7.5.10

Orang Gigit Anjing



Tadi, di kedai buku, berjumpa teman lama. Bertanya khabar. Dan dia menyapa" banyaknya beli suratkhabar?"

"Tak banyak, 2 saja". Memang kebanyakan orang beli senaskah. Setiap hari, saya beli 2 pun rasa tak cukup. Kalau Hari Ahad, memang beli 3.

Yang seronoknya, berita/ atau rencana yang sama dihidangkan cara yang berbeza. Itu yang bestnya. Ketika membaca berita, yang saya lihat ialah KENAPA dan BAGAIMANA. Ini yang berbeza dipaparkan. Tentang APA, BILA, SIAPA, biasanya sama saja antara akhbar.

Kadang-kandang BAGAIMANA dan KENAPA sesuatu itu berlaku, sengaja disensasikan. Kalau tak sensasi mana ada nilai berita? Siapa nak baca. Ini komersil. Ini pertandingan.

Masa mula masuk kuliah Penulisan Kreatif & Deskriptif di UM dulu, teringat kata pensyarah.

"Anjing gigit orang, itu biasa. Bukan berita".
"Orang gigit anjing, itu luarbiasa. Itu berita".


4 comments:

DrSam said...

cerita yang sama, mungkin mempunyai pemahanan yang berbeda mengikut tahap pembaca.

mantan said...

DrSam,
Barangkali itulah sebabnya ada macam-macam akhbar tabloid terjual di pasaran.... tulisannya disesuaikan mengikut pelbagai tahap pembaca.

mohamad said...

Cg.
Tadi saya berpeluang mengikuti penamaan calon di Dewan Suarah, Sibu. Dalam berita di salah sebuah stesyen TV kata ada sedikit provokasi antara penyokong kedua-dua parti, tapi sebenarnya tak ada apa-apa berlaku pun. Penyokong-penyokong hanya melaung-laungkan kata-kata semangat untuk parti-parti masing-masing. Itu saja....

mantan said...

Mohamad,
Itu cara nak sedapkan berita...nak sensasi kan... barulah orang nak baca...