18.11.09

MARAH?


1.Setiap orang mudah menjadi marah. Tetapi perasaan marah sewajarnya secara berpatutan dan sesuai dengan keadaan.

2.Jika marah tidak dikawal dan dibiarkan berterusan, maka akan timbul kegelisahan dan perasaan marah semakin meluap-luap.

3.Perasaan marah perlu diurus.

4.Setiap orang ada sebab mengapa marah tetapi jarang sekali sebab itu munasabah. Jika tidak dikawal, akan membawa akibat buruk, misalnya petengkaran, pergaduhan malah pembunuhan.

5.Untuk meredakan perasaan marah, sebarang provokasi harus dielakkan.

6.Seorang yang pemarah harus mengalihkan perasaan marahnya dengan melibatkan diri dan mengambil bahagian dalam aktiviti berfaedah yang boleh menimbulkan keriangan dan kegembiraan.

7.Aktiviti begini bertujuan member tempoh “penyejukan” , bagi mengurangkan kadar kemarahan, mendorong pemikiran rasional meninjau situasi dalam perspektif yang positif.

8.Namun, emosi marah tidak harus disembunyikan, tetapi harus dilepaskan secara berpatutan.

13 comments:

cpj said...

kata tok guru marah tu dari unsur api yang merupakan asalnya kejadian syaitan.Oleh sebab itu marah tu ada pengaruh syaitan terhadap seseorang.Jadi bagi melegakan marah, seorang muslim boleh mengambil wuduk yang mana api itu dapat dipadamkan dengan air.Allahuaqlam.

mantan said...

cpj,
Memang itulah penawar paling mujarab...

siti ajar bt yaakob said...

perasaan marah akan timbul apabila kita terasa ego tercabar...tahap kemarahan juga melambangkan tahap ego masing-masing...jangan jadikan ego pengukur kredibiliti seseorang sebaliknya tinggalkan ego dibelakang pemikiran,..insyaallah perasaan marah yang meluap-luap akan sedikit-demi sedikit dapat diredakan....

mantan said...

siti,
Kadang-kadang orang hilang pertimbangan akal kerana mempertahankan 'ego'.

Persoalan 'ego' ni sesuatu yg menarik juga. Nanti sya akan tulis tentangnya. Tq.

siti ajar bt yaakob said...

tq mantan, saya pun hampir terlupa tentang "ego", elok la kalau mantan peringatkan semula,...id,ego dll...mungkin boleh kita perbetulkan mana yang patut..

n@m@n said...

salam..

dulu masa mantan jadi pengetua,selalu marah cikgu-cikgu tak??hehe

cpj said...

Jom tenguk N3 cpj pula tentang Marah yang telah dipostkan pada bulan April yang lalu di sini:

http://cikgupj.blogspot.com/2009/04/antara-marah-dan-marak.html

mantan said...

n@m@n,salam.
Ketika bertugas, saya tidak percaya bahawa kemaharan boleh menyelesaikan masalah. Itu pegangan saya. Marah, bagi saya, tidak termasuk dalam mana-mana kaedah pengurusan pun. Yang penting "niat"nya.

Marah atau tidak, tu kena tanya cikgu-cikgu lah. Kalau tindakan kita tidak difahami, sudah tentu akan ada tafsiran yang berbeza-beza. Dan kemarahan bukan jalan penyelesaiannya. Kalau dapat diselesaikan pun, itu bukanlah jalan penyelesaian yang baik. Banyak cara yang lain boleh digunapakai.

Sebab itu komunikasi kena jelas supaya mengurangkan tafsiran yang berbeza itu.(kalau boleh).

Setiap guru ada persepsi yang berbeza-beza. Tetapi kalau kita dapat mengetahui sempadan antara rasional dan emosi, itu akan memgurangkan jurang perbezaan pendapat.

Cikgu n@m@n selalu terasa kena marah ke?

n@m@n said...

mantan..

kadang2 bos marah tanpa usul periksa..

org lain buat hal..satu sekolah yang kena..

jadi mantan tidak sebegitu, dan hanya sebahagian yang begitu kan

Kembara Kelana said...

sesiapa yang cepat marah..ingat...lawan kepada marah atau penawarnya ialah ingat pada mati...kata dalam hati...kalau lah aku mati masa tengah marah ni...menyesalnya aku...sebab sesiap yang mati ketika marah..segala amalannya akan menjadi api membakar serkam...begitulah

mantan said...

n@m@n,
Kalau menyatakan sesuatu yang baik yang telah dilaksanakan oleh guru saya selalu nyatakannya di khalayak ramai.(eg. dlm perhimpunan rasmi sekolah, atau dalam mesyuarat).

Kalau untuk menegur guru (berkaitan tugas/perkara rasmi yang patut ditegur - bukan marah), saya akan panggil guru berkenaan datang berbincang di bilik saya. Dan teguran serta perbincangan itu menjadi rahsia saya dan guru berkenaan sahaja.

mantan said...

Kembara Kelana,
Kalau terasa nak marah, senyum dulu...3 kali senyum lagi bagus...

n@m@n said...

itlah yg sepatutnya kan..

tp tu la..

rambut sama hitam,hati tak sama

sabar je la sbg org bwh kn..