23.6.08

TINGKATAN ENAM

1.Pada suatu ketika dahulu, Tingkatan Enam dianggap sebagai satu tahap pencapaian yang tinggi. Ia membuka ruang yang luas bagi pelajar-pelajar melanjutkan pengajian ke peringkat Universiti. Pelajar-pelajar Tingkatan Enam dianggap mempunyai masa depan yang cerah apabila mereka berjaya meneruskan pengajian ke peringkat Universiti.

2. Kemudian sistem pendidikan kita terus berkembang. Pelbagai perubahan berlaku. Lepasan SPM berpeluang terus menyambung pengajian di peringkat universiti. Pusat Asasi Sains dan Matrikulasi menjadi pilihan pelajar aliran sains. Aliran sastera seakan-akan dianggap kelas ke-dua. Demikian juga nasib Tingkatan Enam. Ia tidak lagi popular seperti sebelumnya. Di anggap kelas ke-dua juga.

3. Hasrat Kementerian Pelajaran untuk mempertingkatkan taraf Tingkatan Enam amat dialu-alukan. Sekurang-kurangnya ia akan mejadi suatu laluan alternatif ke peringkat Universiti. Perubahan perlu dilakukan, bukan sahaja meng”upgrade” guru-guru dan pengetua dengan imbuhan, tetapi juga menaikkan taraf Tingkatan Enam ke peringkat Kolej ataupun Pra-Universiti dengan fasiliti yang mencukupi.

4. Saya pernah bertugas di sekolah yang mempunyai Tingkatan Enam. Saya faham masaalah-masaalah yang dihadapi oleh guru-guru dan pelajar, seperti pengajaran dan pembelajaran, penyesuaian waktu pembelajaran, penjadualan waktu belajar bersama pelajar-pelajar di tingkatan lain dan sebagainya. Ada sekolah yang menganggap Tingkatan Enam sebagai bebanan pula.

5. Dalam satu mesyuarat di peringkat daerah saya menyuarakan pelbagai masaalah yang dihadapi supaya pihak yang berkuasa dapat mengambil perhatian.

6. Saya juga memberi cadangan supaya dibina sekolah khas untuk pelajar-pelajar Tingkatan Enam sahaja. Kemudahan asrama disediakan. Setiap daerah, jika perlu, mempunyai sebuah sekolah Tingkatan Enam masing-masing. Guru-guru diberi latihan tambahan untuk mengajar di Tingkatan Enam. Biarlah Tingkatan Enam diberikan statusnya tersendiri.

7. Cadangan saya itu tidak diterima kerana dianggap satu khayalan dan akan menimbulkan banyak masaalah…..

1 comment:

Mohd Nadzri Kamsin said...

Cikgu Wahab,
Masih terasa ingin mengajar anak murid?