11.1.10

Murid Minat Cikgu Minat



Budak-budak tu memang tak minat belajar. Itu rungutan cikgu yang kadang-kadang  dapat kita dengar.
Kalau dah tak minat belajar, macam mana nak diajar?  Siapa yang patut menarik minat murid supaya belajar. Siapa lagi kalau bukan cikgu? Kalau bukan kepada murid, kepada siapa lagi yang hendak cikgu sampaikan pengajaran?
Cikgu kena cari jalan, kena ada cara supaya murid berminat subjek yang cikgu ajar.  Memang kena cari cara nak pupuk minat budak-budak tu.
Kalau tidak, siksalah cikgu. Nak mengajar bukan setahun dua, berpuluh-puluh tahun.
1.Kaitkan Dengan Murid:
Kalau budak-budak tanya, “Kenapa saya belajar perkara ni cikgu?”. Dan cikgu pun jawab, “kerana saya suruh awak belajar, awak kena belajarlah!”.  Jawapan macam tu akan mengikis kewibawaan cikgu!. Pentingnya subjek yang cikgu ajar tu kena kaitkan dengan kehidupan budak-budak tu. Biar mereka tahu apa gunanya untuk kehidupan mereka. Mengajar Matematik, Sejarah, Geografi dan lain-lain kena kaitkan apa yang diajar tu dengan gunanya dalam kehidupan mereka tu.
2.Kaitkan Dengan Cikgu:
Cikgu kena pandai bercerita. Kaitkan subjek dengan cerita atau kehidupan cikgu sendiri. Budak-budak suka dengar cerita. Memang cikgu kena kreatif. Macam mana nak masukkan cerita dalam subjek matematik? Memang kena kreatif.
(Saya dulu mengajar, Kesusasteraan, BM, Pendidikan Seni, Sejarah, Geografi dll, taklah susah nak bercerita!)
3. Kecindan Cikgu:
Cikgu pun kena ada unsur kecindan (ceria, seronok, kelakar)  juga.  Tapi kena pandai gunakannya berpada-pada. Jangan pula sampai jadi badut. Nanti hilang fokus. Taklah cikgu rasa stress atau letih melayan budak-budak tu. Kalau cikgu seronok,  tahap minat akan meningkat bersama-sama dengan minat budak-budak tu juga.  Kan bagus, bila selesai belajar setiap hari, cikgu pulang ke rumah pun dengan rasa ceria.
4. Senyumlah, Cikgu.:
Kita boleh tersenyum bila kita rasa seronok. Kadang-kadang ketika mengajar,  saya pun serius juga. Tapi saya akan senyum semula bila ada pelajar saya bertanya kalau-kalau mereka telah membuat saya marah atau ada perbuatan mereka yang saya tak suka. Budak-budak juga boleh menduga perasaan kita.
5. Ketawalah, Cikgu:
Cikgu pernah ketawa dalam kelas?. Saya akan ketawa kalau saya rasa saya patut ketawa. Bukan ketawa seorang diri. Ketawa bersama-sama pelajar saya. Kadang-kadang cikgu tension dan budak-budak juga tension. Untuk baiki keadaan, apa salahnya sesekali ketawa bersama pelajar.  Ini pun kena kreatif juga. Buka tiba-tiba ketawa tak tentu pasal!
Benda-benda macam ni nampak macam remeh-temeh saja. Tak diajar pun masa ikuti kursus perguruan dulu.  Tapi saya rasa, sekurang-kurangnya boleh bantu tarik minak budak-budak tu.  Dan kadang-kadang, boleh timbulkan minat cikgu juga. Timbul rasa seronok. Semakin cikgu rasa ceria masa mengajar, semakin minatlah budak-budak tu.  Dan bila pulang   ke rumah, cikgu akan rasa seronok mengingat kembali apa yang telah berjaya cikgu capai  di sekolah tadi.
 Selamat mengajar, cikgu!

3 comments:

en_me said...

salam pagi rabu cikgu mantan ittewww..

mantan said...

en-me,
salam... terima kasih...

n@m@n said...

saya mengajar add math secara santai..selalu buat lawak..nampak budak nya menunjukkan minat, tapi dari segi pencapaian tak menaik lagi