Showing posts with label Psikologi. Show all posts
Showing posts with label Psikologi. Show all posts

18.11.09

MARAH?


1.Setiap orang mudah menjadi marah. Tetapi perasaan marah sewajarnya secara berpatutan dan sesuai dengan keadaan.

2.Jika marah tidak dikawal dan dibiarkan berterusan, maka akan timbul kegelisahan dan perasaan marah semakin meluap-luap.

3.Perasaan marah perlu diurus.

4.Setiap orang ada sebab mengapa marah tetapi jarang sekali sebab itu munasabah. Jika tidak dikawal, akan membawa akibat buruk, misalnya petengkaran, pergaduhan malah pembunuhan.

5.Untuk meredakan perasaan marah, sebarang provokasi harus dielakkan.

6.Seorang yang pemarah harus mengalihkan perasaan marahnya dengan melibatkan diri dan mengambil bahagian dalam aktiviti berfaedah yang boleh menimbulkan keriangan dan kegembiraan.

7.Aktiviti begini bertujuan member tempoh “penyejukan” , bagi mengurangkan kadar kemarahan, mendorong pemikiran rasional meninjau situasi dalam perspektif yang positif.

8.Namun, emosi marah tidak harus disembunyikan, tetapi harus dilepaskan secara berpatutan.