18.8.09

TIDAK BERSEKOLAH TETAPI MENJADI GURU

1. Dia tidak pernah menjejakkan kaki ke sekolah.

2. Tetapi dia menjadi guru paling istimewa, sekurang-kurangnya untuk saya.

3. Tidak bersekolahpun, dia pandai membaca dan menulis. Rumi dan jawi. Pandai mengaji dan menjadi guru Quran.

4. Siapa yang mengajarnya? Barangkali suaminya yang bersekolah setakat darjah enam.

5. Istimewanya, dia juga pandai melukis!

6. Ketika saya berusia 5 atau 6 tahun, saya melihat dia melukis dan saya belajar meminati lukisan. Barangkali itu caranya dia mendidik!

7. Jika tiada kertas dan pensel, diajak saya melukis menggunakan ranting kayu sebagai "pensil". "Kanvasnya", tanah pasir yang diratakan. Walaupun kanvasnya itu akhirnya dibasahi hujan, tapi imej lukisannya kekal dalam ingataan saya.

8. Apa yang dilukisnya? Objek yang ada di sekitar: Bunga, pokok kelapa, rumah, ayam, kambing, buah-buahan dan apa saja yang dapat dilihat.

9. Saya menjadi asyik, berminat untuk melukis (sehingga akhirnya menjadi guru Pendidikan Seni!).

10. Dia guru paling istimewa. Bukan sahaja mengajar saya melukis, malah mengajar saya tentang kehidupan.

11. Dialah ibu yang saya sayangi. Semoga rohnya dirahmati Allah.

10 comments:

CIKGU NAMAN said...

ibu bapa adalah guru terbaik..tapi sekarang ibu bapa mengharapkan guru pengganti diorang..tapi bila kita cuba jadi ibu bapa..diorang MENGAMUK..

sazili said...

Ibu saya juga seorang yang tidak pandai membaca kerana tidak bersekolah tetapi ibu saya seorang yang istiqamah mendidik anak-anak dan cucu-cucunya.

Semua anak-anak dan cucu-cucu kagumkan ibu kerana mereka kata ibu (atuk) adalah seorang yang ada prinsip dalam menjayakan visi dan misi keluarga.

Kini ibu telah tiada. Al-fatihah !

mantan said...

n@m@n,
Dunia, dengan fitrahnya, terus beubah. Kehidupan turut berubah. Manusia menyesuaikan diri dengan kehidupan yang berubah ini. Dalam proses ini, tentulah ada yang menyimpang dan tersasar.

mantan said...

sir sazili,
Fitrahnya, ibu melahirkan anak. Mendidik itu tanggungjawab 'semulajadi'. Itu bukan sesuatu yang mudah bagi manusia yang dikurniakanNya akal. Bezanya bagaimana tanggungjawab itu dilaksanakan. Hasilnya pelbagai.

Puteri Azizul said...

Ibulah guru kita yang teristimewa... walau pun lama telah berlalu.

Ah Win said...

cikgu pencen, saya tak dpt tidak..tp sangat bersetuju dgn pandangan naman tu..

yusofsipan said...

saya juga sgt bersetuju mantan.... dan pengorbanan ibu dan bapa tidak terbalas....

mantan said...

cikguyusof,
pada pandangan si anak, ibu mempunyai keistimewaannya tersendiri.

Anonymous said...

Assalam mu alaikum wr wbt
Lama tak ziarah blog simantan guru!!
Saya setuju dengan peranan ibu itu. Ibu saya juga tak bersekolah secara formal. Kalau belajar menulis pun disekolah Dewasa. Main batu serembat menjadi kaedah belajar mengira tetepi kemahiran hidup tetap dipelajari. Dia pandai menganyam tikar mengkuang berkelarai pulak. Boleh menganyam sumpit beras, bakul dan lain-lain. Memasak memang pandai, mendidik anak juga pandai hingga anak dapat ke Universiti. Itulah ibu pendidik sejati.

mantan said...

albeangque,
orang dulu banyak kemahirannya (kraftangan). Sekarang semuannya dah digantikan dengan wang dan mesen.