3.1.10

Naga Laku


Apa perasaan anda, 
pada suatu pagi, 
masuk ke sebuah kawasan sekolah, 
kanak-kanak sedang berhimpun, 
berbaris, 
terdengar mereka menyanyi,
lagu patriotik,
liriknya seperti ini:

nagalaku
tana tumpanye 
dalaku
lakyat idup 
belsatu dan maju
lahmat bagia
tuhan kulniakan
laja kita 
selamat beltahte..

7 comments:

zaijb said...

salam mantan,

aduhhh... pelat nyeee.... macamana nak faham lirik nie kalau gitu jadinya...
mereka ini perlu di berikan kefahaman dan maksud lagu tersebut supaya ada rasa cinta pada negara...

kalau dakkk.... nyanyi ajee... tapi tak faham maknanyee.....huhu...

Cikgu Chun said...

Mantan,

Tak patut....tak patut... Dah tiba masanya untuk kita perjelaskan makna dan maksud lagu Negaraku. Sama juga dengan bacaan ikrar, tiap kali watu perhimpunan rasmi sekolah, pelajar akan baca ikrar, tapi adakah mrk faham? sudah tentu tidak...

mantan said...

zaijb,
itu mungkin masalah ibu-bapa yg tak peduli. tak faham pentingnya bahasa malaysia dikuasai. jadi macam burung kakak tua sajalah...

mantan said...

cikgu chun,
maaf buka ada niat serong apabila saya paparkan entri itu.
itu sebenarnya berlaku di sebuah sekolah srjk(c).
saya rasa terkilaan dengan keadaan itu kerana negara kita telah lama merdeka...
saya ada ramai rakan cina yang amat fasih bahasa malaysianya (malah ada yg lebih betul bahasanya jikaa dibandingkan dengan orang melayu sendiri). Tapi itu generasi seangkatan saya. Sekarang ini barangkalai berbeza....

CIKGU NAMAN said...

Negaraku..kalau kena penghayatannya semacam je kita rasa dalam diri..

mantan said...

n@m@n,
malangnya, ramai rakyat Malaysia yang tidak tahu mengharginya.

alangbudi said...

apabila benda sebegini dipandang remeh, bendera yang lusuh, dah tak berwarna, sblm mengibarkan bendera, bendera dibiar kena ke tanah, apabila lagu dinyanyi kan, masih ada yang berbual, bergerak, tidak berdiri tegak, bukan hanya murid, malah guru pun sama aja...