5.1.10

Atur, Kawal Dan Senyum




Kita kena terima hakikat bahawa di sekolah banyak kelas yang tidak terkawal. Guru tidak berjaya mengawal dan hilang kawalan.

Ketika mengajar, saya belajar mengawal diri sambil mengawal kelas (murid-murid). Ini yang biasanya saya lakukan pada awal tahun. Dan terus kreatif hingga ke akhir tahun.
  1. Tanggungjawab
Saya  tak akan salahkan orang lain kalau kelas saya bising dan tak terkawal. Kalau murid-murid saya berdisiplin, sayalah yang menetapkan peraturannya. Kalau kelas saya bising macam pasar, sayalah yang membiarkan keadaan itu berlaku. Kadang-kadang budak-budak memang susah nak kawal. Maklumlah budak-budak.  Saya kena pastikan budak-budak tu  bertanggangjawab, tak terkecuali diri saya juga.
  1. Peraturan
    Ini kena mula dari awal lagi. Macam mana peraturan masuk kelas? Macam mana cara nak minta kebenaran keluar ke tandas? Bila boleh keluar kelas? Bagaimana kerja rumah mesti dilaksanakan? Bagaimana cara nak menyoal guru? Bagaimana  bercakap dengan rakan di dalam kelas? Bagaimana kalau hendak bertanya dan menjawab soalan saya? Semua ada peraturan dan saya kena ajar budak-budak ni. Banyak peraturannya
  1. Organisasi
    Setiap kumpulan orang ada ketuanya. Saya akan tentukan siapa yang jadi Ketua Kelas. Saya suka pilih yang paling tua umurnya jadi ketua, diikuti Pembantu Ketua. Kalau saya terpaksa keluar kelas, saya pastikan Ketua Kelas bertanggungjawab mengawal kelas. Saya kena jelaskan kepada semua murid dalam kelas supaya budak-budak tu faham peranan Ketua Kelas dan bagaimana mereka kena menghormati ketua.
  1. Bertengkar?
Jangan sekali-kali bertengkar dalam kelas. Inipun satu peraturan juga. Sesama murid atau dengan guru. Bertengkar tidak mendatangkan sebarang faedah pun. Saya kena pasti peraturan ini dipatuhi oleh semua murid dan guru juga. Jika pertengkaran dalam kelas jadi budaya, riuh-rendahlah jadinya. Ia juga boleh menjadi punca masaalah.
  1. Becok?
    Saya kena pastikan yang saya tak terlalu banyak bercakap, tapi saya kena pastikan maklumat pengajaran yang saya sampaikan, lengkap dan difahami. Tepat, jelas, berkesan. Saya kena pastikan ini jadi amalan saya.
  1. Bersedia
    Saya kena pastikan saya mengajar dengan perancangan. Apa yang nak saya capai hingga akhir tahun? Apa yang hendak saya capai hingga akhir penggal? Apa yang nak saya capai hingga akhir minggu?. Apa yang nak saya capai pada akhir pelajaran hari ini? Saya tak mahu terlepas daripada melaksanakan tugas-tugas utama saya di bilik darjah
  1. Harapan
    Saya kena pastikan semua murid saya faham apa yang saya harapkan.  Mereka kena faham, harapan saya memang tinggi. Saya nak mereka semua berdisiplin,  berjaya dan terdidik.
Nak laksanakan perkara-perkara ni, kena kreatif dan inovatif juga. Boleh ke? Memang boleh  sebab mengajar sebenarnya seni yang penuh dengan kreativiti.
Cubalah! Dan kemudian, senyum!

11 comments:

n@m@n said...

Kekadang mcm buntu bila menghadapi telatah budak2 sekarang yang datang sebab dipaksa oleh mak bapak, semata2 nak dapatkan sijil SPM

juk said...

betul tu..masa kita ngajar mereka berbual. tu yg saya paling tak suka. Bila dah dpt result baru menyesal...masa tu dah x guna..

Cikgu Chun said...

Tip yang bagus dan berguna kepada semua guru. Harap dapat diamalkan...kawalan kelas mmg sangat penting dalam p&p, malah mungkin faktor yg paling penting semasa dalam kelas. Guru-guru perempuan yg biasanya menghadapi masalah dalam situasi ini, terutamanya yang baru posting. Kesian tengok mereka dibuli oleh pelajar-pelajar.

xiiinam said...

Teknik mengawal kelas...juga perlukan kepakaran yang bukan alang-alang. Apatahlagi dengan keadaan murid sekarang...

Syukur saya mengajar di sekolah perempuan....senakal-nakal mereka, masih ada rasa segan terhadap cikgu.


Selamat menjalankan p&p dengan ikhlas cemerlang kepada semua insan guru...itu 'passion' kita!

xiiinam said...

Maaf;
alang-alang = sepatutnya 'calang-calang'!

DaHLia said...

Very detail mantan :)

banyak lagi yang DaHLia perlu belajar dengan mantan..tahun depan boleh apply dengan tips2 tambahan mantan ni..

a kl citizen said...

assalammualaikum mantan

kata2 bernas dari orang yang selayaknya.
terima kasih.
insyaAllah saya akan tersenyum nanti

insan pendidik said...

salam mantan,

Bagus panduan tu especially untuk guru2 baru tu. Kawalan kelas sangat penting. Jangan mulakan P&P kalau pelajarnya belum sedia. Biasanya yang paling penting first day kita masuk kelas tu. Masa tu la bebudak akan menguji kita. Apatah lagi kalau kelas hujung tu. Tunjukkan wibawa kita sebab kita yang mengawal bebudak tu.Bukannya bebudak yang mengawal kita!

Anonymous said...

salam mantan,
Ini kali pertama saya layari blog mantan.
Terima kasih dengan maklumat yang bermakna.Pelajar sekarang suka guru yang mesra tetapi mesranya kita dalam ketegasan terutamanya kelas yang terakhir.

ahmad humairi said...

salam,

jangan menyalahkan orang lain, atau peraturan jika apapun berlaku...
salahkan diri sendiri....

mantan said...

Salam, terima kasih semua kerana singgah di blog mantan:

n@m@n,kadang-kadang ibubapa tak faham...

juk,penyesalan pun tak beri makna kpd mereka...

Cikgu Chun,susahlah kalau cikgupun kena buli...

xiiinam,teknik kawal kelas tu 'senjata' guru...

DaHLia, 'lain padang, lain belalangnya'...

a kl citizen,senyumlah selalu...

insan pendidik, murid-murid kena ready, minda dan fizikal...

Anonymous, tengok keadaan, patut mesra, mesralah. Patut tegas, tegaslah...

ahmad humairi,ye diri sendiri...