3.9.09

MALAM NI ADA WAYANG PROPAGANDA

1.Semangat Merdeka tu tetap ada. Sejak dulu.
2.Dua tiga tahun lepas merdeka 1957, ada juga pengisiannya.
3.Maklumatnya sampai ke serata pelosok kampung. Ada medianya tersendiri. Jabatan Penerangan.
4.Ada strateginya. Setiap bulan ada land rover Jabatan Penerangan masuk ke kampung-kampung, sampaikan maklumat dan amanat kerajaan.
5.Seluruh pelosok kampung akan merasa gembira apabila land rover putih masuk kampung pada waktu petang.
6."Ada wayang propaganda! Ada wayang propaganda!", budak-budak (termasuk saya juga) berteriak apabila mendengar pengumuman bergerak melalui pembesar suara yang ada atas bumbung land rover.
7."Tuan-tuan dan puan-puan, pada malam ini ada wayang gambar bertempat di hadapan masjid. Sila datang beramai-ramai." Pengumuman berulang kali dan sambil land rover bergerak di sepanjang laluan kampung.
8.Kami budak-budak sangatlah seronoknya, nak tengok wayang propaganda. (Perkataan propaganda tu, walaupun tak tau makna, tapi fasih di sebut. Perkataan Inggeris tu!).
9.Awal-awal sudah siap mandi. Hampir magrib sudah berada hampir land rover pejabat penerangan. Budak-budak yang lebih besar membantu petugas Jabatan Penerangan memasang 'layar putih'.
10.Layar kain putih berukuran lebih kurang 10 X 10 kaki itu, sekejap sahaja sudah ditegakkan.
11. Sejak maghrib, generator sudah dihidupkan.Terang benderanglah laman masjid dengan cahaya.
12.Selepas Isyak, berkumpullah orang kampung, tua, muda, kanak-kanak lelaki dan perempuan. Ramai yang membawa tikar untuk alas duduk.
13.Ada pula yang mengambil peluang menjual kacang rebus, kuih lapis, baulu, tebu, jagung rebus atau lepat pisang. Air? Tak ada yang jual. Bawa sendirilah.
14.Apabila lampu dipadamkan, wayang pun bermulalah. Tahulah apa ceritanya pada malam itu. Biasanya cerita Melayu. Kadang-kadang diikuti dengan cerita orang putih atau Hindustan. Hitam-putih saja.
15.Asyiknya menonton. Biasalah, kalau cerita kelakar, berderailah ketawa. Ada juga yang menangis bila ceritanya sedih.
16.Biasanya tayangan tergendala beberapa kali. Filem putus atau terlucut. Pada masa tu lampu dinyalakan sementara film atau projecter dibaiki. Tapi sekejap saja, lampu dipadamkan semula, wayang diteruskan.
17.Sedang asyik menonton, (tengah saspen tu – dan masih ada baki strip filem yang belum habis diputar ) lampu dinyalakan kembali. Kali ini bukan kerana projector rosak atau filem putus. Sampailah waktu pegawai penerangan sampaikan "propaganda".
18.Pegawai penerangan menggunakan pembesar suara menyampaikan maklumat, berita, dasar-dasar kerajaan atau nak terap semangat patriotik.
19.Pelbagai isu disentuh termasuk, politik, ekonomi, pendidikan, budaya, agama dan sebagainya setakat yang dapat difahami oleh orang kampung.
20.Penerangan itu kadang-kadang berlarutan sehingga ada kanak-kanak yang tertidur lentok di pangkuan.
21.Kami budak-budak, tidak pun memberi perhatiaan pada ucapan si pegawai. Lebih berseronok berkejaran sesama rakan sebaya mengambil peluang bermain dalam kecerahan cahaya lampu (di rumah, cahaya pelita minyak tanah sahaja!).
22.Selesai ucapan, lagu "Negaraku" berkumandang. Berdirilah semuanya. Mana-mana yang mendukung anak tu, dukunglah.
23.Lagu Negaraku" selesai. Duduklah kembali. Wayang disambung lagi. Sesekali terdengar juga orang menampar nyamuk. Tak berkata-kata, asyik menonton wayang sehingga tamat.
24.Layar putih diturunkan. Semuanya pulang. Lampu dipadamkan.
25.Nanti, wayang "propaganda" akan datang lagi. Dengan filem yang lain, dengan "propaganda" yang lain.
26.Zaman kanak-kanak memang menyeronokkan. Dan itulah suatu pengalaman ketika negara mula Merdeka.

