Walaupun agama melarang kira berburuk sangka sesama manusia, namun
sebagai manusia biasa, kita tidak mampu menyukai semua orang. Kita ada
sebab-sebab tertentu kenapa kita tidak menyukai sesaorang.
Saya
juga demikian. Sampai sekarang, sudah berpuluh-puluh tahun, ada
sesaorang yang tiadk saya sukai. Saya bukan pendendam. Tapi saya memang
tidak menyukai dia.
Puncanya begini: Pada akhir tahun
1970-an dan pada awal tahun 1980-an, saya menuntut di Universiti Malaya
(UM). Di kampus UM disediakan beberapa mini podium dan sudut pidato.
Sesiapa saja boleh berdiri di podium dan sudut pidato, pada bla-bila
masa dan berpidato apa-apa topik yang disukai. Barangkali itu penerpan
unsur kebebasan bersuara dan memupuk bakat diri..
Maka
lahirlah seorang pemidato yang seringkali mengambil peluang berpidato.
Seringkalki dia dikelilingi pelajar yang gemar mendengar dia berpidato.
Saya
sempat mengikut rakan-rang mendengar dia berpidato. Setelah beberapa
kali mendengar pidatonyaq, saya hilang selera. Saya memberitahu
rakan-rakan bahawa saya semakin tidak berminat mendengar pidatonya.
Rakan-rakan menyatakan bahawa saya cemburu kepada kebolehannya. Saya
tidak peduli. Hakikatnya, saya tidak boleh menerimanya sebagai seorang
pemidato yang hebat.
Rakan-rakan saya tidak tahu apa yang
ada dalam fikiran saya. Bagi saya dia seorang pemidato yang oportunis
dan mempunyai fikiran yang negatif. Isi pidatonya berunsur penentangan.
Banyak yang ditentang. Tetapi isi pidatonya dikaburi oleh gaya dia
berpidato. Dia bijak memanipulasi bahasa. Dia pandai menggunakan body
language. Dia berupaya menggoda. Dia mampu memperdaya. Menggoda dan
memperdaya itulah yang tidak saya sukai. Sehingga sekarang setelah
berpuluh-puluh tahun hal itu berlalu, saya tetap tidak menyukainya.
Demikiannlah tanggapan saya kepada dirinya. Dan saya tidak pernah
memberitahu hal ini kepada sesiapa pun.
Dari ruang kampus
dia berjaya menjaja pidatonya hingga ke dalam masyarakat. Malah
pidatonya boleh pula menjadi punca dan pencetus demonstrasi dan tunjuk
perasaan. Dia berjaya membakar semangat pendengar dan penyokongnya.
Beberapa tahun selepas itu, dia menjadi public figure yang seringkali
mendapaat sanjungan. Saya tetap tidak menyukai dia.
Anehnya
dengan cara yang demikian, dia memang bejaya. Dia mempunyai begitu
ramai penyokong. Khabarnya dia mempunyai karisma sebagai pemimpin. Dan
aneh juga, semakin dia berjaya, semakin saya tidak menyukai dirinya.
Namun dia terus berjaya apabila dia menceburi bidang politik. Malah dia
adalah ahli politik yang sangat pantas mencapai jawatan tinggi dalam
politik negara. Entah kenapa, saya tetap tidak menyukai dia.
Namun,
kata sesetengah orang, semakin cepat naiknya, maka semakin cepat
jatuhnya. Demikianlah dia. Ramai yang terkejut dan tidk menduga. Dia
tersungkurdalam persada politi yang dibinanya besama nafsu serakahnya.
Namun ramai yang tidak percaya. Ramai yang tenggelam dan dikaburi oleh
kebijaksanaanya memainkan peranan sebagai watak “wira” yang disanjung
tinggi.
Ramai yang terpedaya. Ramai yang terpesona dengan gayanya. Namun saya tetap tidak menyukai dia.
Sekarang
dia masih tetap dia, tidak belajar daripada pengalaman pahit yang
dilaluinya. Ramai yang masih menggap dia wira. Bagi saya, dia tetap dia
seperti berpuluh tahun yang lalu ketika saya melihat dia berpidato.
Hakikatnya
bagi saya, dia adalah petualang yang mempunya nafsu serakah yang amat
hebat. Dia pendendam. Dia adalah wira yang kecundang yang masih mahu
menegakkan benang yang basah, yang masih mahu melindungi keserakahan
beribadi di sebalik lalang sehelai, yang masih mahu menutupi bangkai
dengan nyiru sebesar genggaman tangan. Dia berpegang kepada prinsip :
Biar putih tulang, jangan putih mata. Alang-alang menyeluk pekasam,
biar sampai ke pangkal lengan, hatta menghancurleburkan negara
sekalipun.
Ah, ramainya penyanjung-penyanjung yang terpedaya yang masih terus menyokong.
Jika
dia masih mampu memperdaya ramai orang sehingga dia mampu pula menjadi
ahli politik yang paling berkuasa, maaf ya, saya tetap tidak menyukai
dia.
2 comments:
ai pun x suka....
saya pun tak suka pemidato tersebut walaupun cuma pernah melihatnya melalui TV.
Post a Comment