18.2.10

Kangaroo Di Bumbung Parlimen. PATI Tak Terkawal.

KALAU SUDAH TERLALU BANYAK / RAMAI, TAK  TERKAWAL...


Kangaroo liar yang semakin membiak di Canberra, Australia, sudah menimbulkan pelbagai masalah. Ada kejadian kangaroo yang bertembung dengan kereta di jalanraya atau menerjah masuk ke bilik tidur melalui tingkap.

Dimaklumkan juga kangaroo pernah melompat melintasi bumbung Bangunan Parlimen.

Masalahnya semakin gawat dan pihak berkuasa bercadang mengatasi masalah tersebut. Percubaan pihak berkuasa Canberra mengawal bilangan kangaro dengan cara kasi dan juga ubat pencegah bunting, menemui kegagalan.  

Walaupun kangaroo mendatangkan masalah, tetapi kajian menunjukkn bahawa 80% penduduk tidak menyokong tindakan pihak berkuasa itu.

Satu kajian lain pula menunjukkan bahawa 17% pemandu kenderaan di daerah itu pernah berlanggar dengan kangaroo sekurang-kurangnya sekali. Mereka berharap pihak berkuasa mengambil tindakan mengatasi masalah tersebut. Jika tidak mereka akan bertindak memburu dan membunuh kangaroo-kangaroo itu.

Demikianlah kalau sudah terlalu banyak, tak terkawal jadinya.
PATI (Pendatang Asing Tanpa Izin), jika terlalu ramai juga tak mungkin terkawal.

Yang dengan izin juga sudah terlalu ramai!

3 comments:

Daddy Zuki said...

apa kata kalau kita kasi semua PATI ni tanpa mengira jantina? sudah pasti mereka berfikir sejuta kali sebelum masuk ke Malaysia! Setuju tak Mantan?

mantan said...

Setuju, tapi kena bincang dengan Kementerian Dalam negeri,imigresen, kastam, polis, tentera dan RELA sebab merekalah yang kena buat kerja tu...

n@m@n said...

yang ada pulak kekadang membuat onar..lagi parah