Showing posts with label A.Wahab taha: Roti. Show all posts
Showing posts with label A.Wahab taha: Roti. Show all posts

14.3.10

Roti, Maklumat Dan ABM

(Posting ni sepatutnya ditulis pagi tadi. Tak sempat. Ada jemputan kenduri kahwin). 

Pagi tadi masa bersarapan, sempatlah belek-belek plastik nipis pembalut roti. Biasalah. Pembalutnya cantik juga. 

Tapi saya lebih tertarik pada maklumat yang tertera pada pembalut tu. Ada lima permukaan yang bermaklumat: depan, belakang, kiri, kanan dan bawah.

Di depan ada maklumat tentang:
- Jenama roti dan logo 
- Keistemewaan roti 
- Logo Halal 
- Logo Superbrands
- Berat roti 
- Jumlah kandungan vitamin dan zat galian.
- Nombor telefon untuk pertanyaan 
Di belakang: 
- Terjemahan muka depan dalam Bahasa inggeris.

Di kanan: 
- Gambar bendera Malaysia 
- Gambar bunga raya 
- Logo Kementerian Penerangan Malaysia 
- Rukunegara (Dalam Bahasa malaysia Dan Bahasa inggeris. 
- Kajian tentang faedah pengambilan vitamin (disenaraikan jenis vitamin) dan zat galian.

Di kiri:
- Maklumat khasiat makanan dalam setiap bungkusan roti
- Senarai kebaikan roti tersebut
- Arahan penyimpanan dan tip penggunaan 
- Bar code (harga)

Bahagian bawah pembungkus:
- Bahan-bahan yang digunakan untuk membuat roti.
- Logo jenama roti
- Nama dan alamat pengilang.

Demikianlah banyaknya maklumaat pada pembalut sebuku roti. Tidak ramai yang membacanya. Mungkin hanya menganggap itu sebagai hiasan sahaja. 
Masa dulu-dulu saya selalu jadikan bahan-bahan terbuang seperti ini sebagai Alat Bantuan Mengajar (ABM) di bilik darjah. Maklumlah dulu mana ada komputer, CD, Projector dan lain-lain yang canggih seperti sekarang. Budak-budak akan cari bahan-bahan maklumat seperti ini dan bawa ke bilik darjah. 

Kreatif juga budak-budak zaman dulu.