislah apa2 je...
Selamat menyambut kehadiran Ramadhan AlMubarak.
mesti rindu kat mak ya, cikgu...
citi,
yelah citi, dialah guru terbaik bagi saya...
Post a Comment