27.9.10

TAUGE


Mari Buat Tauge
Mula-mula basuh 1 cawan kacang hijau dengan air sejuk. Kemudian rendam dalam air bersih / air mineral selama 1 jam. (Kalau nak cepat, rendam semalaman). Pastikan bekas merendam itu betul-betul bersih.

Selepas direndam, basuh bersih. Kemudian  tuangkan ke dalam bekas plastik yang di dalamnya dialas dengan kain basah. Pastikan kain betul-betul bersih.

Akhir sekali siram kacang itu dengan air bersih / air mineral. Letakkan bekas kacang itu di tempat yang kurang cahaya matahari.
Bila sudah bercambah menjadi tauge, bolehlah dimasak.

Mari Masak Tauge:
2 cawan tauge
2 sudu minyak masak
1 lobak merah dipotong kecil ( jika suka)
1 sudu halia, di racik
4 ulas bawang putih diracik halus
Sebelah bawang besar dihiris halus.
1 biji lada merah dihiris
Garam secukup rasa.

Cara Memasak:
Bila kuali sudah panas, masukkan minyak. Masukkan bawang putih, bawang besar dan halia. Masukkan lobak merah. Masukkan tauge Masukkan lada dan garam. kacau sebentar dan siap.
Makan ketika masih panas.

25.9.10

ORANG MENGGIGIT ANJING!

Hebat sungguh! 
Saya merujuk kepada laporaan media bagi kes jenayah berprofil tinggi di negara kita.
Semua media - cetak dan elektronik - berlumba-lumba menyampaikan maklumat.
Berita yang belum pasti pun menjadi begitu sensasi. Semua pihak mengambil peluang.

Berita pembunuhan kejam Datuk Sosilawati, memang menggemparkan. Saya mengikuti setiap berita akhbar dan elektronik, maya dll dengan teliti. Saya ikuti perkembangan dan urutan kejadian.

Setakat ini, hanya 20% yang saya yakini ketepatan maklumatnya... Selebihnya, saya  belum pasti...

Barangkali selepas siap kertas siasatan, pertuduhan dan berbicaraan mungkin keyakinan saya kepada berita-berita berkaitannya yang disiarkan oleh media  mungkin meningkat sehingga 80%.

"Kalau anjing mengiggit orang - itu bukan berita. Tetapi kalau orang menggigit anjing - itu berita!", kata mereka.

18.9.10

UPSR 2010


UPSR 2010:
Semoga murid-murid dapat memilih
jawapan yang tepat.

14.9.10

LAYU

                                               Gambar Hiasan: Ihsan DBP

Apalah nak jadi dengan Melayu. Berpecah belah. Bila nak bersatu.
Melayu UMNO berpecah dengan Melayu PAS dan Melayu PKR.
Sudahlah Melayu berpecah kerana politik, sekarang ni semua Melayu UMNO, Melayu PAS dan Melayu PKR berpecah dengan  NGO Melayu PERKASA.
Cina dan India taklah berpecah-belah walaupun berlainan parti politik dan berbeza NGO. Hairan aku....

12.9.10

SOSILAWATI, AHMAD KAMIL, KAMARUDIN, NOORHISHAM:


SOSILAWATI, AHMAD KAMIL, KAMARUDIN, NOORHISHAM:
Hilang  mereka diberitakan sebagai misteri dan mati mereka dibunuh dan kemudian dibakar, maka yang berlaku itu adalah  sesuatu yang amat kejam dan sebab berlaku kekejaman  mungkin kerana marah; namun sebab marah itu, tidaklah saya tahu...
Simpati saya kepada semua ahli keluarga yang terlibat. Alfatehah......

4.9.10

Raya

Selamat Hari Raya diucapkan kepada pengunjung-pengunjung BLOG MANTAN:
Minal Aidil Wal Faizin, Kullu Amin Wa Antum Bi- Khairi...

1.9.10

KETUPAT

Petikan video yang diusahakan oleh Ayuni7 ini mantan ambil daripada YouTube. Terima kasih Ayuni7