25.11.09

SBP? - NERACA PEMILIHAN.



  • Selepas keputusan UPSR diumumkan, beberapa orang kenalan menelefon memaklumkan anak mereka mendapat 5A.
  • Yang menelefon juga, bertanya kalau-kalau saya dapat membantu mereka supaya anak mereka dapat ditempatkan ke mana-mana sekolah berasrama penuh.
  • Saya mengucapkan tahniah kerana kejayaan anak-anak mereka. Tentang membantu mendapatkan tempat di asrama penuh itu, tidak pula saya janjikan apa-apa.
  • Tahun 2009: Murid yang mendapat semua A dalam UPSR berjumlah lebihkurang 40,000.
  • Daripada jumlah itu, yang akan diterima ke sekolah berasrama penuh lebihkurang 6,000. Pastinya ramai yang tidak akan berpeluang.
  • Awal tahun 1980-an, anak saya juga mendapat 5A dalam UPSR. Pada masa itu tidak ramai yang mendapat 5A. Di tempat anak saya bersekolah, hanya 4 murid yang mendapat 5A.
  • Sekolah berasrama penuh pun tidak banyak pada masa itu.
  • Konsep penubuhan sekolah berasrama penuh pada masa itu ialah bagi menampung pelajar-pelajar miskin yang layak berdasarkan keputusan UPSR.
  • Walaupun anak saya mendapat 5A tetapi dia tidak ditawarkan ke sekolah berasrama penuh.
  • Tiga rakannya yang mendapat 5A ditawarkan ke asrama penuh. Kemudiannya saya tahu ada juga yang mendapat 4A1B ditawarkan di sekolah itu.
  • Saya memujuk anak saya dengan menyatakan bahawa rakan-rakan mereka itu patut diberi peluang kerana pendapatan ayah mereka (petani dan nelayan) lebih rendah daripada pendapatan saya (guru). Sesuailah dengan konsep penubuhan asrama penuh.
  • Syukur Alhamdulillah, akhirnya anak saya juga berjaya walaupun tidak ke sekolah berasrama penuh. Dapat juga dia sampai ke peringkat lebih tinggi, malah melebihi daripada sesetengah rakannya yang ditawarkan ke sekolah berasrama penuh.
  • Ketika menjadi pengetua di sebuah sekolah berasrama penuh, saya semakin insaf bahawa golongan pendapatan rendah memang patut diberikan tempat. Insaf juga saya melihat ada penjaga yang menunggang motorsikal kapcai sejauh 60 km. membawa anaknya untuk mendaftar di sekolah itu.
  • Apakah sekarang ini golongan itu berpeluang lagi dan dipilih ke sekolah berasrama penuh?
  • Setelah bersara), pada tahun lepas saya menolong seorang kenalan menghantar anaknya ke sekolah berasrama penuh (dia tidak mempunyai kereta untuk membawa segala keperluan anaknya itu).
  • Saya terkejut apabila melihat lebih ramai yang menghantar anak-anak untuk mendaftar dengan kereta yang “menjalar dan berjenama”! Saya fikir pendapatan bulanan mereka mungkin mencecah RM 10,000 atau lebih.
  • Apakah Kementerian Pelajaran sudah mengubah konsep asalnya dalam pemilihan ke asrama penuh? (Konsep Pendemokrasian pendidikan?)
  • Atau memang tahap hidup seluruh rakyat Malaysia sudah melepasi garis kemiskinan?
  • Saya mengucapkan tahniah , berdoa serta berharap agar anak-anak miskin yang berjaya melepasi “neraca” pemilihan (dan memang bernasib baik) ke sekolah berasrama penuh itu agar tidak merasa “lebih miskin” apabila berhadapan dengan rakan-rakan mereka yang “lebih mewah” itu.

17 comments:

zaijb said...

Baru skrg saya tahu cikgu... sekolah asrama penuh tue sebenarnya di bina utk membantu pelajar2 yg berjaya tetapi dr golongan keluarga berpendapatan yg kurang...

tapi ape yg kita lihat skrg berlainan pulak konsepnya... moga ia di teliti semula...

mantan said...

zaijb,
tak taulah skrg ni. keadaan sudah banyak berubah... zai dulu asrama penuh di mana?

siti ajar bt yaakob said...

