Showing posts with label guru. Show all posts
Showing posts with label guru. Show all posts

18.5.09

Tercapaikah O.......nya?

Mulanya saya nak masukkan entri ni pada 16 Mei, tapi rasa tak sesuai. Macam ‘kacau daun’. Mood sambutan hari guru sedang hangat.


Nak tulis sebelum 16 Mei, macam nak “mengajar” pulak.


Saya percaya sehingga hari ni hari guru tahun ini masih dirayakan. Macam2 acara diadakan di sekolah. Perutusan, nyanyian, ikrar, sukaneka, acara pentas, perarakan, hadiah, jamuan dan sebagainya. Ini biasalah. Tak ada acara macam ni, mana seronoknya hari guru.


Kalau cadangkan yang bukan-bukan, siapa yang setuju. Sesekali cikgu-cikgu nak seronok ‘beraya’ apa salahnya.


Maka saban tahun, itulah perayan dan sambutannya. Seronok juga!

(Teringat satu ketika dulu, saya cadangkan Kelab Guru buat forum hari guru dengan menjemput ibu-bapa – tak maunya).


Cuma kadang-kadang masa nak rancang sambutan hari guru, terlupa pula nak rujuk objektif hari guru yang telah digariskan oleh Kementerian Pelajaran. Masa nak rancang sambutan tahun depan, mungkin boleh rujuk objektifnya.


Kalau nak baca objektif hari guru, di bawah ni. Lepas tu check balik, tercapai tak objektifnya sambutan tahun ni:-


Menitikberatkan peranan guru dalam pembinaan kebangsaan (termasuk perpaduan dan integrasi), pembangunan negara dan perkhidmatan kepada masyarakat.


Menarik perhatian ibubapa, murid dan orang ramai kepada peranan penting kaum guru dalam masyarakat Malaysia.


Memupuk perasaan perpaduan ikhtisas dan muhibah di antara guru. Meninggikan martabat dan taraf guru dalam masyarakat.


Memberi peluang untuk memajukan kecekapan guru melalui seminar-seminar, persidangan-persidangan, dan sebagainya yang diadakan pada Hari Guru.


Menilai secara objektif peranan guru dengan berlatarbelakangkan Malaysia dan mengambil langkah-langkah supaya peranan itu lebih berkesan.


Semoga sambutan/ perayaan hari guru lebih meriah, tahun depan.


23.4.09

DANGEROUS


Setiap hari ada sahaja guru yang bertugas di luar. Pelbagai tugasan. Ditugaskan oleh PPD, JPN, KPM. Itu rungutan seorang rakan, guru. Kadang-kadang sampai 30% guru tiada di sekolah!


Ganti lagi! Itu juga rungutan guru-guru.

Mereka mengambil alih tugas guru-guru yang ‘tiada’.


Teringat saya akan kata-kata seorang pegawai JPN, dalam ceramahnya:-

"There is no such thing as free period".


Seringkali kurikulum sekolah terganggu.

Sejauh mana berkesannya guru ganti, tidak diketahui.


Ini sesuatu yang biasa berlaku. Apakah yang biasa itu semestinya betul?


Saya teringat juga akan kata-kata seorang pengarah pendidikan:

“A class without a teacher is a very dangerous class!”.


Siapa yang ambil peduli?

Sehingga sesuatu terjadi…