5.8.08

BAGAIMANA INI TERJADI...


Hari ini saya dipanggil untuk mengajar, menggantikan guru sejarah tingkatan lima yang berkursus.(1


Sudah lama tidak mengajar sejarah. Tetapi itu tidaklah menjadi masalah. Bertanya sahaja dengan guru-guru sejarah yang lain.(2


Biasanya sebelum mengajar saya lebih suka merujuk maklumat berkaitan topik berkenaan daripada internet.(3


Memang banyak maklumat. Pilih sahaja yang sesuai.(4


Cuma agak terkilan, fasiliti untuk mendapat maklumat daripada internet agak ketinggalan. Ada kemudahan wireless, tetapi amat perlahan dan memakan masa yang lama. (5


Setelah sekian lama, kemudahan seperti ini berada di sekolah-sekolah sewajarnya ia menjadi suatu alat bantuan mengajar yang amat bermanfaat kepada semua.(5


Kekangan-kekangan yang masih ada di sesetengah sekolah, antaranya ialah:-

a)peralatan kemudahan mengakses internet tidak berkesan dan tidak strategik.

b)phobia dan kebimbangan kerosakan peralatan yang akan melibatkan kos tambahan.

c)tiada kemahiran dan galakan.

d)tidak berminat.(6

Apapun, proses pengajaran dan pembelajaran mesti diteruskan juga. (7

2 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum cikgu, maaf ulasan saya ini tidak berkait dengan post cikgu. blog cikgu sungguh kemas dan menarik. jika tidak keberatan saya ingin tahu dari laman mana cikgu membuat comment widgets ini?

Anonymous said...

To, Anonymous at 3:25, August 07,2008,
Terima kasih kerana singgah di blog saya.

omment widgets ni banyak. Ada macam-macam bentuknya.Pilih je.Percuma. Cuba dapatkan dari blogspot.
Selamat berjaya.