29.5.10

1) BATANG dan 2) SUBSIDI

Memang isu hangat dan berasap:

1) Rokok 14 batang. 
     Cadangan pemansuhan jualan rokok 14 batang ditangguhkan. 

2) Cadangan mengurangkan atau mengekalkan subsidi kerajaan sedang diuar-uarkan.

Setiap isu yang melibatkan perubahan pasti akan mengundang kontroversi, pro dan kontra.
 
Ada kecenderungan untuk mendapatkan "public opinion" sebelum membuat keputusan. Rasionalnya barangkali untuk mendapat konsensus majoriti. Atau satu cara penghalalan cara.

Keputusan mesti dibuat. Caranya mesti tepat. Dan keputusan mesti dipetahankan.





8 comments:

ustaz eds said...

salam cikgu

tak tau nak cakap tentang cadangan pemansuhan subsidi ni....tp yang pastinya, yang paling terasa ialah rakyat yang berpendapatan rendah. Bila pemansuhan dibuat, harga barang pastinya akan menjadi lebih tinggi, sedangkan pendapatan mereka tetap begitu. kita yang ada pendapatan tetap ni mungkin sedap bercakap, boleh jimat cermat. bagi mereka, hidup mereka selama ni pun dah berjimat cermat...

bagi kes rokok tu...kalau boleh dinaikan harga RM 100.00 sekotak pun saya sokong...

sekadar pandangan peribadi anak kampong

Mohamad said...

Mantan,

Bagus entri kali ini. Kerana ia boleh membolehkan kita berfikir bersama-sama. Apa tidaknya, sepatutnya kita kena buat kempen marilah ramai-ramai merokok, bukannya jangan merokok. Apabila permintaan rokok tinggi, penanam-penanam tembakau pun senang, tidak lagi mereka menerima subsidi untuk tanam tembakau. Golongan inilah yang dikatakan berpendapatan rendah. Tetapi yang hairannya, harga rokok yang tinggi pun kehidupan mereka masih ditahap yang rendah... Rasionalkah LEMBAGA TEMBAKAU NEGARA? Boleh baca di sini laman rasminya : http://www.ltn.gov.my/#

Guru said...

memang terasa bila barangan naik harga

lebih takut kalau negara muflis

CIKGU NAMAN said...

tadi dalam berita esok kuatkuasakan denda 10k kalau merokok di tempat hawa dingin,

berapa kali dah dengar denda ni, jalan ke tak tak tau la..

mantan said...

Ustaz eds, Salam.

Saya setuju subsidi dikurangkan secara berperingkat. Dilksanaka secara berhati-hati.

Yang penting, mekanismenya kena b etul.

Dan perlu diambil kra oraang-orang yang berpendapatan rendah. Bagi yang kaya raya tu, mereka tak perlulah diberikan subsidi. Kena cari bagaaiman nak laksanakannya. Banyak pulan nanti berlaku penipuan. Yang kaya tibaa-tiba "jadi miskin".

Barang makaan dan keperluan asas tak perlulah dihapuskan subsidi, kurangkan, bolehlah.

mantan said...

a klcitiz,

Kalau semua orang ada pendapatan tinggi, dan kalau tidak diberikan subsidi, semua orang akan hidup sejahtera, o.k. lahg, tak payahlah subsidi. Tapi cara kehidupan bersubsidi ini sudah menjadi cara hidup rakyat Malaysia. Nak ubah bolh, tapi jangan jadi kejutan budayaa, nanti Malaysia akan betul-betul muflis kerana membiayai masalah-masalah kegawatan politik spt yg berlaku di Thailand (contoh je, tapi tak sama lah).

mantan said...

Cikgu mohamaad,Salam

Semalam"Hari Tembakau sedunia". Apa kesannya sambutan hari tersebut.

Yang tampaknya, Rokok tetap pembunuh nombor 1 dan setiaap hari bilangan perokok bertambah.... Dan penanaam tembakau tak berubah juga kehidupannyaa...

mantan said...

n@m@m, s@l@m

Sudah ada 23 kawasan larangan merokok yang wartakan, termasuk di tandas awam.

Barangkali penguatkuasaannya sangat berkesan dan rakyat Malaysia sangat patuh pada larangan itu sebab jarang sekali kedengaran orang didenda kerana melanggar larangan itu.

10 k kalau merokok di pejabat (berhawa dingin?) macam melepaskan batuk di tangga pejabat je...