10.2.10

Kalau Kata Orang


Jangan haraplah kalau Pengetua dan Gurubesar (P&GB) dapat puaskan hati semua orang. Kalau boleh, memanglah nak puaskan hati semua orang. Tetapi nilah dilemanya, serbasalah. Apa saja yang dibuat, apatah lagi yg tak dibuat, semuanya serbasalah.
Teringat lagu:
“Buat, salah. Tak buat, salah. Jadi, semuannya serba salah” (Klik YouTube kat tepi tu..)
1.Kalau P&GB datang awal, orang kata dia tak dapat tidur kerana stres. Tapi kalau P&GB balik lewat, orang kata dia lembap, lambat siapkan kerja.
2.Kalau P&GB minat sukan,orang kata  dia tak pentingkan akademik. Kalau dia tidak ikut sama acara sukan sekolah, orang kata dia tak pedulikan kokurikulum sekolah.
3.Kalau  P&GB tegur sikap negatif guru, orang kata dia  sengaja nak cari salah orang. Jika dia tak selesaikan  masalah  guru, orang kata dia   lemah.
4. Kalau  P&GB peramah sangat, orang kata dia mengada-ngada. Jika dia  pendiam, orang kata dia  anti-sosial.
5. Kalau  P&GB membuat keputusan segera dan cepat bertindak, orang kata dia  autokratik. Jika lambat bertindak, orang kata dia tak  tegas buat keputusan.
6. Kalau P&GB selalu nak buat  mesyuarat, orang kata dia tak hirau kesibukan guru. Jika dia tak buat  mesyuarat, orang kata dia tak demokratik.
7. Kalau  P&GB pantau kelas, orang kata dia nak  menyibuk. Jika dia tak pantau, orang kata dia tak ambil tau pun.
8. Kalau P&GB beli kereta baru, orang kata  banyak dapat elaun perjalanan.  Jika dia guna kereta buruk, orang kata dia memang kedekut.
9. Kalau P&GB rancang nak buat  perubahan,orang dia dikatakan terikut-ikut dengan program orang lain. Kalau dia tak buat perubahan, orang kata dia ketinggalan zaman.
10. kalau P&GB menggantung persekolahan seorang murid tak berdisiplin, orang kata dia tak buat keputusan yang betul. Kalau dia tak singkirkan pelajar bermasalah, orang kata dia tak peka  kepada masaalah disiplin sekolah.
11. Kalau P&GB pergi mesyuarat  atau kursus , orang kata dia  pergi berehat dan bersantai. JIka dia tak pergi ke mesyuarat, orang kata dia tak professional.
12. Kalau  P&GB bagi empowerment kepada GPK, orang kata  dia tak ada  buah fikiran sendiri. Kalau dia tak beri empowerment, orang kata semuanya dia nak buat.
13. Kalau P&GB, selalu makan di kantin, orang kata dia tak jaga badan dan kesihatan. Kalau dia  makan di tempat lain, orang kata dia tak tunjukkan contoh yang baik..
14. Kalau P&GB masih muda, orang kata dia masih mentah, banyak lagi kena belajar. Kalau  P&GB dah tua,  orang kata dia dah tak mampu nak belajar.  
Apapun,  P&GB janganlah ambil hati sangat. Adat dunia memang begitu. Laksanakanlah tugas dengan sebaik-baiknya.
Apa saja yang P&GB  lakukan, pasti ada orang yang mengatakan, “ Jangan salahkan sekolah,.Pengetua dan Guru Besarnyalah yang bermasalah!”
Barangkali yang kuat akan terus kuat, yang lemah akan terus lemah, atau sebaliknya.

10 comments:

zaijb said...

salam mantan...

biasalah tue mulut orang tak leh nak kunci... yg penting kita tahu kerja kita... betul tak?..

bekeje dgn public memang kena banyak bersabar dan kita mesti tahu macam mana nak communicated dan tackle diorg nie... semuanya ada dalam softskill... gunakan jee...

mantan said...

Salam zai,
Macam tu lah perangai manusia kan.

Saya setuju, soft-skills memang kena ada...

Mohd Shariff said...

salam mantan.
Hebatlah tulisan saudara. Apa nak buat memang dah adat. Yang baik orang tak nampak. Jika dah tiada baru nak dikenang. Apa-apa pun jika kita rasa itu yang terbaik kita dapat lakukan, belasah saja selagi tidak melanggar tatasusila dan peraturan.

mantan said...

Mohd Sharif,

Semua orang mengharapkan yang terbaik. Harapan akan terpenuh jika orang berusaha sebaik mungkin.

n@m@n said...

sepanjang saya buat jadual, saya boleh rasa akan tugas pentadbir yg mencabar..


semua aspek kena dipertimbangkan utk puaskan hati semua pihak..

w/p kdg2 pertimbangan itu tak menyebelahi kita

insan pendidik said...

salam mantan,

begitu juga lumrah kehidupan mana mungkin kita puaskan hati semua orang...apatah lagi setiap orang ada persepsi sendiri...yg ptg P&GB berkhidmat dengan berpandukan peraturan yang ditetapkan dan berintegriti dalam melaksanakan tugasnya.

ain said...

wahhh...betul2 serba salah ni!!! tapi ini sudah jd lumrah!!! buat salah...tak buat lagi lah salah!!

xiiinam said...

Mencari salah orang..adalah pekerjaan paling mudah dan termurah di dunia...

Mima said...

Macam yg seseorang pernah kata pada saya, kalau tak silap Dr. T, "It's lonely at the top!"

OK la tu... bila orang banyak berkata-kata tentang kita, ertinya kita sering diperhatikan. Bila kita sering diperhatikan, ertinya kita popular... cewah! Adat la jadi orang popular, semuanya serba tak kena. ;)

mantan said...

Mima,
Happy holidays bersama anak-anak...