12.8.10

BANYAKNYA MAKAN!

Makan berlebihan ketika berbuka puasa menyebankan rasa mengantuk, boleh menghalang kita melaksanakan kewajipan kepad Allah mahupan kepada diri sendiri.

Makan secara yang tidak betul boleh menyebabkan:- 
1. Gangguan pencernaan - disebabkan oleh makan berlebihan makana, goreng, berlemak, makanan pedas dan minuman berkarbonat. 

2. Sembelit - disebabkan oleh terlalu banyak makan makanan siap diproses, makan tidak ber serat atau kurang minum air. Bijirin, bua-buahan dan sayuran kaya dengan serat makanan. 

3. Kelesuan - disebabkan tekanan darah rendah keranaa terlalu banyak makan makanan yang berkanji dan berlemak. 

4. Pening Kepala - disebabkan oleh kurang tidur dan terlalu aktif secara fizikal. 

5. Kejang Otot - disebabkan kurang pengambilan makana yang mengandungi kalsium, magnesium dan kalium. Makanan kaya dengan kalsium termasuk brokoli, buncis, okra, lobak, almond, kismis, biji bijan dan produk susu. Makanan yang kaya dengan magnesium termasuk: bran, beras merah, tepung jagung, keju, kuning telur, pisang, epal, kurma, almond, lobak, terung dan bunga kubis. Makanan yang kaya kalium termasuk: keju, epal, tembikai, aprikot, nanas, ayam, kacang tanah, kubis, dan timun. 

6. Kurang tidur – Tidur diperlukan untuk memastikan kesegaran badan terutama bagi mereka yang bekerja atau atau belajar. Kurang tidur menimbulkan kegelisahan, sakit kepala dan masalah. Tidur selepas makan juga menyebabkan masalah pencernaan. Makan sekurang-kurangnya 1 - 1 ½ jam sebelum waktu tidur.

2 comments:

CIKGU NAMAN said...

semalam saya sakit kepala lepas berbuka..

tak makan banyak pun, mungkin terkejut minum ais kot kan mantan?

selamat berpuasa buat cikgu wahab @ mantan sekeluarga!

mantan said...

n@m@n,
terlalu banyak minum ais selepas berbuka juga tak baik utk kesihatan.

N@m@n pening kepala mungkin kerana banyak kerja di sekolah tu....

Apapun, selamat berpuasa....
"kesihatan kita... tanggungjawab kita...."