Setiap hari ada sahaja guru yang bertugas di luar. Pelbagai tugasan. Ditugaskan oleh PPD, JPN, KPM. Itu rungutan seorang rakan, guru. Kadang-kadang sampai 30% guru tiada di sekolah!
Ganti lagi! Itu juga rungutan guru-guru.
Mereka mengambil alih tugas guru-guru yang ‘tiada’.
Teringat saya akan kata-kata seorang pegawai JPN, dalam ceramahnya:-
"There is no such thing as free period".
Seringkali kurikulum sekolah terganggu.
Sejauh mana berkesannya guru ganti, tidak diketahui.
Ini sesuatu yang biasa berlaku. Apakah yang biasa itu semestinya betul?
Saya teringat juga akan kata-kata seorang pengarah pendidikan:
“A class without a teacher is a very dangerous class!”.
Siapa yang ambil peduli?
Sehingga sesuatu terjadi…
12 comments:
betul tu siapa yang peduli? kekadang yang tak keluar pun tak masuk kelas, dangerous kan.......
apa pun nawaitu kita mesti ingat.....
saya ditugaskan menyediakan jadual guru ganti. dah jadi tanggungjawab mesti buat. yang tak masuk juga ganti tuh lain cerita. kalau berlaku apa-apa kena la bertanggungjawab. baru-baru ini semasa mjlis sukan daerah, hampor 15 otang guru sekolah saya bertugas di sana. bayangkan bagaimana saya nak buat jadual ganti. tambah lagi 3-4 orang guru yang MC atau cuti sambilan... yang dapat jadual ganti merungut memanjang... sape Peduli?
Kesian cik gu ... berat betul beban yang perlu digalas. Tapi yang orang cepat nampak selalunya hanya kesalahan guru...
Puteri,
dlm keadaan mcm ni,guru-guru kena lebih kreatif...
waruna,
kalau merungut pun, tugas kena buat juga...
Precious,
Tq, for commenting.
Ikan terubuk goreng tu camne rasanye?
Saya berpengalaman dalam membuat jadual waktu guru dan juga membuat jadual guru ganti.
Yang penting keikhlasan dan kesedaran guru, baik yang keluar atau pun yang ada di sekolah.
Mendewa,
Sebagai guru, kita kena banyak menilai diri.
salam cikgu wahab,
samalah suasana di sekolah saya. saya ada anak di sekolah yg sama. pernah satu hari dia balik rumah dia kata kat saya dia belajar matematik sahaja.
ha ? saya kata...biasanya matematik 2 masa,kan ? jadi, 7 masa yg lain, anak saya dan rakan2 sekelas dia dibiar tanpa pengawasan guru. as a mother....tentulah saya melenting giler. as a teacher, saya pun faham, mesti guru ganti pun tidak masuk ke kelas !! kemana perginya ?
saya juga selalu mengganti rakan2 yg keluar, mc dan bercuti. hingga adakalanya dalam sehari, kami rehat setengah jam untuk makan sahaja....itupun, tidak sempat habis dah cukup masa. x sempat nak order2. kena makan apa yg murid makan sahaja!!
ops maaf....keluhan saya terpanjang pula.
jane,
salam. Sebagai guru kita faham tentang masalahnya. Keadaan tu memang berlaku di sekolah. Tapi kalau sekolah tak ada sistem yang mantap berkaitan guru ganti ni, begitulah jadinya.
itulah dia cikgu..
last week out of 5 days of teaching, 3 days were spent on something else (SBOA,LaDaP, MUET)
~sigh,when it'll ever end.
(syok mengaja lebih baik dr buat keje lain)
Awin,
It will never end... a vicious circle!
Tapi cikgu tetap cikgu jugak... burning the candle (both ends).
Post a Comment