Sains Pertanian
...''Kedudukan mata pelajaran ini akan dikaji semula," katanya pada majlis pelancaran program bumi hijau di Sekolah Kebangsaan (SK) Putrajaya Presint 8 (2) di sini hari ini...
.................................................. Terima kasih Utusan Malaysia
Matapelajaran apa?
Kenapa dikaji semula?
Siapa yang berkata?
Siapa yang ada ketika dia berkata?
Apa tujuan sebenar dia berkata begitu?
Adakah kajian telah dibuat sebelum berkata begitu?
Sila baca Akhbar Utusan Malaysia : 3/8/2008
[Keputusan sesaat...kesan berpanjangan]
2 comments:
Dasar pendidikan negara sebenarnya sudah jelas, tapi pelaksana dasar kebanyakannya orang yang tak mampu melaksanakan dengan tanggungjawab dan amanah. Ini yang menyebabkan banyak perubahan yang berlaku tapi bercanggah dengan apa yang dilakukan sebelumnya. Akibatnya, pelajar yang menjadi mangsa eksperimen dan guru menjadi pak turut yang terpaksa dibebankan jika berlaku kesilapan oleh pelaksana dasar tersebut. Mudah-mudahan mereka dilantik ini bukan dari kalangan yang pandai ampusana wal ampusini atau pun pewaris sijil-sijil terbang..
Orang Rompin,
memang betul seperti yang Sdr katakan itu. Perubahan memang kita perlukan. tetapi biarlah disertai hasrat murni untuk peningkatan pendidikan. Hasrat ini tidaklah wajar disertai dengan penyimpangan niat ataupun mempunyai "agenda tersembunyi" yang lain untuk kepentingan diri. Sudahnya nanti dasar pendidikan kita menjadi rojak yang sudah basi. Benarlah, yang menerima padahnya ialah murid dan guru.
Post a Comment