18 comments:

rosnah said...

akum, selamat puasa. harap2 masih segar bugar wpun dah beberapa hari pose.. mm saya tak de pengalaman macam tu.. tapi apa yang saya dapat gambarkan seperti iklan rempah kari babas tu... tapi cikgu hashimme ada juga cerita pengalaman hampir sama seperti tu...

sazili said...

Saya sempat juga dengan wayang propaganda tu. Yang kelakarnya masa filem putus, makcik tengah sedih, terbantut sedih makcik !

sazili said...

Saya sempat juga dengan wayang propaganda tu. Yang kelakarnya masa filem putus, makcik tengah sedih, terbantut sedih makcik !

Al-Manar said...

Cikgu,
Ingat atau tidak kain puteh itu ada dua belah ? Duduk sebelah belakang tengok gambar terbalik!
Pakcik

mantan said...

Pakcik Almanar,

Yelah, memang terbalik gambarnya. Tu lah yang berebut-rebut nak duduk sebelah depan.

mantan said...

Pakcik Almanar,

Yelah, memang terbalik gambarnya. Tu lah yang berebut-rebut nak duduk sebelah depan.

mantan said...

Rosnah,
InsyaAllah masih segar, walaupun berpuasa.

Tulah pengalaman masa budak-budak. Yang saya tak ingat ialag bila "wayang propaganda" tu ditamatkan perkhidmataanya.

mantan said...

Sazili,

Seronok juga ye...

CIKGU NAMAN said...

macam best je..

kitorang tak merasa semua tu..hehe..

Skang zaman makin maju, tapi ketamadunan makin merosot

Anonymous said...

aik? kaler ke baju derang? iskkk

Anonymous said...

pesal la payah sungguh nak kasik komen kat blog mantan ni..

mantan said...

Juita,
Tu le. Saya tak guna Internet Explorer (IE). Blog saya ni lebih mudak kalau Juita guna browser FIREFOX.

Apa pun, tq.

Lintagu said...

Ni wayang zaman2 mak bapak lintagu...hehehe...seronok juga dengar kisah2 mrk..banyak nilai...Selamat berpuasa kepada semua...

mendewa said...

wayang propaganda/wayang pacak memang itu kerja Jabatan Penerangan dulu2...lepas tu diganti pula dengan pentarama...bawa masuk pula hiburan 'live' ke kawasan2 pedalaman...kugiran, tarian,lawak & nyanyian jadi modal...semua nak terapkan dasar2 kerajaan. Bagus juga tapi bila berhibur seronoklah yang dapat lebih, lain2 tu dapat2lah juga...hehehe.
Syok kisah mantan paparkan, teringat zaman2 akhir wayang pacak di kampung saya...

mantan said...

Lintagu,
Itulah yang ada pada zaman dulu. Zaman sekarang ni semuanya ada.
Cerita2 macam tu, cuma memberi sedikit gambaran kepada generasi kini.

mantan said...

Mendewa,
Banyak yg boleh diceritakan tentang kehidupan masa dahulu. Rakaman kehidupan zaman itu banyak yang tertulis dalam bentuk buku dan selebihnya terakam dalam bentuk pengalaman orang-orang yang melalui zaman itu.

Guru said...

assalammualaikum

teringat kartun Lat, bila baca posting ni

mantan said...

Dato Lat tu memang kartunis yang best!