27.11.09

MACAM SAMA JE...

  • Sesekali teringin juga menonton filem/tayangan gambar/ movie di tv.
  • Tetapi apabila menonton, terasa tayangan itu pernah berpuluh-puluh kali ditonton.
  • “Ceritanya” macam itu juga. Semua jalan ceritanya macam sama saja:
  • Cerita bermula dengan memperkenalkan watak utama / hero.
  • Hero “mencari’ sesuatu (Cinta/ Keluarga/ Harta/ Benda Hilang/ Kekuasaan / Kedamaaian / Identiti Diri / Kebenaran/ Pembuktian/ Tuhan/ Musuh / Sahabat / Kejayaan/Kekuatan/… dan sebagainya.)
  • Kemudian, dalam “pencarian” itu hero menghadapi masalah ( ancaman / pertentangan / konflik / pergaduhan / kesusahan / penderitaan/ penyiksaan / musibah / fitnah / kemalangan/dugaan / rintangan… dan sebagainya.)
  • Dalam menghadapi segala masalaah itu, hero akan berhadapan dengan pelbagai peristiwa ( pertolongan / Jalan penyelasaian / Bantuan / Usaha / Kebijaksanaan / Ketabahan / Kecekalan /Kekuatan / Hikmah/ Hidayah/… dan sebagainya) yang mengukuhkan watak utama itu sebagai hero atau wira.
  • Sebelum cerita berakhir, hero akan dapat mengatasi segalanya ( ancaman/ menghapuskan pertentangan / menyelesaikan konflik / kejayaan dalam pergaduhan / melepasi kesusahan / melenyapkan penderitaan / melepasi penderitaan / … dan sebagainya.)
  • Akhirnya hero / wira akan “menemui” apa yang “dicari”nya.
  • Itulah ceritanya.( Memperkenalkan wira. Wira mencari sesuatu. Wira menghadapi rintangan. Wira mendapat jalan penyelesaian. Wira menjumpai apa yang dicarinya. Tamat.)
  • Macam sama je… Yang gemar menonton, selamat menonton! Teruskan. Ketika menonton carilah "apa"nya dan "bagaimana"nya. Tentu sekali anda akan terhibur! Dan pastinya anda akan digoda dengan unsur-unsur saspen dalam cerita yaang anda tonton itu.

6 comments:

insan pendidik said...

salam mantan,

Begitula adanya plot sesuatu cerita. .Biasanya stereotaip je tu. Cuma kadangkala ada cerita tu seolah2 tak de jalan penyelesaian. Mengikut sahabat IP cerita cam tu plg best. Sebab menuntut audien sendiri memikirkan penyelesaian masing2. Selamat menonton...

Guru said...

assalammualaikum mantan

saya suka menonton cerita tipu atas tipu
contoh ocean eleven
nak rompak bank, menipu orang, dan ditipu...

endingnya kadang-kadang menipu diri kita...
tapi
cakap mantan tu memang betul
sama saja cerita apa pun
cuma cara mengolah dan mempersembahkannya saja yang membezakan sesuatu filem/cerita

yusofsipan said...

mmg dlm realiti kehidupan kita pun ceritanya mcm itu jugak kan mantan....?

eiza in the house.. said...

salam,
sgt setuju ngan saudara mantan..
bru tgk skit eiza dah leh agak ape yg akan jd..
so, mcm tak syok la nak tgk..huhu

mantan said...

eiza,
Untuk hiburan saja bolehlah tengok. Tapi kalau nak hayati kreativiti, bolehlah tengok filem CGI tu, tengok bagaimana teknologi komputer memanipulasi mindam penonton.

Kalau tonton cerita seram bolehlah tengok bagaimana pembikin filem itu berjaya menimbulkan keseramannya tu.

kalau filem itu ada falsafah, pengajaran dan nilai yang positif boleh juga dijadikan pencabar minda minda .

Thanks for commenting.

mantan said...

ybs,
camtulah agaknya.