28.9.09

RON – Research Octane Number

1. Pertama kali isi tangki dengan RON 95. Rasa berbelah bagi juga nak pam masuk dengan nozel kepala kuning tu. Sebab tak pernah guna selain RON 97.

2. Tapi kat station tu tak ada nozel kepala hijau (RON97). Kena isi juga. Sebab on the way balik dari KL. Dalam tangki masih ada RON97. Katanya campur tak apa.

3. Di bandar tempat saya tinggal, tak masalaah sebab masih ada RON97. Tapi lama kelamaan mungkin tak ada lagi. Kena isi RON95 juga nanti.

4. Sebelum ni rasa skeptik jugak nak guna RON95. Banyak cerita. Tapi saya banyak juga surf cari maklumat. Pengeluar minyak kata no problem.

5. Cuma saya dapat satu maklumat kajian yang dibuat di Jepun. Ada kereta-kereta tertentu yang tak boleh pakai RON95. Kena modify bahagian enjin tertentu nak sesuaikan dengan RON95.

6. Tak taulah sama ada RON95 sesuai untuk kereta tertentu aje. Saya singgah di stesen Esso dan ada maklumat jenis kereta yang sesuai guna RON95. Yang tersenarai semua kereta Proton dan Produa. Yang lain ialah sebahagian kereta jenis Toyota. Tulah yang rasa berbelah bagi.

7. Saya guna Kia Spectra. Isteri guna Viva. Isteri pernah isi RON95 dan komplen tak ada pikap. Enjin lebih bising. Tak berani nak memotong. Slow. Dia tukar balik ke RON97. Ok macam biasa.

8. Masa balik dari KL, saya isi RM30 dengan RON95. Jadi tiga suku tangki campur dengan baki RON97.

9. Penat juga kaki kena tekan pedal minyak lebih kuat. Pikap memang kurang. Nak memotong kena lajak dari jauh lagi. Enjin jadi lebih bising. Ntah dari mana datang bunyinya. Saya bukan tau sangat pasal kereta ni.

10. Selepas 120 km, tempreature enjin dah lebih tinggi, tak macam biasa. Bila sampai rumah, tempreature masih tinggi. Buka bonet depan. Engin panas. Ada bunyi macam bearing rosak. Tak taulah apa.

11. Banyak spekulasi dibuat tentang kemampuan RON95 ni. Hanya yang pernah guna yang tahu. Ada kesan psikologi juga, barangkali.

12. Anda guna RON95?. Anda pakai kereta apa? Ada perubahan tak? Enjin camne? Pikap? Bising tak? Positif atau negatif? Kalau dapat kongsi maklumat, bagus juga. Mungkin RON95 lebih jimat ke?

13. Saya kena gi woksyop ni, check. Mungkin bukan kerana RON95.

12 comments:

chehassan said...

Salam syawal mantan. Saya mula2 dulu teragak-agak juga dengan nozel kepala kuning tu. Saya pakai kereta buruk je, honda accord 2000, 1999. Kalau dulu, v-power mmg banyak bezanya dengan minyak hijau tu, memang power, jimat dan impak yang baik pada enjen. Tapi yang R95 ni, kali pertama saya terisi, tapi rasa ok juga dan setakat ni tak memberi apa2 kesan negatif. Oleh kerana beza harganya agak jauh, saya terus je pakai R95.

Kembara Kelana said...

aku kompius ...

Fius said...

Kembara Kelana,

kompius tu ape ye. Tak kan pakai RON95 tu boleh rosak fius?

n@m@n said...

saya pulak pakai 95 ni masa harga 1.75 lagi..sebelum 1 sept lagi..

blk ke kelantan masa menyambut puasa isi satu tank 95..

dari segi kuasa enjin tak sure pulak coz tak reti sangat

tapi mmg jimat

naik persona

Cikgu Chun said...

Saya pun dah pakai RON95 jugak skrg ni coz lebih murah. Sy pakai Myvi, dari segi pickup rasanya memang ada kurang skit berbanding dengan sebelum ini. Kalau dari segi enjin bising tu rasanya tak ada lagi stakat ni. Apa2 pun cuba kita semua fikirkan kenapa ianya lebih murah?? mestilah ada juga kelemahan/low quality kan walaupun sedikit...itu je teori yg paling senang...

HASHIMME OMAR said...

hantam saja la ... asalkan berjalan. Jangan memudaratkan cukup

sazili said...

Kereta Hyudai Matrix saya bunyi meraung sedikit mula-mula guna dulu dan kurang pickup sejak guna Ron 95 ni.

Tapi nak buat macam mana minyak kuning tu aje yang ada. Hentam-hentam guna pun rasa bimbang juga takut enjin kereta rosak.

imanshah said...

Salam, kalau untuk kereta lebih pick up dinasihatkan guna RON97...

Anonymous said...

Actually. Prompt, where I can find more information on this question?

Anonymous said...

I think, that you are not right. I am assured. Write to me in PM, we will discuss.

Anonymous said...

Excuse for that I interfere ?I understand this question. I invite to discussion. Write here or in PM.

Anonymous said...

There is a site on a theme interesting you.