26.4.10

Obey All Teachers' Instructions

Laporan akhbar: Di Perlis ada pelajar yang nak terjun bangunan (bunuh diri?). Dinyatakan puncannya kerana stres diejek oleh pelajar-pelajar lain.

Di sekolah, ejek mengejek sesama rakan sekolah, memang banyak berlaku. Entah mengapa. Barangkali penerepan nilai-nilai murni merentasi kurikulum tidak sepenuhnya berjaya. Atau budak-budak ni tak pandai berkomunikasi.

Bagai saya, ejek mengejek dalam kalangan budak-budak di sekolah boleh menimbulkan banyak masalah disiplin.

Sebab itu, dulu, di sekolah manapun saya jadi pengetua (SMKPD, SMKSP, SMKTG, SMKR), perkara ini tak terlepas daripada pengurusan saya. Di setiap sekolah itu, saya adakan kod etika sekolah untuk mudahkan urusan disiplin murid. Hal membanteras ejek mengejek dan buli membuli ni menjadi agenda penting.

Di sekolah saya syaratkan pelajar faham dan amal 5 kod etika tigkahlaku seperti berikut:

1. Obey All Teachers' Instructions.
2. Look After Our School.
3. Look After Yourself And Your Friends.
4. Keep Your Hands And Feet To Yourself.
5. No Teasing And No Name-calling.

(Saya suka ungkapkannya dalam Bahasa Inggeris - ada sebab / rasional di sebalik penggunaan Bahasa Inggeris itu).

Yang No. 5 tu ada kaitan dengan perbuatan ejek-mengejek.

Tak taulah sama ada etika ini terus digunapakai selepas saya tidak lagi berada di sekolah-sekolah berkenaan.

Barangkali ia tidak mendatangkan apa-apa faedah pun!


6 comments:

CIKGU NAMAN said...

salam..

kalau semua dapat dipatuhi memang sangat bagus kan..

lama tak singgah ;)

Guru said...

bagus etika ini
ditampal di dinding sekolah ya mantan?

kalau terjemah pun bagus juga

yusofsipan said...

ok la mantan 5 kod etika tingkah laku tu, cuma di sekolah rendah mcm tak pernah pulak saya jumpa....

mantan said...

n@m@n,
Tq singgah. Bukanlah mudah bagi orang nak memtuhinya.... macam-macam alasan mungkin diberikan. Tapi sebagai guru, kita tak boleh putus asa...

mantan said...

kl citiz,

Kalau dapat ditampal kod etika itu, agak sudah dikira faham tu...

mantan said...

salam ybs,

Kod tu bukan ditetapkan oleh Kementerin, Jabatan atau ppd. Saya pun tak pernah jumpa kod etika di sekolah rendah atau menengah yg lain.

Kod itu dibincang bersama guru-guru ketika saya mula-mula menjawat jawatan pengetua...dan saya bawa pula masa saya pindah ke sekolah-sekolah lain...