Orang Utan ada banyak anak yang nak diberi susu. Tapi orang
utan taklah perlukan tetek yang gebu nak bagi susu pada anak-anak. Yang
penting, putingnya. Tak perlu tetek yang gebu seperti payudara wanita.
Tapi tetek/ buahdada/ payudara wanita, bukan saja ada puting, tapi ada bentuk yang gebu membesar
di sekeliling putingnya. Puting tu
pentinglah untuk anak menyusu. Tapi apa pula gunanya bahagian lain yang gebu
tu?
Banyak bahagian tubuh yang Allah jadikan berpasangan. Mata,
telinga, lubang hidung, tangan, kaki, buah pinggang, testikal, payudara dan lain-lainnya. Tentu ada hikmahnya
Allah jadikan berpasangan demikian.
Apabila bahagian-bahagiaan tubuh yang dijadikan berpasangan
itu nampak seimbang, sekata atau semitrikal, mungkin itu dapat menggambarkan
kesempurnaan dari segi fizikal dan kesihatan.
Ahli psikologi kata, payudaranya seimbang dan semitrikal, dipunyai oleh wanita yang lebih subur.
Barangkali itu secara semulajadinya yang menyebabkan lelaki teruja tertarik kepada payudara wanita.
Orang utan jantan tak dapat nak gunakan ukuran simetrikal
bagi menilai kesuburan orang utan betina kerana teteknya tidaklah gebu malah dilindungi bulu tebal.
Tetapi payudara wanita tak ditutupi bulu. Jadi dapatlaah
dibuat andaian awal berkenaan kesuburan wanita yang memilikinya. Dan juga mudahlah
dinilai payudara itu seimbang, simeterikal atau
tidak (tak kiralah sama ada saiznya besar atau kecil).
Payudara sebenarnya semacam iklan kesuburan untuk maklumat kepada orang lelaki. Mungkin juga menjadi penanda
untuk memberitahu waktu subur atau tidak.
Allah telah mencipta pertumbuhan payudara wanita sesuai
dengan keperluan masa dan fizikal mereka. Mungkin juga terdapat
hikmah dan kegunaan-kegunaan yang lain.
Yang penting, kaum lelaki kena hormat ciptaan Allah itu.
7 comments:
membaca dengan fikiran terbuka...
:)
terbaru dari saya : lalang
salam cikgu,
lama x bukak blog....ape habor? topik menarik ni cikgu....:)
banyak pula menjadi bahan iklan zaman sekarang..
Entri terbaru chekgu
nak header percuma tak?
citiz,
tq. Saya dah baca posting "lalang" tu. Dah tulis komennya pun...
jane,
tq for visiting. Apa yang terfikir, bolehlah ditulis di blog...
n@m@n,
tq....
anak sihat?
yang penting juga, orng pompuan sendiri faham betul2 fungsi payudara tu diwujudkan...
Post a Comment