26.9.08

Bersin / (Sneeze)


Siapa yang tidak pernah bersin? Di seluruh dunia orang bersin. Banyak sebab orang bersin. Ada pelbagai macam cara orang bersin. Ada yang berpendapat bahawa bersin boleh memberi pelbagai kesan.


Dalam kalangan masyarakat dunia, ada kepercayan tertentu berkaitan bersin. Ada yang dikatakan bahawa bersin membawa tuah, dan tidak kurang juga bersin membawa petanda keburukan. Untuk menyesuaikan keadaan itu, bersin pun mempunyai cara-cara tertentu.

Orang Islam dituntut mengucapkan “Alhamdulillah” selepas sahaja bersin. Ini menandakan kesyukuran dengan nikmat Allah kerana bersin juga dikaitkan dengan kesihatan.

Bunyi bersin itu barangkali hampir sama sahaja bagi setiap bangsa. Tahukah anda bagaimanakah bunyi bersin itu diungkapkan dengan perkataan?:


“Achum !” (Orang Malaysia)

“Atchoum !” (Orang Perancis)

“Atjo !” (Orang Sweden)

“Hatschie !” (Orang Jerman)

“Hapsu !” (Orang Turki)

“Hakushon !” (Orang Jepun)

“Atchoo !” (Orang Inggeris)


Bagaimana pula bunyi bersin Nabi Adam a.s., manusia pertama di dunia ini……?

2 comments:

Anonymous said...

waa...paling payah bersin orang Jepun,tiga sukukata ! tergigit lidah, putus ...

Wahab said...

Tengok gambar tu.. Anak Jepun tu. Susahnya nak bersin.

Thank u for commenting.