2.11.09

JAIS TAHAN ASRI


JAIS tahan Dr. Asri. Tajuk utama sebuah akhbar hari ini.

Bekas Mufti Perlis, Dr. Mohd Asri Zainul Abidin ditahan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pada pukul 12 tengah malam tadi kerana menyampaikan kuliah tanpa tauliah di sebuah kediaman di Taman Sri Ukay, Kuala Lumpur. Sejam kemudian beliau dibebaskan setelah diambil keterangan
di balai polis Ulu Kelang.

Saya selalu membaca tulisan-tulisan Dr. Asri melalui akhbar, blog dan majalah.

Penanahannya itu mengejutkan juga.

No comments: