Showing posts with label politik. Show all posts
Showing posts with label politik. Show all posts

10.11.10

UNDUR

Datuk Zaid Ibrahim mendesak DSAI dan Azmin Ali berundur daripada PKR kerana kedua-duanya disifatkan sebagai segala punca masalah.
Tak taulah sama ada saya mahu bersetuju atau tidak dengan desakan ini, sebab saya bukan ahli politik!



27.8.10

COMELNYA DIA BERBAJU KEBAYA!

COMELNYA DIA BERBAJU KEBAYA!
Di situ tiada siapa yang tahu sama ada dia sedang haid...
Ahli politik sedang menjalankan peranannya...

8.2.09

Bual-bual Politik 'kotor' Dan 'masaalah' Pendidikan.

Jarang sekali saya menulis tentang politik. Tetapi saya sentiasa mengikuti perkembangan politik. Sengaja saya tidak mahu menulis tentang politik. Saya ingin mengurangkan bilangan orang Melayu yang memang suka bermain politik! Biarlah saya memberi sumbangan kepada negara melalui cara lain.

Petang tadi saya bertemu dengan seorang rakan (Cina). Dulu kami sama-sama mengajar di sebuah sekolah menengah. Kini dia Pengetua. Biasalah, bila bertemu banyak yang dibualkan. Topiknya sekolah dan pendidikan. Dia memberitahu bahawa menjadi pengetua berbangsa cina di sekolah yang majoritinya pelajar cina sama masalahnya seperti sekolah lain juga.

Senario politik negara tidak terlepas daripada skop perbualan kami. Kami bertukar-tukar pendapat berkenaan perkembangan politik tanahair.

Ada beberapa pemikiran yang menarik diutarakan oleh sahabat saya itu. Saya rumuskan begini:

1) Orang Melayu memang hebat berpolitik. Perkara-perkara yang lebih penting dalam kehidupan, tidak dipentingkan.

2) Orang cina berpolitik apabila keadaan memerlukan sahaja. Banyak perkara lain yang perlu diusahakan untuk mempertingkatkan mutu kehidupan.

3) Adalah lebih baik memikirkan soal survival menghadapi kegawatan. Krisis ekonomi global sudah mula mengancam kehidupan. Apakah perancangan dan persiapan kita? Apa yang boleh kita dapat dengan melayani karenah politik yang tidak berkesudahan?

4) Politik di negara ini sudah teruk tercemar. Kegawatan ekonomi sudah kian menular.

Saya juga mengutarakan pendapat saya.

Sampai sekarang, saya masih memikirkan apa yang diutarakan oleh sahabat saya itu.