3.11.09

PENTING JUGA

Dulu-dulu dipanggil Common Room, Staff Room atau Bilik Rehat. Sekarang dipanggil Bilik Guru. Di sekolah, Bilik Guru penting juga. Sebahagian tugas dan peranan guru berlangsung di Bilik Guru.

Siapa nak jawab soalan ni?

1. Ini, apa yang berlonggok atas meja Cikgu ni?

2. Kenapa banyak sangat buku latihan murid kat atas meja Cikgu tu?

3. Eh, dalam laci pun penuh jugak? Kertas apa ni?

4. Dah berapa lama buku rujukan ni ada kat atas meja cikgu ?

5. Apa ada dalam fail yang berlambak tu?

6. Lembaran kerja dalam kotak ni guna lagi ke Cikgu?

7. Yang ditampal kat papan kenyataan tu, Peraturan Bilik Guru ke?

8. Kat sini ada tak Ketua Bilik Guru ke, Penyelaras ke?

9. Bagus tak Cikgu, kalau diletakkan rak buku di sudut ni?

10. Ni kenapa ada nama cikgu2 tulis dengan magic pen pada meja dan kerusi?.

11. Ramainya, budak2 keluar masuk dan berkerumun kat meja Cikgu ni?

12. Eh, benda-benda ni, patut ada kat bilik guru juga ke?

13. Cikgu rasa, perhubungan antara guru di bilik guru ni, harmoni tak?

14. Bagus tak Cikgu kalau sesekali ada jamuan kat bilik guru ni?

15. Ada pungutan yuran tak utk buat aktiviti bilik guru?

16. Cikgu fikir bilik guru ni selesa ke, serabut ke?

17. Penting ke “Bilik Guru” di sekolah ni?

Banyaknya soal? Bilik Guru kan penting juga!

4 comments:

DaHLia said...

blok guru saya tambah2 meja guru saya, memang serabut!!! sempit...dan tak nafikan, keadaan ni yg kadang2 menyebabkan stress pd guru...tp nk buat mcm mana, xde tempat nk letak..huhu..

mantan said...

Dahlia,
Thanks for visiting.

Kalau guru ramai sangat, camtu lah....

Tahun depan boleh kemas, first day of school... jangan serabut sangat... nanti tambah stressssssssss

a kl citizen said...

assalammualaikum

bilik guru...macam2 ada...
tapi yang paling banyak ialah kertas,kertas,kertas,kertas,....

pening!

mantan said...

citiz,
Kalau ICT di sekolah dimanfaat sepenuhnya saya fikir kuranglah kertas di BG tu.

Cuba buat survey, berapa % guru yang betul-betul berminat dengan ICT atau memanfaat sepenuhnya.

Sampai sekarang saya masih skeptikal dengan pelaburan berjuta-juta RM untuk membangunkan infrastruktur ICT di sekolah-sekolah. Macam tak berbaloi je.