Pagi tadi masa bersarapan, sempatlah
belek-belek plastik nipis pembalut roti.
Biasalah. Pembalutnya cantik juga.
Tapi saya lebih tertarik pada maklumat yang tertera pada pembalut tu. Ada lima permukaan yang bermaklumat: depan, belakang, kiri, kanan dan bawah.
Di depan ada maklumat tentang:
- Jenama roti dan logo
- Keistemewaan roti
- Logo Halal
- Logo Superbrands
- Berat roti
- Jumlah kandungan vitamin dan zat
galian.
- Nombor telefon untuk pertanyaan
Di belakang:
- Terjemahan muka depan dalam Bahasa
inggeris.
Di kanan:
- Gambar bendera Malaysia
- Gambar bunga raya
- Logo Kementerian Penerangan Malaysia
- Rukunegara (Dalam Bahasa malaysia Dan
Bahasa inggeris.
- Kajian tentang faedah pengambilan
vitamin (disenaraikan jenis vitamin) dan zat galian.
Di kiri:
- Maklumat khasiat makanan dalam setiap bungkusan roti
- Senarai kebaikan roti tersebut
- Arahan penyimpanan dan tip penggunaan
- Bar code (harga)
Bahagian bawah pembungkus:
- Bahan-bahan yang digunakan untuk membuat roti.
- Logo jenama roti
- Nama dan alamat pengilang.
Demikianlah banyaknya maklumaat pada pembalut sebuku roti. Tidak ramai yang membacanya. Mungkin hanya menganggap itu sebagai hiasan sahaja.
Masa dulu-dulu saya selalu jadikan
bahan-bahan terbuang seperti ini sebagai Alat Bantuan Mengajar (ABM) di
bilik darjah. Maklumlah dulu mana ada komputer, CD, Projector dan
lain-lain yang canggih seperti sekarang.
Budak-budak akan cari bahan-bahan maklumat seperti ini dan bawa ke bilik
darjah.
Kreatif juga budak-budak zaman dulu.
