26.6.10

Terlanjur Silap, Diperbaiki.




Tulisan ini bukan bertujuan untuk melihat UPSR dengan perspektif yang negatif.
Jika  ditanya kepada ibu-bapa apakah tujuan UPSR kepada anak-anak mereka, saya percaya majoriti mereka  mahu melihat berapa A yang akan diperolehi oleh anak mereka dalam peperiksaan tersebut.
Jika ditanya apakah harapan jika anak-anak mereka memperolehi banyak A dalam peperiksaan tersebut, sudah tentulah mereka mahu anak mereka diterima masuk ke sekolah berasrama penuh.
Di sekolah, tujuan dan harapan ibu-bapa ini diterjemahkan oleh gurubesar dan  guru-guru dalam bentuk perancangan dan strategi bagaimana membolehkan seberapa ramai murid mendapat seberapa banyak A. Di samping itu, harapan PPD, JPN dan KPM juga perlu diterjemahkan dengan pelbagai ragam.
Di peringkat PPD  harapan ini diterjemah dalam bentuk arahan dan pemantauan. Terkumpullah maklumat dan data. Seleps peperiksaan, maka  tersenarailah keputusan peperiksaan mengikut “ranking”, sekolah mana yang mendapat paling banyak A dan sekolah mana yang duduk di ranking paling bawah.  In nanti akan diikuti dengan tindakan-tindakan susulan.
Demikianlah juga di peringkat JPN dan KPM, di dada akhbar arus perdana akan tersenarailah ranking daerah dan negeri mengikut peratus pencapaian masing-masing. Tampaklah  seolah-olah “angka-angka” yang diperolehi Ini sahajalah yang menjadi matalamat murni peperiksaan. Tujuan-tujuan peperiksaan  yang lain menjadi kabur dan tersembunyi.
Demikianlah kuatnya pengaruh peperiksaan dalam sistem pendidikan. Tujuan-tujuan murni peperiksaan tampaknya dikaburi oleh harapan untuk mendapat seberapa banyak A.
Jika tujuannya betul, peperiksaan di sekolah akan menjaadi suatu mekanisma yang amat berkesan bagi mendidik  diri insan.
Peperiksaan,  jika sudah terlanjur berlaku kesilapan, ia perlu diperbaiki bukan dihapuskan.

1 comment:

Mohamad said...

Mantan,
Banyak perkara yang kita cakap lain buat lain. Kita kata kita patut pakai acuan sendiri untuk membangun, tetapi kita guna acuan orang lain. Kita tiada identiti tersendiri. Bila kita ada sesuatu yang terbaik untuk dilaksanakan, kita akur dengan pelbagai kerenah segala macam manusia yang bertindak atas kepentingan. Akhirnya semua yang dirancang "GAGAL".. Perancangan dan pelaksanaan bukan memakan masa yang singkat, tetapi apa yang berlaku semuanya perlu segera dan bila sudah tiada lagi baru kita menyesal..