21.12.09

Silap Mudah Maaf Payah



Orang kata, buat silap memang mudah, tetapi minta maaf memang susah.
Sebenarnya, tidaklah susah untuk memohon maaf. Boleh dicuba, begini:-
 Ikhlas :

Orang dapat tahu kalau kita tidak ikhlas. Banyak buruk daripada baiknya. Mohon maaf dengan ikhlas itu satu tanggungjawab dan memberi kebaikan.


Mohonlah maaf dengan ikhlas, tidak disertai dengan sebarang syarat, “tiada udang di sebalik batu”.


2. Jangan cuba “menegakkan benang basah” ketika memohon maaf:

Jangan sibuk menjelaskan kenapa dan apa yang hendak dilakukan. Kesannya kelihatan tidak seperi ingin memohon maaf. Seperti tidak bersedia untuk melaksanakan tanggungjawab itu.


Kata-kata yang tepat, ringkas dan padat lebih mudah difahami. Penerangan yang berjela-jela akan mencetuskan halangan dan gangguan.


3. Beriltizam untuk berubah :

Jika diri kita tidak pasti untuk mengubah sikap, maknanya kita tidaklah bersungguh-sungguh untuk memohon maaf.


Jangan sekadar “melepaskan batuk di tangga”. Misalnya, jika kita tidak komited mengubah sikap yang selalu lewat sampai ke tempat bertugas, janganlah berkata “Maaf kerana saya datang lewat”. Ini akan menjadi “cakap tak serupa bikin” dalam proses memohon maaf.


Sepatutnya berterima kasihlah kepada orang yang menegur kelewatan kita hadir itu. Mulakan dengan: “Terima kasih kerana mengingatkan saya supaya tidak lewat sampai ke tempat kerja. Saya hargai teguran itu”. Kemudian, mohon maaflah.


4. Nyatakanlah kemaafan itu secara berhati-hati :

Pastikan orang tidak keliru kenapa mohon maaf itu perlu kita lakukan.


Contoh dua cara menyatakan kemaafan yang amat berbeza kesannya: 1) “Kebetulan saya lalu di sini, jadi saya singgahlah nak minta maaf”, dan 2) “Sengaja saya datang ke sini untuk memohon maaf kerana saya mengambil berat tentang peraturan yang ditetapkan”.



Jangan “seperti talam dua muka” atau berpura-pura.


Jika kita memang mahu mengubah sikap dan ingin mematuhi segala peraturan kerja, tentulah akan menggembirakan semua pihak.


5. Bersedialah menghadapi kemungkinan reaksi yang tidak diduga :
Meskipun kadang-kadang permohonon maaf itu diterima dengan senang hati, namun tidak semua orang bersikap begini.


Kadang-kadang orang bertindak dengan cara yang berbeza, ada yang selamba, ada yang tersenyum sinis. “Rambut sama hitam, hati lain-lain”.


Tidak mengapa. Itu semua di luar kawalan kita. Kita sudah memohon maaf. Sudah kita laksanakan tanggungjawab itu sebaik-baiknya.


Mungkin dia akan menerimanya ketika itu, kemudian nanti, atau tidak mahu menerimanya langsung. Tidak kiralah apapun, permohonan maaf itu sudah kita laksanakan.

Selebihnya terpulanglah kepada mereka.


17 comments:

Naa..a said...

Pemaaf itu sifat Allah. Alangkah mulianya manusia yang mempunyai sifat pemaaf. Allah sentiasa memaafkan hambanya tapi kenapa manusia susah memaaf sesama manusia? so didiklah diri menjadi seorang yang pemaaf.

eiza in the house.. said...

maafkan sy kerana jarang2 masuk ke blog ini..

mantan said...

Rosnah,
Di luar sana, ramai juga orang yang allergic dengan perkataaan maaf.

mantan said...

eiza,
Its o.k.
Itu bukan satu kesalahan...

CIKGU NAMAN said...

maafkan kami..jeng..jeng..jeng..teringat lagu dlm pendekar bujang lapok

Puterizz said...

tunggu hari raya nanti baru nak mohon maaf zahir dan batin...

ckLah @xiiinam said...

Walaupun saya baru jadi tetamu blog cikgu...maafkan saya kalau ada tulisan saya yang tersilap di sana sini! Ya cikgu!

mantan said...

n@man,

Puterizz,

xiiinam,

Entri saya berkaitan dengan "MAAF" tidak merujuk kepada tetamu-tetamu saya di blog ini. Tetamu-tetamu blog mantan ini semuanya istimewa, tiada apa-apa pun yang silapnya.

Kalau ada pun, silap ejaannya je, macam mantan juga selalu salah tekan. Jadi, salahlah ejaannya....

ckLah @xiiinam said...

Kadang-kadang, kalau hati kita sedang gembira pun kita jadi mudah memaafkan orang kan cikgu...



Hari ini saya gembira melihat murid-murid saya dan ibu bapa mereka gembira menerima keputusan PMR...


Saya raa nak maafkan semua orang....

ckLah @xiiinam said...

erata;
raa = rasa


(kan dah salah taip... :)

mantan said...

xiiinam,

Betul!

DrSam said...

salam cikgu. Setuju. Nak keluar dari mulut perkataan maaf tu macam nak muntahkan emas sebakul, walaupun hati meronta-ronta. Tip yang diberikan tu akan digunapakai dan dipraktikan. terimakasih.

Tirana said...

Sorry seems to be the hardest word to say.... Ego tinggi sebab tu susah sangat nak minta maaf atau satu lagi sebab kita rasa kita tak bersalah. Tapi sebenarnya kita tak rugi apa-apa pun dengan merendah diri memohon maaf tak kiralah kita salah ke tidak.

mantan said...

Tirana,
Begitulah keadaannya. Ramai yang merasakan "maaf" itu merrendahkan darjat mereka.....

ain said...

bila kita memaafkan, Insyaallah tak de lah dendam!!

mantan said...

DrSam,
Kata orang "berat mulut" ya, - dgn emas...

mantan said...

ain,
camtu lah sepatutnya ain...