16.7.10

Tetek/buahdada/payudara: Iklan


Orang Utan ada banyak anak yang nak diberi susu. Tapi orang utan taklah perlukan tetek yang gebu nak bagi susu pada anak-anak. Yang penting, putingnya. Tak perlu tetek yang gebu seperti payudara wanita.
Tapi tetek/ buahdada/ payudara wanita, bukan saja  ada puting, tapi ada bentuk yang gebu membesar di sekeliling putingnya. Puting tu  pentinglah untuk anak menyusu. Tapi apa pula gunanya bahagian lain yang gebu tu?
Banyak bahagian tubuh yang Allah jadikan berpasangan. Mata, telinga, lubang hidung, tangan, kaki, buah pinggang, testikal,  payudara dan lain-lainnya. Tentu ada hikmahnya Allah jadikan berpasangan demikian.
Apabila bahagian-bahagiaan tubuh yang dijadikan berpasangan itu nampak seimbang, sekata atau semitrikal, mungkin itu dapat menggambarkan kesempurnaan dari segi fizikal dan kesihatan.
Ahli psikologi kata,  payudaranya  seimbang dan semitrikal, dipunyai oleh wanita yang lebih subur. Barangkali itu secara semulajadinya yang menyebabkan lelaki teruja tertarik kepada payudara wanita.
Orang utan jantan tak dapat nak gunakan ukuran simetrikal bagi menilai kesuburan  orang utan betina kerana teteknya tidaklah gebu malah dilindungi bulu tebal.
Tetapi payudara wanita tak ditutupi bulu. Jadi dapatlaah dibuat andaian awal berkenaan kesuburan wanita yang memilikinya. Dan juga mudahlah dinilai  payudara itu seimbang, simeterikal atau tidak (tak kiralah sama ada saiznya besar atau kecil).  
Payudara sebenarnya  semacam iklan kesuburan untuk maklumat kepada orang lelaki. Mungkin juga menjadi penanda untuk memberitahu waktu subur atau tidak.
Allah telah mencipta pertumbuhan payudara wanita sesuai dengan keperluan masa dan fizikal mereka.  Mungkin juga terdapat hikmah dan kegunaan-kegunaan yang lain.
Yang penting, kaum lelaki kena hormat ciptaan Allah itu.

7 comments:

a kl citizen said...

membaca dengan fikiran terbuka...

:)

terbaru dari saya : lalang

jane said...

salam cikgu,

lama x bukak blog....ape habor? topik menarik ni cikgu....:)

n@m@n said...

banyak pula menjadi bahan iklan zaman sekarang..

Entri terbaru chekgu

nak header percuma tak?

mantan said...

citiz,
tq. Saya dah baca posting "lalang" tu. Dah tulis komennya pun...

mantan said...

jane,
tq for visiting. Apa yang terfikir, bolehlah ditulis di blog...

mantan said...

n@m@n,
tq....
anak sihat?

Anonymous said...

yang penting juga, orng pompuan sendiri faham betul2 fungsi payudara tu diwujudkan...