Pada pendapat mantan, bagus ke SBP ni...saya dalam dilema keran anak saya yang baru dapat 5A dalam UPSR baru2 ni beria-ia nak pi SBP sedangkan saya mahu dia ikut bersekolah di tempat sya bertugas je...macam mana ni...

insan pendidik said...

salam mantan,

Setahu IP dari dulu lg dasar pengambilan pelajar SBP ini keutamaannya kepada pelajar yang berpendapatan sederhana dan rendah. Keutamaan juga kepada pelajar dari luar bandar. Tak bolehlah samakan pelajar bandar dengan luar bandar. Kerana dari segi kelengkapan dan pendedahan pelajar adalah berbeza. Pun begitu IP rasakan tak kira mana pun belajar pokok pangkalnya diri pelajar itu sendiri...

izakhairi said...

salam mantan guru,

Zaman sekarang ni ibu bapa terlalu pentingkan SBP dan berlumba-lumba nak menghantar anak ke sana. Bagi mereka terasa seronok bila ditanya: anak sekolah kat mana? sampaikan konsep asal pemilihan masuk ke SBP dan berubah dasarnya.
Bagi saya pula biarlah anak saya tak dapat masuk asrama pun tapi dia tahu tanggungjawab sebagai seorang pelajar walau di mana dia berada...yang penting dia tahu bawa diri.
Apa-apa pun setiap orang punya pandangan yang berbeza. Tepuk dada tanya hati...

mantan said...

Izakhairi,
Salam.
Betul kata iza tu.
Bukan tidak ada pelajar SBP tu yg bermasaalah pembelajaran atau disiplin.

mantan said...

Siti,
Kalau ada peluang dan tepilih ke SBP, dan dia hendak pergi, bagi sokongan.

mantan said...

IP, salam.
Saya sangat setuju, pokok pangkalnya, diri pelajar sendiri. Tidak dinafikan persekitaran pembelajaran di SBP lebih kondusif. Tetapi yang lebih penting ialah semangat dan kesedaran pelajar sendiri. Kalau dia betul-betul berusha dan ingin berjaya, di mana-mana pun dia akan berjaya.

HASHIMME OMAR said...

Kecondongan ini saya rasa menyumbang kepada tidak meningkatnya GPS daerah rompin pada setiap tahun. Semua pelajar bagus dihantar SBP. Bagi saya biarkan mereka dididik keluarga dulu sehingga agak matang. Kalau nak anak majubukan bergantung kepada SBP je. Pelajar cemerlang kalau di SMKR tetap dapat 8A1 juga seperti anak2 Cg Khoo. Kita juga dapat bantu meningkatkan Daerah Rompin.

ybs said...

mantan,
konsep pemilihan ke sbp masih seperti yg dulu jugak namun 'pintu belakang' telah memungkinkan anak2 yg bapa mereka berkereta “menjalar dan berjenama” masuk sama!

mantan said...

Shimme,
Sepatutnya begitu.

Kalau sesiapa yang nak buat tesis/kajian boleh ambil isu SBP ini.

Bukan sahaja isu kemasukan, tetapi banyak isu lain, seperi isu soasial, emosi, hubungan dengan keluarga dll yg berkaitan kesan dan hasil keluaran SBP ini.

mantan said...

ybs,
tu lah keadaannya. tak acilah main 'pintu belakaang' camtu.

Mima said...

Ramai org2 kaya ni hantar anak ke SBP kerana mereka sibuk dgn tugasan bisnes atau politik - tak de masa nak pantau anak. Mungkin mereka berharap bila anak di SBP tak le jadi liar sgt berbanding kalau di rumah tidak di pantau... Nak hantar ke SBP private mau kurang2 RM70k setahun yurannya - tu pasal berebut2 dgn golongan berpendapatan rendah nak letak di SBP.

Teringat ada sorg pelajar saya dulu dr SMK Rompin yg terima tawaran ke SBP lepas PMR. Nyaris ditolaknya kerana katanya bapanya tidak mampu untuk menyediakan keperluan asasnya untuk ke sana. Segera saya titipkan sbrp yg saya mampu dan minta dia sampaikan kpd bapanya supaya jgn sesekali menolak peluang itu.

Memang pelajar yg bersungguh, di mana pun boleh berjaya, tapi semangatnya mungkin lain sikit. Di Rompin, dia mmg dah the best, so mungkin akan berpuas hati setakat mana yg biasa dicapai, tapi kalau di SBP, dia tentunya akan berusaha untuk jadi the best of the best!

mantan said...

Azimah Mima,
Bukan apa, saya berharap pelajar-pelajar cemerlang (yang kurang mampu)di luar bandar tidak diketepikan. mereka juga perlu pembelaan. Orang yang kaya raya mungkin lebih mampu menghantar anak-anak mereka ke sekolah lain.
Thanks.

Mima said...

Ya betul tu cikgu... memang saya setuju sangat... org2 kaya ni bab pendidikan anak sibuk nak jimat tapi kereta boleh pulak asyik bertukar ganti... bukan yg made in malaysia pun...

Anonymous said...

test

Mizz Nanee said...

Assalamualaikum Mantan, sy ingin bertanya...antara SBP & MRSM yang manakah lebih bagus? Maksud saya dari segi akademik + kokurikulum & sebagainya?